Monday, April 9, 2012

2 PKR Cabang Ladang Perbadanan, Sg. Petani Dibubar


Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ladang Perbadanan, Taman Ria di sini dibubarkan selepas 50 ahlinya mengisytiharkan keluar parti hari ini.

Ketua cabang berkenaan, M. Muruli berkata, mereka kecewa kerana pemimpin-pemimpin atasan parti yang gagal menunaikan janji, tidak menjaga kebajikan ahli dan banyak bercakap kosong.

"Tindakan kami tidak didorong oleh mana-mana pihak tetapi kerana kecewa dengan pemimpin atasan yang menonjolkan sikap tidak bertanggungjawab dan mungkir janji,” katanya selepas membuat pengisytiharan itu di Taman Ria Jaya di sini.

Penyelaras Parlimen yang juga Ketua UMNO bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, M.L. Maren turut hadir pada majlis itu.

Muruli memberi pengakuan semua bekas ahli PKR itu akan menyokong dan membantu Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, dan selepas ini mereka bergerak atas nama Persatuan Kebajikan Masyarakat Tamil Sungai Petani.

Sementara itu, Tajul Urus berkata, bekas ahli PKR itu sedar perjuangan PKR tidak membawa sebarang kebaikan.

"Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan PKR berbanding BN yang telah banyak berjasa dari aspek kebajikan serta memenuhi kehendak rakyat dan bekerja demi faedah bersama,” katanya. - BERNAMA

2 comments:

Adi Kencana said...

Baguslah, ramai dah sedar...

PENDUDUK FLAT 4 TINGKAT KERINCHI SIBUK PINDAH, NURUL IZZAH SENANG2 BERJOLI. Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

bukan joli saje tu....cari isu dan awang hitam

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates