Monday, May 7, 2012

2 Pakatan Tidak Yakin Menang PRU


Pembangkang jelas tidak mempunyai keyakinan untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyebabkan mereka melemparkan pelbagai tuduhan untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan sedia ada zalim dan perlu digulingkan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pembangkang sudah banyak kali berdepan dengan kekalahan malah sejak negara ini merdeka, mereka tidak pernah menang di peringkat pusat.

"Sebab itu mereka mahu bersedia, kalau kalah kali ini (PRU13), mereka akan cetuskan huru-hara, buat demonstrasi dan desakan yang kononnya kerajaan menipu untuk menang.

"Ini memang pendekatan pembangkang yang bertujuan menjatuhkan kerajaan melalui demontrasi, bahkan Nik Aziz (Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat) sendiri turut mengatakan bahawa demontrasi ini halal," katanya pada sidang media selepas menghadiri program Wacana Tokoh Negarawan bersama penjawat awam, hari ini.

Dalam ucapannya, Mahathir berkata, pembangkang melihat bahawa mereka tidak mungkin memenangi pilihan raya atau membentuk kerajaan menerusi sistem demokrasi.

"Saya percaya pembangkang kurang yakin untuk menang dalam pilihan raya. Mereka sudah cuba 55 tahun tetapi rakyat tetap pilih kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan, tidak pilih parti lawan.

"Ada juga negeri yang pilih mereka tetapi tidak di peringkat pusat. Mereka tidak pernah menang, sebab itu mereka sekarang ini cuba menggambarkan kerajaan ini zalim dan harus digulingkan (oleh rakyat)," katanya.

Menurutnya, usaha dan dakwaan memburuk-burukkan imej polis merupakan satu lagi helah pembangkang untuk menggulingkan kerajaan.

"Ada usaha yang sedang dibuat untuk memburuk-burukkan polis, dan menunjukkan ia sebagai satu lagi bukti kezaliman kerajaan, agar rakyat memberontak bagi menjatuhkan kerajaan.

"Betulkah kerajaan ini zalim sedangkan banyak nikmat yang sudah dikecapi rakyat selama ini. Namun mereka tetap menyatakan kerajaan zalim untuk menghalalkan tindakan yang mereka lakukan," katanya.-SH

2 comments:

Adi Kencana said...

X yakin, tu yg buat kecoh..

NURUL IZZAH: PENGUNDI LUAR NEGARA LEBIH PENTING DARI PENGUNDI DLM NEGARA? Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

I love u Tun....the best is always from u.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates