Monday, February 25, 2013

3 Konvensyen Pakatan Hambar, Kosong... Kosong... Kosong...


Konvensyen Pakatan Rakyat yang bermula di Shah Alam sebentar tadi dimulakan dengan hambar kosong... kosong... kosong sama macam lagu Najwa Latif Kosong!

Laporan Antarapos meskipun konvesyen itu membariskan tiga pemimpin utama PKR, DAP dan PAS.

Hanya kira-kira 300 orang mengisi dewan persidangan Pusat Konvensyen Shah Alam apabila Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution memulakan ucapan, sambil diperhatikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kebanyakkan perwakilan yang datang berlegar di luar dewan sehingga memaksa juruacara untuk membuat pengumuman meminta mereka masuk ke dewan,”lapornya.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali terus menjaja nama Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri yang dipersetujui bersama oleh Pakatan Rakyat.

Namun berbeza dengan pandangan Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata persoalan siapa menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya banyak bergantung kepada parti mana memenangi jumlah kerusi paling tinggi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, PAS masih belum memberi persetujuan kepada mana-mana individu untuk dilantik sebagai PM.

“Saya lihat calon perdana menteri ini kita bagi PAS lawan dululah… bila kita menang kita boleh bincang siapa perdana menteri. Macam kita nak bagi keuntungan kambing, kambing pun tak bela lagi jadi tak tahu mana nak untung.

“Tapi secara konsensus kita bersama ketiga-tiga parti, perkara besar kita putuskan bersama. Secara umumnya rakyat tahu kalau Pakatan Rakyat menang tentulah yang mendominasi kerusi paling banyak itulah biasanya jadi pimpinan..bergantung kepada keputusan,” katanya dalam program soal jawab Maqasid syariah anjuran Antarapos.

3 comments:

Jokiden said...

Yang Tuan Man cakap tu sumo oghang tau dah, sobab tu kito kato DAP akan jadi PM. Dlm Negara demokrasi lobih satu kerusipun dikira majoriti.

Lainlah jawatan Kotuo Pombangkang mmg DAP beralah, boghi kek Nuar.

Tapi kalau keputusan sok macam ni Tuan Man PAS 9, PKR 5, DAP 36??? Cam no.. parti apo pun tak layak jadi PM.

Nampak ea boghobut jadi Kotuo Pombangkang yolah yo..

Anonymous said...

ngok,kau ambik gambar ni kul berapa,penyamun!

Anonymous said...

Yg boghobut jawatan tu sekarang ni ialah UMno. Pergi la sana sini, masing2, tongoh lobi nak naikkan diri masing2 jadi calon. Siap ada yang boikot memboikot sesama sendiri. Yang sana dapat pitih, yg situ pulak tak di bagi. Yang sana buat keramaian, yg di situ pulak tak dijomput. Mampuih cam ni. Masing2 tembak sesama sendiri sobab nak jadi calon.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates