Tuesday, January 17, 2012

0 Belia Bantah Sikap Adam Adli, Penuntut USM


Lebih 30 belia dari Persatuan Belia Kuantan di sini melakukan perhimpunan aman di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam sekali gus membuat laporan polis terhadap mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli yang bertindak biadap menurunkan bendera Perdana Menteri dan Universiti Sains Malaysia, Janartana Chandra, berikutan tindakannya membuat ugutan jenayah.

Mereka turut melaungkan kata-kata sokongan, 'Kami Sayang Najib, Kami Sokong Kepimpinan PM dan Adnan (MB) selain ungkapan bantahan “Adam Adli Pengkhianat” di hadapan IPD.

Namun tiada sebarang kekecohan berlaku sepanjang perhimpunan berlangsung lebih sejam.

Laporan polis yang dibuat pada jam 10.15 pagi diwakili Exco Persatuannya, Mohd Johari George sebagai tanda bantahan persatuan itu terhadap tindakan kedua-kedua mahasiswa yang disifatkan kurang ajar terhadap pemimpin negara.

Johari berkata, persatuan yang mempunyai 117 ahli sekitar Kuantan berpendirian tindakan Adam dan Janartana itu perlu dibantah.

Menurutnya, ia sebagai bukti sokongan belia dari kawasan itu yang mendukung penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kami bangga dengan kejayaan dan corak pemerintahan kerajaan selama ini dan jika bantahan ini dikatakan ada unsur politik, kami ingin nafikan dan menegaskan ia adalah tanggungjawab belia di sini yang juga tonggak negara di masa hadapan.

“Nasihat persatuan terhadap Adam dan Janartana supaya menumpukan perhatian terhadap pengajian mereka dan jangan terpengaruh dengan unsur negatif yang boleh menjejaskan masa depan masing-masing,” katanya pada perhimpunan yang turut dihadiri Pengerusi Persatuan, Asli Ilham Zulhasli. -Sinar Online

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates