Thursday, January 19, 2012

4 Panas: Hasan Ali Kata Pas Jadi ‘Pak Turut’!


Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, hari ini mendakwa masyarakat melihat parti Islam itu terpaksa menjadi "pak turut" kepada parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain ekoran perubahan portfolio pentadbiran kerajaan negeri semalam.

Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco bagi menggantikan Hasan.

Hasan berkata, rombakan portfolio menurutnya agak ganjil dan pelik kerana Dr Ahmad Yunus hanya diberi portfolio Adat-adat Melayu, Belia dan Sukan manakala portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam diserahkan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau sebelum ini merupakan Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

"Sayangnya dengan rombakan yang terbaru ini, maruah Pas sebagai sebuah parti Islam telah dipijak,” katanya hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Gombak Setia ini berkata, bagi beliau rombakan ini telah memberi satu tamparan hebat kepada imej dan kedudukan Pas dalam kerajaan PR Selangor.

"Rombakan tersebut menggambarkan yang Adun Pas yang ada dilihat tidak layak dan tidak berkemampuan untuk memikul portfolio penting yang telah saya pikul sebelum ini.

"Lebih menyedihkan apabila portfolio agama yang selama ini menjadi kebanggaan Pas sebagai sebuah parti Islam telah terlepas ke tangan parti komponen yang lain," katanya sambil menambah, "saya khuatir apabila memikirkan sebuah hadis Nabi yang menggambarkan

saat kehancuran akan tiba apabila sesuatu jawatan diserah kepada bukan ahlinya akan menjadi kenyataan."

Hasan, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika penubuhan kerajaan negeri PR di Selangor pada Mac 2008 telah meminta beliau dan kepimpinan Pas Selangor pada waktu itu memastikan portfolio agama dipegang oleh parti itu dan mesti mempertahankannya.

4 comments:

man toba said...

bila dah terlepas lubuk duit.....mcm tu laa bunyinya....
bukan ada apa tuh.....nak sedap ati sendiri......
tapi perut dah bengkak....
come 2 join malaysian bribe free....tak dak laa dok berutang sana sini....
utang punya pasai...ati tatak sinang lohhhh........

woitttt asang geli !!!
kata laa apa hang nak kata pun....
u r nowhere nowhere laaa

kah kah kah

Anonymous said...

kita akan saksikan Pas akan dihancurkan oleh puak2 mereka sendiri....

sekarang Allah dah pertunjukan satu demi satu....

Pas semakin dipijak oleh "sahabat" sejati mereka sendiri...

sudah banyak yg tergadai tp Pas masih tetap terhegeh2 mau bersorak...

kasihan Pas masih tetap mahu dan rela diperbodoh2kan Pkr dan Dap...

nak buat mcm mana, puak2 Pas sendiri sekarang lebih menyanjungi Pkr dan Dap dari pemimpin Pas sendiri....

Anonymous said...

Masyarakat Melayu Islam di Negeri Selangor umpama sedang tidor dengan nyenyaknya, bangun lah hai kaum ku lihat lah apa yang telah di lakukan oleh manusia manusia penghuni neraka yang mana dia saorang Melayu yang kita rasa tak berapa nak islam,sampai bila kah harus dibiarkan begitu saja... PAS tak cukup kewangan dengan bergabong dengan PKR dan DAP mereka serba sedikit mengharap simpati bantuan sebegitu sebenarnya, harap minta sedekah pada setiap kali berceramah setakad mana lah cukupnya nak mengisi tabung parti tu kadangkala habis untuk dibayar kepada penceramah undangan.. kesian PAS..

digital said...

nak kata pas nie tak cerdik nanti marah orang pas nak kata cerdik pun lu orang tau sendiri lah apa sudah jadi. sudah tunggang terbalik nampak nye.kita tunggu saja apa nak jadi dgn PASNIE.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates