Tuesday, January 15, 2013

Mat Sabu Main 'Korner Baring' Mahhh...


"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura," itu kata-kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengulas mengenai pendirian terkini beliau selepas badan tertinggi PAS memutuskan bahawa kalimah Allah tidak boleh diterjemah ke dalam bible bahasa Melayu.

Mat Sabu sebelum ini mengejutkan banyak pihak selepas dipetik mengatakan bahawa beliau setuju pengunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)


Isu ini berbangkit selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendesak kerajaan pusat membenarkan Bible bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada tuhan di dalam perutusan Krismasnya baru-baru ini.

Ketika itu kebanyakkan pemimpin PAS membantah tetapi Mat Sabu sebaliknya mempertahankan tindakan tersebut dengan alasan bahawa ianya sama dengan pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Januari 2010.

Bagaimanapun, Mat Sabu menjelaskan kemudian bahawa beliau tidak membaca kenyataan Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menjelaskan kalimah Allah tidak boleh diterjemah di dalam Bible bahasa Melayu.

Pada Selasa Bernama melaporkan, Mat Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura iaitu Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat Pas Kota Bharu malam tadi.

Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura Pas Ahad lepas, yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemah perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna.

Masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam, menentang pendirian asal Nik Aziz yang juga Mursyisul Am Pas dan juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mat Sabu yang menyokong orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu.-Agendadaily

No comments: