Friday, April 6, 2012

0 Kenapa Bersih 3.0 Pilih Dataran Merdeka....



Oleh: Helmi Hanafi

Rasanya tak perlu nak berteka teki lagi….saja nak buat riuh.. saja nak buat gamat untuk tarik perhatian orang ramai kepada mereka. Itulah nampaknya akal puak-puak pembangkang apabila umum hendak buat perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka 28 April ini.

Pemilihan tempat bersejarah itu sudah mengambarkan nawaitu mereka untuk cetus provokasi. Kata orang sudah tahu tidak boleh di situ tetapi nak juga.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sendiri awal-awal sudah kata, Dataran Merdeka TIDAK termasuk dalam kawasan yang digazet untuk mengadakan sebarang perhimpunan aman.

Jadi faham-fahamlah apa jadinya nanti apabila permintaan ditolak, mereka akan buat riuh lagi, tuduh itu ini dan bangkitkan kemarahan juga keghairahan penyokong mereka untuk ‘beraksi’.

Macam dulu juga, masa Bersih 2.0, bila Perdana Menteri umum sedia runding untuk benarkan puak-puak Bersih 2.0 buat perhimpunan awam di kawasan tertutup macam stadium.

Terus melompat berkeras hendak guna Stadium Merdeka dan apabila tidak dibenarkan, rempuh juga tidak kira apa nak jadi.

Yang peliknya, kenapa tidak buat di Stadium Shah Alam... Mudah parking, mudah orang hendak pergi, mudah pihak berkuasa kawal lalu lintas...

Lagipun kerajaan Selangor yang memerintah kini adalah kerajaan pembangkang, jadi secara simboliknya, buatlah di Selangor, duduklah, bantahlah, dari pagi sampai malam pun tak apa, kalau larat…

Kenapa mesti pilih di pusat bandar yang sibuk, yang jika diadakan bakal menyusahkan semua pihak...

Orang yang waras, peniaga, rakyat yang tidak berkepentingan sila buka mata luas-luas tengok macam mana pembangkang menyusahkan mereka.

Pembangkang bukan hendak mencari penyelesaian kepada masalah, tetapi sengaja mahu burukkan negara, burukkan imej Malaysia yang dari segi jangka panjangnya merugikan kita semua.

Mengenali Anwar Ibrahim, yang cukup hebat dalam bab berpidato ini siapa boleh tolak kemungkinan kalau beliau sudah berangan –angan nak jadikan Dataran Merdeka jadi macam Dataran Tahrir di Mesir.

Ingat balik berapa kali sudah beliau mewar-warkan tentang Arab Spring.

Orang ramai duduk berhari-hari tidak balik, rosak ekonomi, apabila pihak berkuasa hendak suraikan, jadi pertembungan, nampak pihak berkuasa zalim.

Anwar memang hendak jadi hero menerusi cara ini, sebab beliau tahu, kalau berdasarkan demokrasi ‘tenang-tenang' beliau tidak akan mimpi nak capai impian jadi Perdana Menteri.

Bukan kerana di Malaysia tidak ada demokrasi, tetapi beliau sendiri tahu beliau bakal ditolak dalam proses tersebut.

Majoriti rakyat tidak mahu PM yang ada video seks 99.9 peratus tulen, majoriti rakyat tidak mahu kerajaan yang hanya tabur janji tapi apabila gagal laksanakan salahkan kerajaan terdahulu. Majoriti rakyat tidak mahu ditadbir oleh parti yang bergabung demi kuasa, semata-mata, bukan kerana kepercayaan dan idelogi politik.

Anwar tahu itu, beliau ahli politik lama, jika benarkan proses demokrasi berlaku di Malaysia, pilihanraya berlangsung dengan aman dan lancar, beliau akan kehilangan semuanya.

Sebelum impian hendak jadi Perdana Menteri berkecai cara mudah adalah bakar hati rakyat, bangkitkan kemarahan orang muda. Tolak demokrasi, mulakan revolusi.

Itulah impian Anwar dan kuncu-kuncunya… apabila mereka memilih hendak buat kecoh di Dataran Merdeka 28 April ini

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates