Saturday, June 16, 2012

1 #BNYV : Take Charge. Make A Difference. - #Twtupkj Gamatkan NZ Garden @bnyv2012





Meriah!

Itulah suasana di NZ Curry House berhampiran KLCC semalam apabila Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin turun mendekati rakan twitter beliau yang terdiri dari anak muda pelbagai bangsa.

Sessi 'TweetUpKJ' yang bermula jam 9.30 malam itu adalah usaha Pemuda BN untuk memperkenalkan BN Youth Volunteers (BNYV) iaitu sebuah badan sukarelawan yang diilhamkan oleh Pemuda BN.

Sessi yang berlangsung selama 2 jam itu turut memberi ruang kepada anak-anak muda pelbagai latar belakang untuk berinteraksi serta mengutarakan pandangan dan pendapat mereka terhadap dunia politik negara.

Selain berinteraksi bersama anak-anak muda Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin turut meluangkan masa menonton perlawanan bola sepak Euro 2012 di antara France vs Ukraine bersama rakan twitternya yang kini berjumlah 122,943 orang.

Kehadiran dan sikap 'sporting' KJ berjaya mencuri hati anak muda untuk mendekati BN seterusnya terlibat secara tidak langsung sebagai jentera BN melalui BNYV.

Antara foto yang dirakam oleh lensa Unit Media Baru :








"Take Charge, Make A Difference" - Let's Join BN Youth Volunteers

Sumber -UMB PPUM

Lagi gambar dari Facebook page BNYV klik di sini...

1 comments:

Anonymous said...

Tq for sharing the video, bro jinggo.
That helps clear KJ's position vis-a-vis Anwar.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates