Monday, January 14, 2013

Kalimah Allah: Anwar Akan Senyap Dalam Beberapa Minggu Ini - KJ



Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menjangkakan yang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan senyap daripada memperkatakan tentang isu penggunaan kalimah Allah di dalam Bible.

"Saya percaya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan senyap dalam beberapa minggu mengenai perkara ini," katanya.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)


Pada malam Ahad, Majlis Syura PAS tidak setuju kalimah Allah digunakan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Sayap tertinggi dalam parti itu yang dianggotai 15 ahli berpendapat, menterjemah kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna dan salah guna serta tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata, sekali gus perlu dicegah.

PAS sebelum ini menerusi Mursyidul Amnya, Datuk Niz Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju bukan Islam menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam di negara ini.

Dalam konteks ini Khairy menyifatkan keputusan Majlis Syura PAS pada malam Ahad itu dilakukan demi kepentingan politik.

"PAS terpaksa setuju dengan pendapat majoriti yang membantah penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam kerana takut berlaku kemerosotan undi orang Islam pada pilihan raya umum akan datang," katanya pada sidang media selepas menandatangani Memorandum Persefaham (MoU) dengan MyEG mengenai program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) di sini, Isnin.

Beliau berkata, keputusan terbaru itu menunjukkan sikap PAS tidak berprinsip dan sanggup tunduk kepada desakan politik semata-mata.

"Bukan sebutan yang menjadi isunya di sini tetapi terjemahan 'God' atau 'Lord' menggunakan perkataan Allah dalam Bible versi bahasa Melayu. Itu isunya," kata Khairy lagi.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, berlaku permainan 'menyalahkan antara satu sama lain' mengenai isu ini.

"DAP mendesak penggunaan kalimah tersebut dikalangan orang bukan Islam tetapi PAS terpaksa setuju dengan suara majoriti yang membantah.


Bantuan Lesen 1Malaysia....Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (dua kiri) menyaksikan pertukaran dokumen diantara Pengarah Eksekutif MY E.G Services Berhad, Datuk Raja Munir Shah Raja Mustapha (kiri) dan Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB), Tengku Azman Tengku Zainol Abidin (kanan) di PWTC di Kuala Lumpur pada Isnin. Turut sama Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin (tengah).

No comments: