Sunday, June 10, 2012

2 30,000 Sertai Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Sultan Johor



Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini terharu dan sebak dengan kehadiran rakyat dari seluruh negeri itu termasuk masyarakat Orang Asli ke Istana Pasir Pelangi di sini bagi menyatakan ikrar taat setia.

Ketika bertitah, baginda turut menyatakan rasa sayang terhadap rakyat Johor.

"Saya sayang rakyat saya. Tidak ada rakyat yang tidak ada raja.

"Saya ada permintaan untuk melihat rakyat bersatu, tidak kira kaum, mesti bersatu. Bersatu kita kuat, bercerai kita runtuh," titah baginda.


Kira-kira 30,000 sertai perhimpunan Ikrar Taat Setia Sultan Johor yang pada asalnya menyasarkan hanya 20,000 orang. Masyarakat Orang Asli turut hadir.

Kebanyakkan peserta mula berhimpun di pekarangan bangunan Sangkar Kristal, Taman Pelangi bermula jam 11 pagi biarpun perarakan dijadualkan mula jam 1.30 petang.



Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor dianjurkan oleh Pemuda Johor dan Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung).

Suasana di pekarangan istana yang penuh sesak bertukar menjadi emosional apabila baginda tiba-tiba menjadi sebak dan menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan ringkas kepada hadirin.

"Saya tidak akan melupakan hari yang amat bersejarah seperti hari ini," titah baginda sambil mengesatkan air mata dan laungan "Daulat Tuanku" rakyat yang menghadiri perhimpunan itu terus berkumandang.

Perhimpunan itu sebagai reaksi balas terhadap kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menerusi laman Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.

2 comments:

Anonymous said...

30,000 TAIK KUCING LAH.
nak tipu pun agak2 lar. ingat rakyat tak der mata ker?gsforu 3

Anonymous said...

rasa2nya 5 ribu pun tak sampai kalau ikutkan gambar tu le.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates