Wednesday, May 2, 2012

3 Pro-Komunis Dipercaya Sertai BERSIH 3.0


Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar berkata golongan pro-komunis yang terbabit dalam demonstrasi pada tahun 1970-an dilihat dalam perhimpunan Sabtu lepas di Kuala Lumpur yang kemudiannya bertukar menjadi ganas.

"Saya dapat mengecam (mereka) daripada gambar-gambar dan imej yang disiarkan (yang diambil daripada perhimpunan itu), merupakan golongan pro-komunis yang terbabit dalam demonstrasi pada tahun 1970-an," katanya di Shah Alam.

"Taktik menggunakan golongan penimbul kemarahan untuk mendorong penunjuk perasaan bertembung dengan polis dan membawa bersama kanak-kanak dengan harapan mereka mungkin mendapat kecederaan merupakan taktik yang dipelajari daripada demonstrasi prokomunis yang lepas," kata Hanif.

Hanif membuat penjelasan mengenai satu laporan Bernama yang memetik beliau sebagai berkata bahawa perhimpunan Sabtu lepas mungkin didalangi pelbagai pihak termasuk beberapa individu yang cuba menyebarkan ideologi komunis.

- Bernama

3 comments:

Anonymous said...

tolong lah, selamatkan kanak kanak itu. Jauhkan mereka dari perkara membahayakan dan jangan dedahkan mereka dengan anasir negatif. Mereka masa depan negara.. Allahuakhbar..

amer said...

Hanif Omar, seolah-olah baru terjaga dari KOMA atau terjaga dari mimpi ngeri. Udah lama dia tinggalkan PDRM dan join pusat Judi negara, Genting Hghlands sebagai chairman lagi. Ni tetiba dia nampak dan percaya Bersih diperalatkan oleh KOMUNIS. Apa punya turr ler Hanif ni. Udah ler sambung tidoq lah. Komunis sudah mampuh semua dan saki baki yang ada dalam dunia in i semua kejar kekayaan. Lihat CHINA kalau tak tahu sangat.

Anonymous said...

dol mana ada komunis atau pro komunis . komunis china pun dh lengkup demikian juga komunis russia . semua sekarang kapitalis wang ringgit daa

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates