Monday, February 25, 2013

7 Pakatan Pembangkang Mahu Tetera Sultan Sulu Dibunuh?


Sudah menjadi tabiat semula jadi pemimpin PR gemar mencipta masalah dan merekayasa isu hangat, kemudian bila isu meleret-leret melibatkan keselamatan awam dan negara mereka akan segera menuding jari menyalahkan Kerajaan Pusat.

Itu yang berlaku di Lahad Datu, Sabah yang menyaksikan pencerobohan oleh lebih kurang 100 orang pengikut Sultan Sulu yang kedatangan mereka disebabkan jemputan oleh pemimpin PR selepas dijanjikan akan beroleh wilayah pemerintahan sendiri di negeri itu.

Mereka yang melabel diri sebagai Tentera Kesultanan Sulu di mana sebahagiannya bersenjata sehingga kini masih lagi bertahan dalam kepungan di Lahad Datu, di masa yang sama pihak berkuasa masih meneruskan rundingan untuk menyelesaikan isu ini secara aman.

PR yang menyedari peranannya dalam kemelut isu ini sudah diketahui umum terutama selepas sumber Tentera Filipina mengesahkan jemputan itu datangnya dari pemimpin pembangkang Malaysia, nyata tidak senang duduk dengan pendedahan tersebut.

Rakyat Sabah yang sedari awal sudah mengesan wujudnya tangan ghaib dalam isu ini akhirnya bangkit mengecam tindakan tidak patriotik pemimpin pembangkang dari Semenanjung itu yang dikira cuba mengganggu gugat ketenteraman penduduk Sabah.

PR kini tersepit tapi sudah menjadi lumrah dan kelebihan semula jadi pemimpin PR segera bertukar lidah untuk menuding jari dan menyalahkan pula pihak berkuasa kerana mengambil langkah berunding dengan kumpulan penceroboh tersebut.

Sedangkan tujuan perundingan diadakan kerana pihak berkuasa menyedari ada ruang penyelesaian secara aman tanpa perlu tunduk pada sebarang tuntutan oleh kumpulan penceroboh.

Jika kekerasan menjadi keutamaan ia hanya menjadi pilihan akhir setelah semua rundingan gagal membuahkan hasil, andainya saat itu tiba tidak sukar untuk Angkatan Tentera Malaysia melaksanakan perintah demi menjaga kedaulatan negara.

Namun selagi ada ruang perundingan, selagi itu jalan perundingan dilakukan, itu polisi Malaysia sejak sekian lama.

Tapi saban hari pemimpin PR pula cuba memprovokasi khalayak supaya bangkit mempertikaikan tindakan pihak berkuasa mendahulukan rundingan dengan kumpulan penceroboh itu, di masa yang sama PR cuba memperlekehkan keupayaan pasukan keselamatan negara dalam berdepan dengan isu sebegini.

Tindakan yang tidak matang sedemikian tidak membantu mengendurkan suasana sebaliknya hasutan dan provokasi PR itu hanya menyebabkan jalan perundingan yang dirintis boleh hancur berkecai.

Umum tahu, PR gemar melihat kekecohan dan kalau boleh berlakunya pertumpahan darah di Lahad Datu di mana semua penceroboh yang mengaku sebagai tentera Kesultanan Sulu itu mati dibunuh. Bila itu berlaku mereka mengharapkan akan memperoleh keuntungan politik kepartian.

Pemimpin PR yang bertanggungjawab menabur janji kepada Sultan Sulu dan pengikutnya, PR pula yang mahu melihat pertumpahan darah berlaku. Pelik?

Apa nak peliknya, provokasi dan putar belit isu memang amalan PR, sama seperti mereka menghasut penyokong berdemo dan merusuh di atas jalan raya dan bila berlaku sesuatu yang tidak diingini, pihak berkuasa pula yang dijadikan kambing hitam untuk menutup kejahatan yang dilakukan oleh PR.

Apa pun kita doakan segalanya berjalan lancar, sementara kesabaran menguasai suasana kita percayai sehari dua nanti isu ini akan selesai tanpa perlu setitik darah pun menitis ke bumi. Insya-Allah.

7 comments:

Anonymous said...

Cerita tentang Tentera Sultan Sulu ni tak hangat woiiii....
Cerita si MAT BLACK (MB) Perak sekarang ni lagi PANAS.
Sumber dalaman yg rapat dgn beliau mengatakan beliau akan cabut lari dpd Pangkor..... Takut kalah. Takut malu sebab hampir 30% yg mengundinya dulu dah sakit hati sama dia. Kalau Mat Black ni jadi calun kat Pangkor, 30% ni lah yang akan TEMBAK dia balik dlm PRU-13 nanti.
PANAS weiiii.....PANAS...!!!

Anonymous said...

nak di antor ke mana pulak......semua orang Umno tak nak.

Anonymous said...

Dengor khabornye kat Parit Buntar.
keh..keh..keh...!!!
Hospital yang dijanjikan oleh Piem & Zamry itu haripun belum muncul2 lagi weiiiii....
Masuk paper...masuk berito...kata dah pecah tanah dulu weiiii... Rupa-rupanya yang di pecah tanah tu hanya wayang aje. Tanah orang lain weiiii....
Dah 2 penggal si Piem & si Zamry ni janji. Tapi, HOSPITAL baru kat Parit Buntar tak muncul-muncul.
Memang bungkus kali ni Umno kat sana. 2 PENGGAL MENIPU ORANG PARIT BUNTAR weiiiiii....

Anonymous said...

Anon 8:27,
Kau cakap sama orang dalam si MB tu, kami orang-orang Parti Buntar tak akan mengundi UMno/BN jika Hospital yang dijanjikan dua penggal lepas tak didirikan dan boleh digunakan sekarang. Kami mahu janji di tunaikan. Kamu mahu Hospital Baru yang dijanjikan boleh digunakan sebelum PRU-13 ini.

Ingat, kami tidak akan bawa kes ini ke Mahkamah seperti mana orang2 di Selangor, tetapi kami akan pastikan kamu (Zamry) atau siapa saja dpd BN akan TERGOLEK masa PRU-13 nanti sekiranya janji tidak di tunaikan. Ingat, kamu ada masa cuma dalam 1 bulan saja untuk kamu siapkan Hospital Baru itu. Kalau tidak BN.Umno akan kecundang teruk di Perak.

Anonymous said...

Zamry tu ingat mentang-mentang dia pernah bersekolah di Sek Men. Panglima Bkt Gantang, Parit Buntar di tahun 1980 & 1981, dia akan dimenangkan di sana ka? Minta maaf ye! Selagi Hospital Baru yang di janjikan di Parit Buntar itu seperti mana yang pernah dijanjikan sejak 2 kali PRU yg lalu (iaitu semasa PRU-10 & PRU-12) tak di tunaikan, kami penduduk-penduduk Parit Buntar akan memboikot dan tidak akan mengundi untuk Barisan Nasional dan Umno lagi. Kami tidak sanggup di tipu untuk kali ke-3 lagi. Kami mahu projek itu disiapkan sebelum musim PRU-13 ini. Kami mahu lihat bangunan Hospital Baru. Kami mahu kamu pastikan rakyat di sekitar Parit Buntar telah menggunakan kemudahan Hospital Baru seperti yang dijanjikan sebelum musim PRU-13. Jika tidak, SAYONARA BN.

Anonymous said...

PM & Zamry telah memalukan pengundi-pengundi BN di Parit Buntar kerana kegagalan untuk membina Hospital Baru di Prt Buntar sepertimana yang pernah mereka janjikan.

Anonymous said...

Member gua yg pernah bekerja di bawah sorang bekas adun di Parit Buntar (dah aruahpun adun tu), berkata, beliau dan ahli-ahli BN sekarang ni tertekan dan malu besar kerana janji kosong BN untuk mendidikan hospital baru di P. Buntar hanya tinggal janji. Mereka malu sebab sudah 2 penggal perkara ini tidak dan masih belum terlaksana. MALU MAU TUNJUK MUKA KAT PENGUNDI-PENGUNDI PAKATAN. NAK KATA TINGGI-TINGGI PUN DAH TAK BERANI. PM PERGI SANA-SINI TABUR BERJUTA-JUTA RINGGIT. TETAPI, DI TEMPAT KAMI, JANJI LAMA MASIH BELUM DITUNAIKAN. CAKAP BERBUIH-BUIH MULUT TU NAK BINA, TAPI, SAMPAI SEKARANG HABUKPUN TARAK. MEMANG MALU.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates