Sunday, January 15, 2012

Gara - Gara Hasan Ali Di Pecat: 102 Anggota PAS Kampung Kerdas Gombak Keluar Parti










Seramai 102 anggota PAS Kampung Kerdas Gombak bertindak keluar parti dan menyertai Umno selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS.

Kumpulan itu yang diwakili Mohd Jais Ismail menyerahkan borang untuk menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Gombak Abdul Rahim Kamarudin dalam satu majlis di sini, Sabtu.

Jais berkata selain tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS, keputusan mereka untuk meninggalkan parti itu juga kerana kecewa dengan tindakan parti yang memecat Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamad Ali daripada parti tersebut.

"Kami tak percaya dengan PAS dan kami yakin hanya Umno dan Barisan Nasional yang mampu membela nasib rakyat," katanya pada majlis pengisytiharan anggota PAS Kerdas menyertai Umno dan ikrar menyokong Barisan Nasional.

Jais, yang juga Ketua Zon PAS Taman Kamariah Gombak, berkata keputusan untuk meninggalkan parti dibuat atas kerelaan sendiri dan bukan disebabkan oleh tekanan atau tawaran daripada mana-mana pihak.

Menurutnya walaupun dipujuk oleh PAS supaya terus kekal bersama parti itu namun mereka nekad dengan keputusan masing-masing iaitu menyertai Umno malah dijangka lebih ramai lagi akan menyusul. - BERNAMA

Gambar dari blog Keris7lok

6 comments:

ex PAS KUALA SELANGOR said...

Alhamdulillah,ramai rakan2 ku sudah terjaga dr tidur mimpi yg ngeri..

Anonymous said...

ramai lg yg akan keuar tu... hadi dh buat keputusan yg salah! terimalah padahnya!

Anonymous said...

Alhamdulillah,Allah nak tunjuk ramai juga org dlm PAS ni yg tak ikhlas.

Anonymous said...

dlm PAS skang tggl TGNA dan TGHH je yg lain semua dh msk UMNO...

Nok said...

jangan harap umno akan menang dikawasan tu....pas akan tetap menang di situ......menang sorak aje tapi BN menang kerusi ...kehkeh keh suspen aje....syabas kekawan hanya BN saja yg mampu membela rakyat....kalau dah menang nanti wakil rakyat tak buat keje...kita demo dekat perlimen depan PM..kita buat undi tak percaya....dah rakyat bagi kerusi dia buat pupa pulak.....

Anonymous said...

Selamat bagi penganut agama Pas penyokong ajaran liwat , rasuah kecil dan seks bebas....selamat maju jaya...