Wednesday, January 16, 2013

Bangkit Dengan Semangat Baru - DS Najib


Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui terdapat kesilapan dan kekurangan dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang lalu dan berjanji akan bangkit dengan niat dan semangat baru.

Dalam perutusan tahun baharu kepada pengundi-pengundi di negeri itu, Perdana Menteri berkata, BN berjanji memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di Selangor serta berusaha memenuhi janji yang dibuat. Seterusnya klik pada tajuk entri....



"Kami sedar, terdapat kesilapan dan kekurangan dalam pentadbiran BN yang lalu. Atas kesedaran ini, kami berjanji akan bangkit semula dengan niat dan semangat baru bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Selangor.

"Janji kami adalah janji ditepati. Yakinlah dan berilah peluang kepada kami untuk membawa perkhidmatan yang lebih baik," katanya dalam surat yang dihantar kepada pengundi-pengundi di Selangor baru-baru ini.

Najib yang juga Pengerusi BN Selangor dipetik sebagai berkata, tahun 2013 merupakan tahun penting kepada rakyat Malaysia, terutamanya di Selangor setelah lebih empat tahun berhadapan dengan kecelaruan di bawah kerajaan DAP, PKR dan Pas.

"Kini masanya untuk berubah dan mandat baru perlu diamanahkan kepada BN pada pilihan raya umum yang pasti berlaku pada 2013," katanya.

No comments: