Tuesday, January 17, 2012

6 Homoseksual: Hasan Ali Bidas Anwar...


Adalah satu kesilapan apabila Pas memecat Hasan Ali... Pemimpin seperti Hasan Ali satu-satunya yang pemimpin yang berani membawa perubahan dalam Pas. Pas perlu kembali seperti dulu... disegani oleh parti lain... sampai bila Pas harus tunduk di bawah telunjuk Anwar dan Dap? sampai bila??

Datuk Dr Hasan Mohamed Ali membidas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan keperluan untuk menyemak semula undang-undang lapuk Malaysia berkaitan golongan gay sambil menegaskan, ia "tidak wajar dan rakyat perlu menolak perjuangan" Ketua Pembangkang itu.

Menurut Hasan, perkara seperti ini menjadi salah satu punca beliau tidak boleh bersama Anwar dalam Pakatan Rakyat (PR).

Pas memecat Hasan awal minggu lalu.

"Inilah salah satu (sebab) saya tak boleh bersekongkol dengan Anwar. Sebab inilah, rakyat perlu menolak perjuangan Anwar Ibrahim," katanya pada sidang media di kediamannya hari ini, yang kedua selepas dipecat dari Pas.

Dalam temu bual dengan BBC baru-baru ini, Anwar berkata, terdapat keperluan untuk menyemak semula undang-undang lapuk Malaysia supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai relevan.

Menjawab soalan berkaitan hak-hak golongan gay dan sama ada beliau bersedia untuk menerima "idea antidiskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay", Anwar berkata, "kami perlu menyemak semula sebahagian daripada undang-undang lapuk kami."

"Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan," katanya.

Justeru Hasan menambah, masyarakat di negara ini akan bergolak, berpecah dan huru-hara akan berlaku jika hak-hak golongan lesbian, gay, biseksual dan homoseksual dihalalkan.

Hasan turut berkata, kenyataan Anwar dalam wawancara bersama media antarabangsa BBC merupakan pandangan peribadi ketua umum PKR itu.

"Pandangan Anwar Ibrahim bukan hanya di BBC. Tetapi kalau dilihat balik, itulah pandangan peribadi dan asasi yang dipegangnya. Atas alasan itulah kenapa saya tidak sepatutnya bersama beliau. Pendirian saya tak wajar untuk bersama Anwar," katanya.

Sementara itu mengulas kenyataan Anwar dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Sabtu lalu mengenai Pakatan perlu dibersihkan daripada individu yang gila kuasa dan gila duit, Hasan berkata, masyarakat perlu berfikir siapa sebenarnya yang gila kuasa.

Katanya, beliau mempunyai keselesaan, kuasa dan jawatan ketika menjadi Exco negeri Selangor tetapi sanggup dikorbankan jawatan itu kerana satu idealisme.

"Saya nak tuan-tuan fikir ya, ada seorang ini yang kumpul orang-orang di Sabah dan Sarawak dan kata mahu tawan Putrajaya pada 16 September. Jadi sekarang, siapa yang gila kuasa? Saya ke, dia? Bayangkan, atas nama gila kuasa, dia berkata 'dalam penjara pun saya akan menjadi perdana menteri'. Hasan tak pernah sebut. Jadi saudara semua timbangkanlah... saya tahu saudara semua bijak," katanya.

Hasan berkata, beliau yang sebelum ini mempunyai pendapatan lumayan ketika menjadi pengurus dan pakar motivasi tidak pernah menceritakan kepada sesiapa jumlah kerugian yang dialaminya selepas menyertai Pas.

"Mengenai gila duit... Masya-Allah... saya dulu pengurus dan pelatih perundingan. Tanya isteri saya berapa pendapatan saya sebulan. Tetapi saya masuk Pas kerana perjuangan.

"Jangan tanya berapa kerugian saya bila hampir 15 tahun masuk dalam Pas. Saya tak pernah beritahu sesiapa.

"Ketika saya memegang Exco infrastruktur dan kemudahan awam, projek-projek JKR (Jabatan Kerja Raya) saya tak ambil satu sen pun. Rekod saya bersih. Saya tak biasa duduk dengan penyogok, disogok ni. Saya tak biasa. Psikologinya, kadang-kadang kita buat benda itu, jadi kita nak nafikan, kita tuduh orang lain buat," katanya sinis.

6 comments:

Anonymous said...

Anwar jd PM Homoseksual dihalakan di Malaaysia.. ini yaang ambiga nak... jom kita raamai-ramai sokong.. hureyyy

Anonymous said...

hurreyyy!!! kita bakal mempunyai PM pertama yg gay !!!

Anonymous said...

Sokong Anwar, bermakna sokong Gay!
Sokong PKR, Anda pun GAY!!

Anonymous said...

zaman dah berubah, setiap kaum dan setiap jantina ada haknya masing-masing.

Anonymous said...

mohon di kongsi

Anonymous said...

zaman mmg berubah...tetapi suruhan dan larangan dr Allah tidak akan berubah...neraka dan syurga destinasi kita slpas mati....itu juga tak akan berubah....jd pilih la dgn gunakan akal yg dikurniakan tuhan itu sebaiknya...

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates