Wednesday, April 4, 2012

1 Isu kilang Vale di Teluk Rubiah... Akhirnya Nizar Kantoi!!!

Setelah hampir empat tahun pembangkang di Perak menjadikan isu kilang pengagihan bijeh besi milik syarikat Vale di Teluk Rubiah, Lumut sebagai modal utama akhirnya tembelang mereka terdedah.
Ketuanya, DS Nizar Jamaludin yang merupakan mantan Menteri Besar kantoi apabila dia sendiri mengakui di sidang Dewan Undangan Negeri Perak, Rabu bahawa dia yang mengutus dan menandatangani surat berkenaan.

Kini Nizar nak sorok muka di mana. Badan-badan alam sekitar percaya dia tidak memilih Teluk Rubiah tapi Tanjung Hantu, dekat Bagan Datoh.

Itu yang didendangkan pembangkang sejak tahun 2009 selepas Pakatan Rakyat tumbang setelah 11 bulan berkuasa..  

Episod memalukan ini bermula  apabila Menteri Besar Perak Dato' Seri Dr.Zambry Abd Kadir ketika menjawab soalan asal wakil DAP membaca surat yang ditandatangani Nizar.

Surat Nizar bertarikh 17 Dis. 2008  ditujukan kepada Mr.Renato Neves, Marketing and Commercial Global Director, Value do Rio Doce ditulis dalam bahasa inggeris.

Surat yang  didisklifikasikan itu  bermula dengan:"It was a pleasure meeting you . . ."dan kemudian Nizar menyebut,"I am happy to know that your negotiation with Harta Makmur SB on your proposal to purchase their land is going very well."

Sokongan kerajaan Pakatan Rakyat kepada Vale jelas apabila Nizar dipetik berkata,"The state will process the transfer of the said land to vale and conversion of the land to industrial use once the appropriate application received . . ."

Dr.Zambry berkata demikian ketika menjawab soalan Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) yang ingin tahu mengapa kerajaan negeri meluluskan kilang itu di kawasan pelancongan Teluk Rubiah dan bukan Tanjung Hantu yang dicadangkan Pakatan Rakyat dulu.

Bos  DAP Perak Ngeh Kooo Ham mungkin tidak menyedari kewujudan surat tersebut juga kantoi apabila dalam jawapannya Dr.Zambry menyebut "tidak ada bukti kilang itu nak dibina di Tanjung Hantu."

Menteri Besar menganggap isu ini sebagai pembohongan pembangkang mempermodalkan isu kilang Vale untuk kepentingan politik.

Ia ibarat didepan rakyat cakap mereka lain tapi apa yang mereka buat dibelakang juga sangat berlainan.

Dalam hal ini Dr.Zambry meminta pembangkang bertanggungjawab dan tidak lagi menggunakan isu murahan ini untuk kepentingan politik mereka.

Menteri Besar juga menafikan bahawa terdapat bukti projek pengagihan bijeh besi ini dicadangkan pembangkang dibina di Tanjung Hantu, 40 km dari Lumut.

Katanya beliau menyemak mencari bahan bukti tetapi nyata tidak terdapat cadangan pembangkang membinanya di Tanjung Hantu.

Beliau hairan macam mana mereka boleh mendakwa Nizar bersetuju kilang berkenaan dibuat di Tanjung Hantu sedangkan surat itu sendiri membuktikan sebaliknya.

Pada satu ketika Nizar terpaksa bangun mengesahkan bahawa surat yang didedahkan Menteri Besar itu adalah surat yang beliau tulis kepada Vale International.

Nizar berkata demikian apabila wakil Pengkalan Hulu, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali menggunakan Perintah tetap 23 (c) meminta beliau membuat pengesah kerana Tajol berpendapat "dengan jawapan Nizar, kita boleh tahu siapa bercakap benar."

"Kita nak tahu sama ada dia tulis surat itu ataupun tidak . . .itu saja"kata Tajol yang juga mantan Menteri Besar.

Pada ketika semua mata tertumpu padanya, Nizar bangun menjelaskan,"saya mengakui surat itu sahih, benar dan saya yang menandatangani surat berkenaan. Surat itu adalah benar."

Dr.Zambry secara sinis hairan mengapa Ngeh menimbulkan soalan ini sedangkan Nizar yang bertanggungjawab kerana ketika itu Nizar ialah Menteri Besar.

"Isu ini dimainkan pembangkang. Nizar bersungguh-sungguh mendakwa tidak pernah langsung bersetuju dengan projek ini, beliau mendakwa projek itu dicadangkan di tempat lain"

Menteri Besar berkata sebelum memilih Perak, kajian Vale melibatkan negara-negara seperti Thailand, Filipina, Vietnam dan Malaysia.

Katanya pada tahun 2007 Vale membuat keputusan muktamad memilih Perak, Malaysia kerana mempunyai persekitaran yang lebih kondusif.

Pendedahan Dr.Zambry mengambil masa lebih 30 minit sehingga berlaku pertikaman lidah antara beliau dengan Ngeh dan ADUN Pantai Remis Nga Kor Ming (sepupu Ngeh).

Ngeh mendakwa Dr.Zambry membuat pendedahan merujuk kepada surat sebagai "selective"(memilih) sedangkan beliau mahu Menteri Besar mendedahkan soalan-salan seperti siapa pemilik tanah dan sebagainya.

Jawapan Dr.Zambry juga mengundang kritikan dari ADUN Pantai Remis yang melihat jawapan Menteri Besar sebatai "ugutan."

Dr.Zambry sambil menuding jari kearah Nga yang pernah memanggilnya "hitam metalik haram jadah" akan mendedah pula mengenai wakil rakyat berkenaan. "Tunggu . . ."

Ia segera mengundang reaksi Nga dengan meneriak "samseng . . .samseng."

Sebelum menyambung penjelasan mengenai isu Vale, Dr.Zambry berkata "saya tak pernah takut dengan pantai Remis . . ."

Katanya beliau membuat pendedahan itu setelah dicabar Ngeh serta setelah pelbagai tulisan dan dakwaan di majlis ceramah dan sebagainya menafikan tentang penglibatan Nizar dan Pakatan Rakyat.

Sepanjang pendedahan terbuka itu Nizar mendiamkan diri manakala Ngeh dan Nga cuba menarik perhatian dewan  mendesak Dr.Zambry mendedahkan soal pemilik Harta Makmor SB.

"Itu urusan perniagaan willing buyer, willing seller. Itu urusan mereka"katanya.

Pada satu ketika Dr.Zambry secara sinis bekata tak hairanlah jika dakwaan sesetengah pihak Perak mempunyai "dua orang menteri besar" diwaktu mereka memerintah.

"Satu macam boneka".

Dalam sidang media selepas itu Dr.Zambry sekali lagi menjelaskan bahawa dia terpaksa mendedahkan surat itu kerana "mereka fitnah saya macam-macam."

Malah katanya terbuktilah isu ini sebenarnya bukanlah isu alam sekitar tapi isu politik bagi menarik sokongan rakyat.

Beliau keciwa kerana pembangkang menggunakan fitnah sebagai satu cara untuk mempengaruhi rakyat."Saya berharap rakyat mengetahui mereka berbohong."

Mengenai demonstrasi Ngo-Ngo yang menggunakan nama sebuah badan alam sekitar, beliau berkata ia dihadiri oleh para pemimpin pembangkang seperti Ngeh dan Sivakumar (ADUN Teronoh).

Kepada satu soalan, beliau memberi jaminan kerajaan akan memantau tahap penjejasan terhadap alam sekitar oleh agensi-agensi seperti EIA dan ETIA.-OLEH YUSOF HARUN -Agendadaily

1 comments:

Anonymous said...

x pyah nk pantau le bro,dh hancur pun perskitaran alam sekitar Teluk Rubiah.Bukit dh di ratakan,hutan dh di terang kn.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates