Friday, May 4, 2012

Debat Khairy VS Rafizi Akan Diadakan Secara Live Di Televisyen


Debat PTPTN antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, akan tetap diadakan bulan ini.

Penasihat Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, pada dasarnya kedua-dua mereka bersetuju meneruskan debat anjuran Sinar Harian itu.

“Sinar Harian sebagai penganjur, sedang mengatur format, masa dan tempat. Kami juga sedang cuba menyiarkan debat itu secara langsung di televisyen.

“Insya-ALLAH, dengan adanya siaran langsung, kita berharap lebih ramai rakyat Malaysia dapat mengikuti debat yang bersejarah ini,” katanya.

Kelmarin, Sinar Harian dihujani panggilan telefon dan pertanyaan melalui e-mel selepas mengumumkan penangguhan Debat PTPTN antara dua pemimpin muda daripada Umno dan PKR itu.

Sinar Harian, sebagai penerbit akhbar harian popular yang sebelum ini menganjurkan 13 siri Wacana Sinar, memutuskan untuk menangguhkan debat ini memandangkan suasana dan masa yang belum begitu sesuai.-SH

No comments: