Tuesday, November 27, 2012

2 Khairy: Generasi Muda Tidak Mudah Terpengaruh Dengan Anasir Luar #BNYKampus #UMB # PAU2012



Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yakin generasi muda di negara ini tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar terutama pihak yang mahu menggulingkan kerajaan.

Beliau berkata ini kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi ruang yang cukup kepada orang muda untuk menyampaikan pandangan termasuk menerusi anggotaParlimen.

"...zaman kerajaan tahu segalanya sudah kita tamatkan, kita 'engage' generasi muda selami jiwa mereka itu dan buat segalanya untuk mereka," katanya kepada Bernama, di sini.

Anggota Parlimen Rembau itu berkata hasil inisiatif kerajaan mendekati mereka, sokongan golongan muda kepada BN kini semakin kukuh.

Selain itu tegasnya proses demokrasi di negara ini juga lebih baik berbanding di beberapa negara yang menyaksikan rakyatnya bangkit menggulingkan kerajaan.

Beliau berkata usaha kerajaan memperkasa generasi muda dapat dilihat menerusi Belanjawan 2013 dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, antaranya menyediakan peruntukan khas bagi latihan kemahiran belia.

"Pindaan Akta Universiti Kolej (AUKU) yang membolehkan mahasiswa berpolitik juga merupakan antara usaha kita memperkasa generasi muda. Ada kata takut kampuskucar-kacir jika perkara ini dilaksana.

"Tetapi sudah lebih setahun pindaan ini terlaksana, tiada kucar-kacir yang berlaku malah suara mahasiswa semakin lantang berusaha memajukan negara.

Percayalah kepada kami, kami orang muda, mahu dan akan menjadikan negara ini yang terbaik di dunia," katanya. -Bernama






2 comments:

MMI said...

Salam mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih.

Anak Perelih said...

kalau macam ni PAS, PKR dan DAP kena lah boleh tubuhkan kelab penyokong di IPTA jugak ye...??? barulah adil dan demokratik kan???

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates