Wednesday, January 18, 2012

2 Rayuan Blogger Pembangkang Ditolak, Tetap Kena Bayar RM300,000 @DinSharpshooter


Apa boleh buat Din... Dah salah kau juga.. sapa suruh sebar fitnah... Nah sekarang terima lah padahnya... cuma ada lagi sekor blogger anjing besar masih belum di dakwa kerana menyebarkan fitnah keatas Rais (kabel dia besar kot).

Nama Din Sharpshooter! Tapi tembak pakai peluru kapur lepas merata-rata... keh keh keh.. apa celop Din!

Tag line Din Sharpshooter (Kalau Takut Dipukul Ombak... Usah Berumah Ditepi Pantai...) Tapi bila dah kena tsunami dengan pantai-pantai sekali hanyut Din hahaha....

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan penulis blog, Amizudin Ahmat, 42, membayar ganti rugi RM300,000 kepada Datuk Seri Dr. Rais Yatim berhubung penyiaran artikel yang memfitnah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Jeffrey Tan Kok Wha yang bersidang bersama Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dan Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutus demikian selepas menolak rayuan Amizudin.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan Amizudin yang merupakan ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) membayar kos RM50,000 selepas mengurangkan separuh daripada kos yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Ketika mengurangkan kos tersebut, Hakim Jeffrey berpendapat, kos RM100,00 itu terlalu tinggi sedangkan kes itu sama pentingnya dengan kes sivil yang lain.

Pada 5 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan Amizudin bertanggungjawab memfitnah Rais, 69, menerusi sebuah artikel yang dipaparkan dalam blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Perayu diwakili oleh peguam R. Sivarasa manakala Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah mewakili Rais.

2 comments:

Anonymous said...

tu la pasal.. tak de pasal cari pasal.. hambik ko!

Anonymous said...

Sap..sap..sui..PKR boleh bayar..settle da.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates