Monday, January 14, 2013

Himpunan #KL112 Lancar Bukti Transformasi PM Berjaya: Khairy


Kelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) yang dianjurkan pembangkang pada Sabtu lalu menjadi bukti bahawa Dasar Transformasi Nasional yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya diterjemahkan dan diterima oleh rakyat.
 
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, tanpa transformasi seperti dilakukan ke atas Akta Perhimpunan Aman, rakyat tidak dapat melihat senario sedemikian pada himpunan tersebut.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau turut menyifatkan himpunan tersebut sebagai gagal mencapai sasaran sepertimana yang diuar-uarkan penganjur iaitu sebanyak satu juta orang.

"Tanpa transformasi, tanpa akta perhimpunan aman, kebebasan bersuara kita tidak akan nampak senario tersebut (seperti Sabtu lalu). Pemuda Umno menganggap transformasi yang dilakukan oleh perdana menteri telah berjaya. Ini persekitaran baru di Malaysia, kita kena terima.

"Terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa yang berjaya mengawal keadaan tanpa sebarang provokasi. Bagi kami tiada apa yang penting mengenai himpunan ini. Namun yang utama himpunan dijalankan dengan aman dan bebas," katanya pada sidang media selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan MyEg mengenai program BL1M di sini, Isnin.

Ditanya mengenai penyertaan mahasiswa mahupun anak muda dalam himpunan itu, Khairy memberitahu pihaknya tidak bimbang mengenai perkara tersebut.

Namun beliau mengelak daripada membuat kesimpulan bahawa majoriti anak muda di negara ini menyertai himpunan itu.

"Ramai orang muda dan mahasiswa tidak pergi, maka jangan buat kesimpulan bahawa semua orang pergi. Saya tidak risau tentang hal ini kerana kita perlu terima hakikat bahawa ada yang menyokong pembangkang.

"Ini kita lihat pada Pilihan Raya Umum lalu, pembangkang memperoleh tiga juta undi daripada rakyat. Maka tidak hairan dalam undi itu ada undi anak muda," jelasnya.

No comments: