Sunday, May 6, 2012

1 Polis Tahan Khalid Ismath


KHALID Mohd. Ismath ketika tiba di Pejabat Detektif (CID) Jabatan Siasatan Jenayah, Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur, semalam. Gambar kiri: Khalid Mohd. Ismath menendang anggota polis trafik sewaktu perhimpunan Bersih 3.0.

Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Mohd. Ismath ditahan bagi membantu siasatan berhubung kekecohan pada perhimpunan haram Bersih 3.0, ketika dia hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Khalid dikehendaki setelah gambarnya yang sedang menendang seorang anggota polis trafik yang terjatuh ketika bertugas pada perhimpunan itu, 28 April lalu disiarkan di akhbar-akhbar kelmarin.

Dia yang ditahan kira-kira pukul 10 pagi bagaimanapun sebelum ini dipanggil polis untuk membantu siasatan berhubung kenyataannya di dalam laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini bahawa dia bersetuju semua anggota polis dibunuh.

1 comments:

Anonymous said...

inilah maruah seorang pelajar menara gading dan inikan didikan kedua ibubapa mereka. GEMBIRAKAH MAK/AYAH MEREKA .................

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates