Tuesday, December 13, 2011

13 Liwat II: Anwar Gagal Pertikai Keterangan Saiful


Anwar Ibrahim telah gagal untuk mempertikai keterangan pengadu dalam kes liwat dihadapinya sekarang dan oleh itu, penafian Ketua Umum Pakatan Rakyat itu sahaja tidak memadai, kata pendakwa raya hari ini.

Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berhujah bahawa keterangan Anwar dari kandang tertuduh telah gagal mematahkan testimoni Mohd Saiful Bukhari Azlan dan pengadu itu memang telah pergi ke kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

“Penghujahan kami, ia hanya satu pembohongan. Apabila anda gagal untuk mempertikaikan fakta keterangan PW1, (ia) bersamaan dengan pengakuan,” kata Yusof ketika hujah penggulungan beliau hari ini.

Ketua pasukan pendakwa ini berkata keterangan Anwar (gambar) tidak mencabar validiti rakaman CCTV di kondominium Desa Damansara, yang menunjukkan kehadiran beliau pada 26 Jun.

“Penafian seperti ini tidak menafikan kesemua kandungan keterangan PW1, bahawa Anwar telah meminta Saiful (yang juga saksi utama kes) pergi ke unit kondominium... tidak mempertikaikan bahawa ketua staf telah menghantar Saiful untuk menghantar kepada beliau (Anwar) satu dokumen,” kata Yusof.

13 comments:

Anonymous said...

habislah anwar... selamat bertapa di sg buluh...

Anonymous said...

Sapa nafikan kehadiran saiful? Salah satu lagi point bodoh dari blog pro umno..nak menulis tapi takde point.nak tipu lembu yg dok kondo one menerong boleh la

Anonymous said...

kalau ada saksi mengatakan sipol atau nuar tak ada datang kat kondo pada tarikh dan masa tertera.pada (cctv)...tiadalah kes!!!

ekk eleh sekarang 'suka sama suka'lah pulak!!!

Anonymous said...

salam... harap boleh masukkan blog ini dalam senarai bloglist... terima kasih!

http://umb-ppum.blogspot.com/

Anonymous said...

Takut bersumpah didalam kandang saksi dan takut disoal balas adalah bukti Anwar penakut dan memang telah gagal utk membela diri sendiri.
Dulu Si Nuar heboh kata ada alibi, mana ke dia. Si Nuar memang penipu besar.
keterangan dari kandang tertuduh tiada nilai utk membela diri. semua org yang mengamal undang-undang tahu!!!

Anonymous said...

Kalau si Nuar didapati bersalah nanti harap di penjara dan dirotan.

Anonymous said...

Anwar di fitnah!!!!!!!!!! bartaubatlah manusia!!!!!!!
Mahathir akan terima balasan dari allah swt!

Anonymous said...

bertaubatlah wahai anon 3:35daripada terus bersubahat dengan seorang peliwat yg menzalimi pekerja bawahannya sendiri.kalau pun engkau masih ragu adalah lebih baik menjauhkan diri dari menjadi penyokong nya.bagi mereka yg sudah merasa pasti mengenainya lebih baik 'menjatuhkan' maknusia seperti itu,kerana telah berkali-kali beliau menipu parapengikutnya sehinggalah kepada tokoh seperti Yusof Qardawi pun turut di bohongi.

Anonymous said...

Bro sekolah ke tidak..?? Di Mahkamah bahan bukti akan jdi penentu bersalah atau tidak jdi apa yg fitnah2 ni.. lpas tu kata pada org lain pulak. bertaubatlah saudara!!??

Anonymous said...

SBro sekolah ke tidak..?? Di Mahkamah bahan bukti akan jdi penentu bersalah atau tidak jdi apa yg fitnah2 ni.. lpas tu kata pada org lain pulak. bertaubatlah saudara!!??

Anonymous said...

Mana alibi nya... masa ceramah sana sini sibuk membela diri. Tapi bila disuruh bela diri kat mahkamah takut bersumpah pulak dan tidak mahu disoal balas. Macamana org boleh percaya dgn dia ni.. tak faham aku. Lepas ni kalau didapati bersalah.. sure salahkan mahkamah yang akan dituduh keputusan UMNO atau BN. DSAI ni selalu main tuduh tapi tak ada bukti, tapi bila kena batang hidung sendiri dgn bukti.. dia dok spin... KONSPIRASI nak jatuhkan saya

Anonymous said...

Siapa benar siapa salah hanya Allah yang tahu....suka sama suka ke, sorang suka sorang tak suka ke..sorang syok sorang sakit ke..kalau siapa buat balasan akan menunggu..kalau tak buat tetap Allah akan bantu...dan kita pulak sama-samalah fikir sendiri..jangan tumpang semangkuk nanti dapat dosa selori..

Anonymous said...

semakin banyak bukti yang menjurus kearah si tertuduh dengan peguam sendiri percaya bahawa hubungan yang berlaku atas dasar suka sama suka.Itu adalah satu penilaian yang perlu kita perhatikan

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates