Friday, May 11, 2012

5 Antara Hak Untuk Berdemonstrasi, Privasi Dan Mencari Rezeki


Kita tidak tahu sama ada S.Ambiga adalah seorang yang keliru, dungu atau semata-mata hipokrit. Beliau yang menganggap diri sendiri sebagai juara hak asasi manusia kini terjerit-jerit menafikan hak manusia lain untuk mencari rezeki dan berhimpun di depan rumahnya.

Seolah-olah hilang pertimbangan Ambiga benar-benar berang apabila 20 peniaga Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) yang kerugian akibat BERSIH 3.0 menuntut pampasan darinya dan bertindak berniaga di hadapan rumahnya.

Alasan Ambiga ialah mereka telah menceroboh privasinya. Malah beliau juga menempelak mereka sebagai penyangak.

Benar, Ambiga ada hak privasi, tetapi beliau perlu ingat bahawa peniaga-peniaga juga ada hak berhimpun dan mencari rezeki di mana saja mereka suka. Lagipun, bukankah Ambiga juga yang menunjukkan contoh bahawa manusia boleh berhimpun di mana saja termasuk di kawasan perniagaan, walaupun ia akan menggugat hak manusia lain untuk mencari rezeki.

Dan Ambiga jugalah yang menunjukkan contoh bahawa manusia ada hak untuk menceroboh ke kawasan larangan dan mengingkari perintah pihak berkuasa jika mereka suka.

Adalah pelik apabila peniaga yang berhimpun dan berniaga dengan aman dipanggil penyangak sedangkan mereka langsung tidak merosakkan harta benda Ambiga sepertimana perusuh ternakan Ambiga dalam BERSIH 3.0 merosakkan kereta polis termasuk mencederakan anggota polis.

Ambiga juga tidak boleh marah jika peniaga mengotorkan kawasan rumahnya kerana itu adalah hak mereka, sepertimana pihak BERSIH 3.0 berhak mengotorkan Kuala Lumpur dengan sampah sarap dan darah pada 28 April lalu.

Dalam kes ini, Ambiga perlu ingat bahawa sekurang-kurangnya beliau dan jiran-jiran langsung tidak mengalami apa-apa kerugian dari segi kewangan. Kesan kepada Ambiga dan jiran-jiran hanyalah dari segi perasaan terganggu atau rimas.

Tetapi, apa yang dialami oleh peniaga-peniaga tersebut ketika BERSIH 3.0, ialah kerugian yang bukan sedikit. Itupun belum lagi dikira dengan kerugian dalam BERSIH 2.0 yang belum dilunaskan oleh Ambiga.

Sedarkah Ambiga, bahawa peniaga-peniaga inilah rakyat marhaen yang konon dibela oleh Ambiga melalui BERSIH.

Justeru, kenapakah rakyat marhaen yang hanya berniaga kecil-kecilan ini perlu dipanggil penyangak hanya kerana ingin menuntut hak mereka yang telah dirampas oleh Ambiga dalam BERSIH yang lalu?

Maka, tidak salahlah jika kita berkata bahawa Ambiga dan BERSIH tidak pernah mewakili suara rakyat marhaen tetapi hanya segelintir rakyat yang menyokong pembangkang sahaja.

Jika Ambiga benar-benar berniat baik dan seorang pejuang hak rakyat yang ikhlas, beliau tidak akan sekali-kali menempelak atau naik berang dengan peniaga-peniaga ini. Sebaliknya beliau akan turun bersemuka dengan mereka, meminta maaf dan mendengar keluhan mereka dan berjanji akan melakukan sebaiknya untuk membantu dengan apa jua cara yang termampu.

Tetapi, Ambiga sememangnya berniat jahat dan tidak ikhlas. Ini telah pun terbukti apabila beliau dengan selamba mencuci tangan enggan bertanggungjawab apabila perusuh ternakannya ditangkap ataupun cedera. Sedikit pun beliau tidak peduli dengan nasib mereka jauh sekali menjenguk mereka yang hospital, sedangkan mereka juga mewakili rakyat marhaen yang konon diperjuangkannya.

Maka terbuktilah sudah buat kesekian kalinya, siapa Ambiga, iaitu seorang hipokrit dan pengkhianat negara. Apapun, terima kasih diucapkan kepada para peniaga Ikhlas yang berjaya membuat seekor iblis keluar dari penyamarannya.

5 comments:

Megat Alam Gempita said...

bro, moh kita demo depan rumah ambiga siang dan malam. tak payah ramai sangat cukup 10 orang tapi kita buat sampah, pekik maki hamun, goncang dan rempuh pagar rumah beliau. kalau dia buat repot polis kita boo pada dia cakap polis ganas. kalau dia main samseng, lagi banyak samseng akan turun buat huru hara depan rumah dia. Ok tak, Teman pun dah hanto skuad buat demo melampau depan rumah dia. miker nak joint?

Anonymous said...

BRO MINGGU DEPAN BT LAGI SAMPAI AMBABIGA BYR PAMPASAN KT LU ORG....AMBABIGA TAHU PULAK NK MARAH..KO AMBABIGA MCM BABI MAIN SONDOL JE,TAK KISAH APA ADA DEPAN...TAK PEDULIKAN ORG LAIN.

Anonymous said...

well said....setuju dengan anda dan comments di atas.
Ambiga bodoh tu, kena kat dia tahulah cakap pasal privasi.

Anonymous said...

si babiga ni memang celaka.. si babiga ni tak leh bising2 kalau org niaga kat depan kawasan jalanraya.. tu bukan tanah dia. kandang dia yg berpagar aje.. selagi kita tak masuk kandang dia, kita tak menceroboh.. lagipun siapa nak masuk kandang dia...

Anonymous said...

Yg baguih ny UMNO ni,nama parti Melayu.Yg bersuara lebih2 semua ny mamak,MB Perak,Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang,Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia,Ketua Putra UMNO,yg dok kecoh kacau LGE di Pulau Pinang dn terbaru pengerusi IKHLAS

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates