Sunday, November 18, 2012

8 MasyaAllah... Video Pas Doa Hancurkan UMNO, BN


Berikut ialah komen YB Khairy Jamaluddin ahli Parlimen Rembau ditwitter (@khairykj) berhubung solat hajat PAS yang mendoakan kehancuran terhadap UMNO.

"...... PAS mendoakan kehancuran UMNO. Tak Pa lah. Orang UMNO tetap mendoakan kesejahteraan ahli-ahli PAS walaupun beza politik."




Pas sekali lagi membuktikan parti itu sanggup memperalatkan agama demi politik apabila mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN) iaitu parti yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan syiar Islam di negara ini, ketika Maal Hijrah baru berlalu tiga hari.

Lebih menyedihkan, Pas meminta doa agar Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN sebagaimana Allah memusnahkan Firaun, Qarun, Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat, sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Doa Pas yang meminta kehancuran UMNO dan BN itu berbeza sekali dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar umat Islam di negara ini menghayati sifat mulia kaum Muhajirin dan Ansar, demi membina perpaduan serta kekuatan ummah semasa beliau berucap pada sambutan Maal Hijrah, Khamis lalu.

Selain itu, doa yang diketuai Nik Razi Nik Mat, iaitu adik kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mendakwa UMNO dan BN telah bertindak zalim kepada agama Islam, rakyat serta negeri Kelantan meskipun Malaysia diiktiraf negara Islam paling maju dan komprehensif di bawah pentadbiran kerajaan sekarang.

"Ya Allah...Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya, kuburkanlah UMNO dan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini (diulang sebanyak tiga kali). Ya Allah...Hukumkanlah UMNO. Ya Allah...Hukumkanlah UMNO dan BN. K.O! BN, K.O! BN, BN K.O!, K.O! BN, BN K.O!, BN K.O! dalam PRU-13 ini Ya Allah.

"Kalau Kamu pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Kamu izinkan bumi Mu telan Qarun. Ya Allah...Kamu telah laknat Namrud dan begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah untuk Kamu menjahanamkan UMNO dan BN dalam PRU-13," doa Nik Razi sebagaimana dipetik dari blog jinggo-fotopages.blogspot.com, hari ini.

Video doa yang berdurasi 4.26 minit itu dimuat naik sendiri oleh blog jinggo-fotopages dan penelitian Mingguan Malaysia ke atas rakaman video berkenaan mendapati hanya peringkat awal dan akhir doa sahaja Nik Razi membaca ayat al-Quran, manakala hampir keseluruhan kandungan doa pula adalah memburukkan UMNO serta BN.

Dalam pada itu, pengendali blog jinggo-fotopages yang membuat liputan semasa solat hajat tersebut memberitahu, ramai kalangan petugas media terkejut dengan doa yang dibaca Nik Razi, menyebabkan mereka berhenti mengaminkan doa kerana tidak sampai hati mahu mendoakan kehancuran saudara seagama.

"Inilah kali pertama kali dalam sejarah hidup saya yang dah pun mencecah 50 tahun mendengar doa sebegini. Terkejut dan tersedak saya dibuatnya. Saya yang tak berparti mempunyai ramai kenalan di sebelah pembangkang dan juga di sebelah pihak kerajaan yang memerintah. Tak sampai hati saya mengaminkan doa tersebut.

"Ramai juga kenalan media yang pada mula mengaminkan doa tersebut kemudian menurunkan tangan sebagai tanda 'protes' apabila terdengar jeritan imam (Nik Razi) mendoa K.O UMNO dan BN," katanya.-Utusan

8 comments:

Anonymous said...

Sedih sangat bila dengar n tengok amalan parti pas yg di kata kan meletakn islam sebagai agenda utama tetapi tidak menunjukan contoh sebagai seorang islam...mengkafir dan mendoa kn kehancuran sesama islam semata2 politik,dengan tujuan merebut jawatan....kerap kali sy dengar "pas menerajui pakatan rakyat sekiranye memenangi pilihan raya"pd hakikat sekarang dan dengan jelas sekali yang pas di pergunakn oleh pkr n dap...dengan ilmu agama yg tinggi,rasa nye mereka lebih tau tentang mendoa kn kehancuran sesama islam itu betul atau tidak tindakanye......kita sedang berfikir utk menyelamat dan mendoa kan saudara kita yg sedang sensara di gaza,,tetapi sahabat2 kita di malaysia yg berparti pas terjerit2 mendoa kan kehancuran sesama jiran sewarganegara..subhallah...dengan komen dari peresiden pas sendiri,yg mengatakan boleh mendoa kan kerana kerjaan mengzalimi rakyat....terperanjat jugak bila dengar komen beliau macam tu...keamanan di malaysia menjadikan ramai orang2 luar cemburu dan dengki dengan negara kita malaysia...sampai kan melantik agen2 utk memporak-perandakn malaysia...contoh kejayaan mereka kita dapat lihat dengan jelas seperti yang belaku di eropa dan tanah arab....saya tidak rela melihat negara tercinta di cemar oleh orang2 macam ini...saya seorang perantau yg telah merantau ke seluruh dunia...jadi sy tau dan nampak bukan sekadar dari sudut dalam tetapi dari luaran malaysia, siapa malaysia di mata dunia....ya allah ya tuhan ku,kami sangat bersyukur dengan keamanan yang berikan kepada kami di malaysia,kau kekal kan lah keamanan yang kami kecapi di malaysia,kau berilah keampunan kepada saudara kami yang mendoa kan kehancuran kami...sesunguhnye kau lebih tau dan memahami kehendak hamba mu ini,ya allah ya tuhan ku,kau hancur kan lah bangsa yahudi lahanat,kau lindungi lah saudara kami di bumi palastin,aku memohon dengan kau ya allah...lindungilah saudara kami di sana...amin ya rabbal alamin.......

Kelab Generasi Baru Otak Lembu Masuk UMNO said...

'Katakan Celaka Muhyiddin'..... Muhyiddin LEMBU tua NYANYUK nak mampus!!!

Puteri UMNO Kump ANJING menyalak Gila Babi....

~ BUKTI 1 ~

~ BUKTI 2 ~


Pemimpin2 UMNO BODOH macam LEMBU... Tua2 NYANYUK nak mampus!!!

Lihat Bukti Transformasi Pemuda UMNO otak lembu telah berjaya!!!

~ BUKTI 3 ~

~ BUKTI 4 ~

~ BUKTI 5 ~

~ BUKTI 6 ~


Anonymous said...

masyaAllah digunakan apabila memuji sesuatu ciptaan Tuhan. Katakan 'astaghfirullah' utk sesuatu yg tidak elok.sekadar berkongsi.

Anonymous said...

errr malaysia negara islam ke?xtau plembagaan ke?aduhai ank malaysia,try la selak2 plembgaan..

Anonymous said...

Inilah hakikat yang harus difahami oleh setiap manusia:

Apabila kita berfikir sahaja sesuatu yang negatif sel-sel badan kita akan mengeluarkan sejenis asid dan kondisi badan kita ketika itu sangat berasid dan ini merbahaya bagi darah kita. Sebab itu Rasulallah (pbuh) bersabda fikirkan yang baik sahaja.

Apabila kita melafazkan kata-kata negatif, kita telah mengeluarkan energi negatif apalagi mendoakan orang kerana energi negatif ini somehow rather akan datang kembali kepada kita dalam gandaan.

Dalam hidup ku yg 50an muda ini aku melihat ramai orang yg semakin tua semakin hilang seri wajahnya, semakin kasar tuturkatanya, semakin malap kelembutan di matanya dan semakin sedih aku melihatnya dan bertanya didalam hati, apakah yang kau telah lakukan terhadap dirimu yang Allah pinjamkan sebentar ini.

Anonymous said...

Mendoakan sahabat muslimnya hancur??
Persoalannya adakah doa itu akan diterima Allah?

Anonymous said...

Mendoakan sahabat muslimnya hancur??
Persoalannya adakah doa itu akan diterima Allah?

Anonymous said...

"Your comment has been saved and will be visible after blog owner approval."
Anda memang bijak menapis komentar. Dan ingatlah anda juga akan dipertanggungjawabkan keatas apa yang anda tulis dan sebarkan. Renungkan.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates