Sunday, January 13, 2013
Ucapan Pembangkang Sekadar Pidato Politik Pilihan Raya
Perhimpunan yang didalangi pembangkang hari ini lebih kepada pentas pidato politik pilihan raya yang penuh dengan tohmahan terhadap kerajaan, selain menabur janji palsu tanpa sedikitpun cuba menjelaskan kontroversi melibatkan pihak mereka.
Pemerhatian penulis mendapati semua ucapan, baik oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun pemimpin pembangkang lain termasuk beberapa badan bukan kerajaan hanya berkisar isu yang diulang-ulang di seluruh negara.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
Isu seperti penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu dan kontroversi pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP langsung tidak disebut di hadapan kira-kira 45,000 orang yang menunggu sejak awal pagi.
Suasana hingar-bingar dengan tiupan vuvuzela seolah-olah ketika perlawananbola sepak juga menimbulkan persoalan apakah 'amanat' yang disampaikan pemimpinpembangkang terbabit sampai ke telinga hadirin?
Malah, ketika Anwar selaku penceramah terakhir berucap, penulis dan rakanmedia lain mendapati ada hadirin keluar meninggalkan Stadium Merdeka itu.
Anwar dalam ucapannya seperti biasa, meminta rakyat yang berhimpun hari ini memberi peluang kepada pakatan pembangkang mentadbir negara dengan modal basiiaitu kerajaan sekarang tidak menjaga kebajikan rakyat.
"Rakyat bangkit hari ini kerana ingin mengubah sistem rasuah di negara kita. Saya lihat sendiri semangat rakyat, saya rasa sendiri derita rakyat, saya tahu kemarahan rakyat.
"Kami dalam pakatan berikrar kami tidak akan izinkan rasuah dan rompakan kepada rakyat," katanya cuba membakar emosi hadirin.
Beliau juga membaca skrip sama ketika berceramah di tempat lain iaitu dakwaan kronisme, angan-angan Mat Jenin untuk menurunkan harga barangan serta menghapuskan pinjaman pendidikan.
Sebelum itu, dalam ucapannya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa MCA, MIC dan Gerakan "memakmumkan" Umno sejak 55 tahun lepas selain pemimpin Umno tidak menunjukkan "wajah" pemimpin Islam sebenar.
Ironinya ucapan Abdul Hadi hanya menerima reaksi hadirin ketika ada seruan "takbir" atau "bangkit", sedangkan pada kebanyakan masa tiupan vuvuzela mengiringi patah ayat yang keluar daripada mulut pemimpin PAS itu.
Menurut seorang rakan media yang berjaya melepasi kawalan keselamatan, Abdul Hadi yang kini dihambat kontroversi 'Amanat Haji Hadi' bergegas meninggalkan kawasan stadium ketika diaju pertanyaan mengapa isu semasa membabitkan pakatan tidak dibangkit.
Peluang menjelaskan kontroversi pemilihan CEC di hadapan rakyat juga tidak dimanfaat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menggunakan pentas hari ini untuk menghentam kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk mengenai Bantuan Rakyat1Malaysia dan Sistem Penguatkuasaaan Automatik (AES).
Selepas tiga jam mendengar 'ceramah' daripada kira-kira 10 orang termasuktiga pemimpin utama parti pembangkang, penulis menyimpulkan isu yang disentuhhanya membabitkan segelintir rakyat, malah itupun tidak dinyatakan bagaimana pun masalah berkenaan akan diselesaikan.BERNAMA
Labels:
Anwar Ibrahim,
HKR112,
KL112,
Kuala Lumpur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment