Wednesday, April 11, 2012

0 Isu PTPTN: KJ Palam Rafizi dan Cifut


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan langkah PKR untuk menghapuskan hutang yang ditanggung pelajar daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai tindakan populis untuk menang dalam pilihan raya akan datang.

Sedangkan, "janji manis dan tidak bertanggungjawab" itu tidak mendapat persetujuan daripada PAS dan DAP malah tidak dijadikan dasar bersama Pakatan Rakyat.

"Ia dibuat di atas pentas ceramah dan perincian (penghapusan hutang PTPTN) datang kemudian. Mereka tak fikir mengenai bagaimana nak tampung dan biayai hutang tersebut.

"Itu satu janji manis, cerita dongeng daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata terdesak untuk menang undi orang muda nampak kecenderungan kepada BN. Ini adalah langkah terdesak," katanya.

Katanya, beliau mempertahankan pinjaman PTPTN dengan memberi beberapa cadangan penambaikan untuk kemudahan peminjam.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan rundingan meja bulat berhubung isu berkenaan bersama sekumpulan mahasiswa hari ini.

Khairy mengulas kenyataan pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang berkata pinjaman PTPTN sedia ada berjumlah RM24.7 bilion kepada mahasiswa itu dapat dilupuskan dalam tempoh 15 tahun.

Rafizi berkata demikian dalam satu program rundingcara berhubung penyelesaian hutang pinjaman tersebut di Shah Alam malam tadi.

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates