Wednesday, April 4, 2012

0 MP Pembangkang Jadikan Dewan Rakyat Sebagai Pentas 'Halalkan' Demo Bersih 3.0


“Dubai: undangan pidato middle east ceos - Tenang dlm pesawat setelah ribut Parlimen. Nonton filem apa?”

Itulah tweet Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa jam selepas bikin panas dalam Dewan Rakyat petang Selasa mengenai laporan Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Proses Pilihanraya.

Lagaknya macam orang yang bersiul puashati kerana hajatnya tercapai untuk set suasana bagi mencetuskan alasan ' menghalalkan' kuncu-kuncunya mengadakan demo Bersih3.0 yang sudahpun diwar-warkan kebelakangan ini.

Malah ramai pemerhati politik awal-awal lagi sudah menduga 'lakonan kekecohan' mereka dalam sidang Dewan Rakyat ketika pembentangan laporan itu oleh pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Ia tidak lain tidak bukan perang saraf untuk mencetuskan persepsi kononnya pembangkang kini dalam keadaan terhimpit oleh tipu daya kerajaan dalam menghadapi pilihanraya umum tidak lama lagi.

Soalnya apa yang kita rasa bila baca tweet tersebut. Ya, betapa tidak seriusnya Anwar dengan soal yang maha penting itu semata-mata kerana agenda politik sehingga perlu buat perhimpunan menyusahkan semua orang demi (konon) membersihkan pilihanraya.

Berapa ramai penyokong pembangkang akar umbi, yang tidak tahu menahu, terperdaya dengan dakyah pemimpin mreka ini, sanggup turun ke jalan raya sekali lagi konon untuk pilihanraya yang bebas dan adil.

Juga jika kita tengok cara Anwar and the geng dengan biadapnya menjerit ‘leave the chair’ terhadap Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dalam Dewan Rakyat yang mulia.

Siapa boleh fikir selepas hanya beberapa jam beliau boleh relax dan tanya “nonton filem apa?” atas kapal terbang menuju ke Dubai.

Rabu Parlimen masih bersidang, kalau-kalau Anwar lupa, apa yang sibuk dengan pidato di luar negara jika keutamaan adalah perjuangkan rakyat Malaysia?

Sebab itu, ramai yang kata ‘drama’ pembangkang semakin hari semakin mudah dinilai oleh rakyat.


Kita yang rasional tengok macam mana MP-MP pembangkang setkan game plan untuk huru-harakan Dewan Rakyat pada Selasa dan kemudian keluar sambil ketawa, kita boleh geleng kepala.

Macam itu ke gelagat orang yang dipanggil Yang Berhormat?

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang menjadi saksi kejadian tersebut tweetnya berkata, “Black day in Parliament's history. Never seen MPs behave this bad. Opposition hounded Speaker. Shouted & screamed.Sitting suspended.,”

Bayangkan Azmin menjerit ke arah Speaker, sambil berkata“pembohong” berulang kali dan semua itu dirakam.

Selaku Ketua Pembangkang ,Anwar yang patutnya menenangkan MP-MP lain, turut berkelakuan macam ‘kena sawan’ terjerit-jerit “leave the chair”sambil tepuk-tepuk meja kearah Speaker.

Dan hanya selepas beberapa jam dengan relaks , boleh tanya “nonton filem apa?”

Kalau bukan lakonan atau drama, apa lagi yang kita boleh sebut pada kelakuan begitu?

Berdasarkan kronologi peristiwa, memang dari awal lagi, pembangkang sudah buat ‘akai’ untuk menolak laporan tersebut dan mencipta alasan baru untuk menghalalkan apa saja tindakan mereka selepas ini.

Azmin Ali, Ketua Whip pembangkang di Parlimen, pada Isnin sudah buat sidang akhbar persoal itu ini dalam laporan yang belum pun lagi dibentangkan.

Bayangkan etikanya, Azmin salah seorang anggota jawatankuasa tersebut, laporan itu beliau sama-sama buat, tapi demi politik, sebab nak tunjuk gah pembangkang maka ia kerja sendiripun tidak dihargai.

Khairy awal-awal lagi sudah tweet, kata “Ramalan saya:Pembangkang akan menolak laporan JK Pilihan Penambahbaikan Pilihanraya di Parlimen esok & kembali ke demonstrasi jalanan,”

Ketua Pemuda UMNO itu tweet macam begitu pada Isnin malam.

Lakonan pembangkang ini bukan susah hendak baca, patennya sama, buat-buat jadi mangsa dan menjerit salahkan BN dalam semua perkara.

Mereka tidak berkerja untuk mencari penyelesaian sebaliknya mencari masalah.

Kalau kita lihat dari segi sejarah JawatankuasaKhas Penambahbaikan Proses Pilihanraya itu sendiripun, ia ditubuhkan selepas perhimpunan haram Bersih 2.0.

Pembangkang memang menolak pada peringkat awal untuk menyertai jawatankuasa tersebut, tetapi selepas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kata ia akan teruskan juga walaupun tanpa pembangkang... maka mereka terpaksa sertai.

Laporan itu dibentangkan di Dewan Rakyat selepas enam tujuh bulan buat kerja, kumpulkan pandangan,dari berbagai pihak di seluruh negara.

Banyak masa dan wang ringgit terbuang pergi melawat dan meninjau Parlimen di Eropah untuk melihat sendiri sistem yang digunapakai di sana.

Berbagai sesi brainstorming yang panjang dan melelahkan,akhirnya pembangkang tetap membangkang.

Lojik akal tahu jika mereka setuju begitu sahaja dengan laporan jakawatnkuasa khas itu, maka isu yang mahu digunakan untuk ‘bakar’ hati penyokong-penyokong sendiri sudah tiada.

Tidak boleh lagi hendak buat BERSIH 3.0. untuk huru-harakan Malaysia.

Apa modal nak jual kalau tiba-tiba semua MP pembangkang setuju dengan laporan jawatankuasa khas tersebut ?

Mereka sengaja bergasak, cipta bagi Dewan Rakyat nampak macam pasar, supaya tidak dapat dibahaskan, supaya rakyat tidak nampak kebaikan-kebaikan dari laporan tersebut.

Jadi bila semuanya ikut skrip, dan Speaker terpaksa meluluskan tanpa bahas dengan suara majoriti, maka senang, sudah ada modal baru.

Sebab itu, hanya selepas beberapa jam kejadian tersebut, Awar boleh tweet dari atas kapal terbang “Nonton filem apa?”… drama oh drama… - Oeh Helmi Hanafi

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates