Sunday, April 29, 2012

BERSIH 3.0 GAGAL!


BERSIH mensasarkan jumlah 500,000 peserta - sekurang-kurangnya. Tetapi nampaknya, semalam kita  melihat hanya dalam 15,000 sahaja yang terlari-lari terkinja-kinja dan terpekik terlolong cuba menaikkan darah pihak berkuasa di sekitar Kuala Lumpur sekarang. Sedangkan jumlah pengundi berdaftar di Malaysia ialah 12.5 juta.



Justeru, apakah ertinya angka-angka ini?

·Ertinya BERSIH telah gagal sekali lagi.

·Ertinya BERSIH tidak mendapat sokongan majoriti rakyat.

·Oleh kerana BERSIH didalangi Pakatan Rakyat, maka ertinya juga, majoriti rakyat tidak menyokong Pakatan Rakyat.

·Dan ertinya lagi, jika PRU diadakan dalam masa terdekat, sekitar nisbah angka itulah sahaja undi yang bakal diperolehi oleh PR berbanding BN.


Kerana menyedari hakikat inilah maka demonstrasi jalanan, huru-hara dan keganasan amat penting bagi BERSIH atau lebih tepat Pakatan Rakyat kerana mereka tahu mereka tidak mungkin boleh memenangi pilihanraya. Untuk berkuasa, mereka perlu melakukan rampasan kuasa melalui jalanraya dan tidak ada cara lain melainkan itu sahajalah caranya.


Tidak usahlah Ambiga berbohong atau menafikan hakikat ini, kerana sekali angin tiup bau janggut Pak Samad Said yang hapak itu, kita sudah tahu tujuan sebenar mereka.

Tujuan Pak Samad ‘menceburi’ BERSIH ialah membalas dendamnya terhadap kerajaan Melaka kerana enggan memberikan sejumlah wang tambahan daripada RM3 juta yang telah diberikan kepadanya sebelum itu, untuk tujuan menerbitkan semula karya beliau. Kerajaan Melaka telah mengambil keputusan sedemikian kerana Pak Samad telah gagal mencapai matlamat yang dijanjikan melalui syarikat Wira Bukit Sdn Bhd yang diuruskan anaknya, Helmy Samad sedangkan wang RM3 juta yang diberikan telah habis dibelanjakan.

Lanjutan dari itu, Pak Samad juga ingin membalas budi PTS Sdn. Bhd milik Ainon Mohd, - sekutu pembangkang dan Anwar Ibrahim yang telah ‘menyelamatkan’ beliau dengan mengambil alih projek berkenaan dan mendapat hak milik semua karya Pak Samad dan buku-buku beliau untuk diterbitkan semula untuk jualan.

Tujuan Ambiga pula sudah diketahui umum iaitu untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Islam untuk digantikan dengan kerajaan yang liberal yang menerima murtad, mengiktiraf hak LGBT dan meletakkan hak asasi melebihi agama dan adat resam. Memandangkan satu-satunya parti yang berpegang kepada prinsip yang sama dengan beliau ialah PKR maka tidak hairanlah Ambiga dan Anwar memilih untuk bersatu melalui BERSIH. DAP pula tidak punya masalah dengan pendirian Ambiga atau Anwar apatah lagi jika ianya bertentangan dengan Islam.

Dalam hal ini, PKR, DAP, Ambiga dan juga Pak Samad amat jelas akan prinsip dan tujuan masing-masing dan lebih daripada teruja untuk menentang musuh yang sama iaitu Barisan Nasional.

Hanya PAS sahaja yang masih dalam keadaan keliru. Di dalam hati nurani ahli-ahli PAS, mereka masih tertanya-tanya, berdosakah jika mereka tidak ikut berdemo BERSIH yang hukumnya WAJIB mengikut fatwa Nik Aziz?

Tetapi, berdosakah jika mereka turut berdemo BERSIH yang hukumnya HARAM jika dipimpin oleh Ambiga iaitu juara LGBT dan murtad mengikut fatwa Nasharudin Mat Isa?

Maka terbahagi dualah mereka, ada yang berpegang kepada fatwa Nik Aziz dan ada yang berpegang kepada fatwa Nasharudin.

Kekeliruan ini sedikit sebanyak menjadi penyumbang kepada kegagalan BERSIH mencapai jumlah sasaran hari ini.

Apa yang pasti, majoriti rakyat Malaysia tidak keliru. Kita semua tahu bahawa adalah HARAM membiarkan diri dipimpin kafir harbi yang menerima dana dari Zionis yang tujuannya adalah untuk menjatuhkan kerajaan Islam yang sah di sebuah negara yang aman damai.

11 comments:

Anonymous said...

nice article... u got point.

Anonymous said...

wow...boleh tahan juga artikel ni ye..mmg sarat dgn fitnah murahan.. gud job pd penulis..

Anonymous said...

pencacai mesti panas pungkok baca artikel ni hehe..cuba menjatuhkan kerajaan yg sah..malu la wehh

Anonymous said...

Anonymous said...
April 29, 2012 2:18 PM

Eleh kau ckp Fitnah sarat bagai2 ..abis yg PKR tu x sarat dengan Fithah ke ? ko cite lebih la ..hak tuih muka ko ..Pui Pui .

Anonymous said...

15000 aje ke?,,,,
aku nampak cuma 150 org aje..
kat ner yg banyak sangat tu?
oooooo..waktu sembahyang diorang pergi kat masjid jamek dan negara..sebab tu ko nampak 15000 aje.
Tak sembahyang ke?

Anonymous said...

kalu sebelum pru13 ni, muka2 yg terang kat atas tu dok tunjuk kuat tidak didakwa, aku tak akan mengundi BN, aku tidak akan undi Pakatan Setan. aku undi bebas kalu ada. takde bebas aku tak kuar ngundi. jadi gomen korang dakwa le dorang tu, kalu tidak aku tak nak sokong gomen yg tak mampu tegak kan undang2.
dah dakwa tu, dlm jel tu, buat le sesuatu sampai dorang tobat. buat le sesungguh, bior dengor aje siren polis dorang akan tegolek ketakutan.
kalu sedara aku pun yg dok join bershit tu, aku tetap redo dia kena bantai. aku putus sedara ngan org yg dok sokong bershit tu.
dan aku tak sudi kalu pemimpin aku pondan.

Anonymous said...

Penulis blog ni pandai ke bilang orang, lebih 500 ribu kata 15 ribu...belajar megira dulu ar

Anonymous said...

Sebenar nye aku ni org BN, tapi yang betul, betul jugak.....

Anonymous said...

sebenarnya BERSIH berada dalam naungan panji-panji dajjal laknatullah & ditaja oleh pihak zionis. berada di bawah naungan tersebut bererti memusuhi Allah. jangan sampai terpesong akidah. terpesong akidah, musnahlah segala ibadah dan rosaklah akhlak.

Anonymous said...

aku bkn org gomen n bkn pmbangkang..bg aku, bersih 3.0 ni sangat-sangatla x masuk akal..negara kita dh cukup aman compare dgn negara Islam yg laen..ble shopping, cuci2 mate..ape lg yg dorg nk?nk ksi org lua tgk kite ni bodo,violent??yg pg bersih ni pn mostly melayu..dorg xtau bangsa laen sume gelak tgk glagat bangsa kite..rosak harta org nk bniaga, harta rakyat spe nk tanggung??org yg kne aniaya(peniaga) mse aritu if dorg x maafkn korg sume dunia akhirat, ape korg nk wat?

Anonymous said...

government dh bg stadium utk ko meroyan xmo..pstu bising kte polis yg wat hal dlu la..yg korg pg langgo pago dawai 2 spe suroh?bodoh!!!numbers not important la kwn, 20,000 ker 200,000 ker..yg pnting jgn nk salahkn krajaan mcm2..