Sunday, January 15, 2012

4 Nong Chik Hentam Nurul Izzah Tak Buat Kerja


Barisan Nasional (BN) yakin dapat menawan semula kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum berdasarkan prestasi wakil rakyat kawasan itu, Nurul Izzah Anwar yang menurutnya tidak turun membantu penduduk bahagian tersebut.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya menumpang usaha BN membantu penduduk Lembah Pantai.

“PKR hanya tahu mengkritik, tapi hampir empat tahun tiada perkara yang membina telah dibuat, hanya bila kita (BN) berjaya membuat sesuatu, mereka cuba menumpang, contohnya kita dapatkan peruntukan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk cat rumah di Taman Sri Sentosa dan Terminal Sejahtera pun, dia kata atas desakkan dia, bila dia desak, tak ada pun, dia tak buat apa pun selama dua tahun ini," kata beliau yang juga Ketua Umno Lembah Pantai.

Nurul Izzah menang di bahagian Lembah Pantai dengan menewaskan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada pilihan raya umum 2008.

Ia salah satu daripada 10 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dimenangi oleh komponen Pakatan Rakyat (PR).

“Selama ini, dia hanya ikut dan perjuangkan bapanya, bila dekat pilihan raya baru nak sibuk jadi pejuang rakyat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baru Cina di Padang Bola Sepak Dewan Bandar raya Kuala Lumpur, Taman Seri Sentosa di sini.

Beliau berkata, sikap pemimpin PKR itu menjadikan sokongan rakyat mula beralih arah kepada BN kerana yakin pengundi akan membuat pemilihan atas keupayaan BN yang membantu rakyat.

“BN, Umno, MCA dan parti komponen lain dah lama berjuang bertahun-tahun, malahan saya sendiri sudah 25 tahun di Lembah Pantai, kita tak guna platform untuk keluarga atau kepentingan sendiri.

“Kita ikhlas membantu penduduk Lembah Pantai, itulah perbezaannya dengan PKR," kata beliau lagi.

Raja Nong Chik menambah, "oleh itu, kita boleh lihat sambutan yang telah ditunjukkan oleh penduduk, BN yakin kita boleh rampas kerusi Lembah Pantai."

Ketika mengulas desas-desus akan bertanding di Lembah Pantai menentang Nurul Izzah, Raja Nong Chik berkata, beliau hanya menunggu keputusan pucuk pimpinan jika mahu meletakkannya sebagai calon.

4 comments:

Anonymous said...

Harapkan Pagar.. pagar makan padi.. next PRU jgn hrp kami nak undi Izzah lagi!

TOKGURU86 said...

pagar adalah sejenis burung yg ditugaskan utk menjaga sawah padi ketika dahulu. Tetapi burung tersebut tidak mempunyai akal untuk bersifat amanah. Nurul izzah sama dengan burung tersebut.

penduduk yg kecewa said...

Memang celaka ni minah!! Aku bapa kali nk dptkn surat sokongan dr dia utk bantuan dr krajaan negeri,hampeh tak pnah ada kt kawasan!!!! Jenguk kami pon x penah!!! Pegi jahanam la ak nk pangkah ko lg!!!

Anonymous said...

Ramai jugak aku dengar orang pantai dalam komplen Nurul tak buat kerja. januari lalu masa ribut hentam flat cempaka dengan pantai permai, dia tak turun, orang pkr pun takda hantar sesapa tgk keadaan. aku baca paper dekat 30 kenderaan parking kat flat tu rabak kena timpa bumbung dari tingkat atas. raja nong chik jugak turun dgn orang2 dia tanya khabar dan bagi bantuan kasi settle rumah2 yg rosak dgn kereta yang remuk. apalah nurul... sibuk melepak dgn geng2 liberal dia ler tu... susah sangat ke jenguk orang ditimpa musibah kat kawasan sendiri.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates