Friday, December 16, 2011

2 Usaha Bunuh Hasan, Nasha Dalam PAS Semakin Hebat!


Keduanya mahukan Melayu Islam bersatu dan berpadu dalam semua segi agama, pendidikan, sosial, ekonomi dan politik. Mereka menjadi kemarahan kepada Pro-Anwar (ardegon PAS) kerana mereka berdua mempertahankan akidah dan menyeru kepada perpaduan umat Melayu Islam.

Jika ada lagi mana-mana pemimpin yang berprinsip dan mengambil sikap seperti Hasan, Nasha itu, percayalah mereka akan menjadi mangsa kerakusan kumpulan yang “berkiblatkan” Datuk Seri Anwar Ibrahim dan budak suruhan kepada DAP.

Jika sikap PAS terus menerus dalam usaha membunuh dan bertelagah sesama sendiri, yang untungnya nanti ialah DAP dan Anwar Ibrahim! PAS dapat apa? Jadi teruskanlah usaha bunuh membunuh sesama sendiri!


Tak payah lah aku nak ulas banyak, ikuti sahaja laporan Malaysiakini yang buat puak PAS semakin pening kepala! Apa sudah jadi broz?


PAS is Dead

PAS kini siap 'menguruskan' dua pemimpin kontroversinya exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa yang dianggap merugikan parti, terutama dalam keadaan menjelang pilihan raya umum.

Antara tindakan itu dengan giat menggunakan organ parti - media cetak dan internet - untuk menjawab kenyataan kontroversi kedua-dua pemimpin itu yang tidak disenangi.


Bermula dengan kritikan terbuka setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali (kanan) dalam akhbar web PASHarakahdaily semalam, beberapa lagi siri dijangka berterusan, sekurang-kurangnya sehingga minggu depan.

Malah, Harakah edisi Isnin depan akan memuatkan wawancara khas dengan Mustafa yang mendakwa Hasan kini cuba mempengaruhi beberapa lagi pemimpin parti supaya 'tidak lagi yakin dengan perjuangan PAS'.

Malah tanpa curiga, Mustafa dilaporkan menyatakan Hasan mahupun Nasharudin 'bakal tidak kekal lama' dalam perjuangan PAS.

"Saya dimaklumkan dan saya boleh mengesahkan Hasan ada menemui orang tertentu termasuk beberapa tokoh dalam PAS untuk meyakinkan mereka supaya bersama dengan dia kerana PAS sudah tidak boleh diyakini lagi.

"Saya tak nak dedahkan lagi siapa orang ini, cuma saya mahu sebutkan apa yang dilakukan Hasan ini dalam ruang-lingkup agenda musuh politik PAS," beliau dipetik sebagai berkata kepada Harakahdaily dan Harakah.

Lagi 25 minit rakaman

Tulisan itu bagaimanapun sudah boleh dibaca dalam blog seorang wartawan Harakah yang mewawancara Mustafa kerana sudah dimuatkan sejak semalam.

Pada hari yang sama, sebahagian kecil daripada rakaman wawancara kira-kira 30 minit itu juga dimuatkan dalam Harakahdaily.



"Rakaman lima minit sudah disiarkan. Ada lagi 25 minit (akan terbit)," kata sumber kepada Malaysiakini hari ini.

Tindakan agresif itu jarang berlaku dalam PAS yang sering menekankan konsep penyelesaian secara dalaman dalam pelbagai isu.

Malaysiakini difahamkan, disiplin kedua-dua pemimpin itu amat merunsingkan kepimpinan tertinggi PAS sehingga memaksa mereka mengambil langkah itu.

Dr Hasan baru-baru ini dilaporkan berkata bahawa beliau bersedia membantu perdana menteri menyatupadukan Melayu-Islam, termasuk PAS dan Umno.

Tak hadir mesyuarat

Manakala Nasharudin pula dilapor menyifatkan politik PAS makin pelik apabila ada golongan tertentu yang mendahului presiden dalam menentukan calon pilihan raya.

Malaysiakini difahamkan, selain tidak selesa dengan kenyataan Hasan dan Nasharudin di media, terutamanya di arus perdana, prestasi kedua-dua pemimpin itu juga dipertikai.

Mereka didakwa tidak memainkan peranan yang diberikan, malah lemah dari segi kehadiran ke mesyuarat.

Nasharudin didakwa tidak pernah hadir ke mesyuarat jawatankuasa pusat sehingga digugurkan sebagai pengerusi lajnah antarabangsa.

Manakala Hasan pula dikatakan tidak pernah hadir mesyuarat perhubungan negeri dan sekali sekala hadir mesyuarat pusat.

Nasharudin tidak dapat dihubungi Malaysiakini pada masa ini manakala Hasan pula enggan mengulasnya kerana bercadang mengadakan sidang akhbarnya pada Isnin depan.

2 comments:

Anonymous said...

dulu puak pas sanjung hassan ali... sekarang kata itu dan ini terhadap hassan semuanya tak baik...

TokAyah said...

Bersedialah PAS akan menerima hukuman dalam PRU 13 daripada rakyat. Penyokong peliwat tersohor

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates