Tuesday, May 8, 2012

0 Hassan Ali: Azmin ‘Si Tanggang Moden’, Derhaka Kepada Ibu


Adun Gombak Setia Datuk Dr Hassan Mohamed Ali hari ini menyifatkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, adalah anak derhaka kerana membelakangkan ibunya semata-mata kerana kepentingan politik.

Hassan ketika sidang media di kediamannya di sini turut menambah, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak harus segera bertaubat dan kembali ke pangkuan keluarganya selain daripada hanya menunding jari kepada Umno untuk menutup kesalahannya.

“Azmin perlu bertaubat dan kembali kepangkuan keluarganya,” kata Hassan kepada pemberita. “Kederhakaan memang jelas berlaku antara Azmin dengan ibunya.

“Beliau ibarat “si Tanggang moden”, malah cuba menafikan kesalahannya dengan menunding jari kepada Umno.

Tambah Presiden Jalur Tiga (Jati) itu lagi, berdasarkan temuramah dengan ibu Azmin, Che Tom Yahya, 78, beliau dapat merasakan ibu kepada pemimpin PKR itu masih mengharapkan Azmin kembali kepangkuannya.

“Walaupun ibunya telah berkata hatinya remuk, tapi saya yakin beliau masih lagi akan menerima Azmin jika beliau bertaubat,” katanya lagi mengulas berkenaan gambar skandal seks yang dikatakan mirip Azmin.

Hassan turut menegaskan, beliau melihat kepimpinan PKR sedang mengalami masalah moral yang berat dan rakyat seharusnya dapat menilai dan tidak menyokong kepimpinan mereka.

“PKR sedang dilanda masalah moral yang besar. Rakyat Malaysia, mari kita tentukan jalan sendiri. Saya tak nampak keangkuhan mereka dapat meredakan keadaan.”

Sebelum itu, ketika sidang media, Hassan turut mengumumkan pihaknya telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Mahfuz Omar dan Khalid Samad berhubung dakwaan mereka yang mengatakan Jati dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan dan syarikat-syarikat tertentu untuk menjayakan program dan aktiviti mereka.

“Saya telah melantik barisan peguam yang diketuai oleh Hasnal Reza Merican untuk mewakili saya dalam membawa kes ini ke mahkamah,” katanya.

“Saya bawa kes ini ke mahkamah untuk membersihkan nama baik saya dan pertubuhan yang saya pimpin.”

Jelas Hassan, pihaknya telah membuat permohonan ganti rugi am, gantirugi teladan, injuksi menghalang mereka mengulangi dakwaan tersebut, dan gantirugi lebih teruk, dan jumlah saman itu akan ditaksir di mahkamah

“Saman itu telah dibuat pada 12 April lalu, dan pengurusan kes terhadap Ahli Parlimen Shah Alam telah bermula pada 30 April, dan pengurusan kes seterusnya pada 14 Mei.

Bagaimanapun, Hassan menjelaskan, pihaknya masih lagi cuba menyerahkan surat saman mahkamah tersebut secara individu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena.-TMI

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates