Monday, February 25, 2013

Pakatan Pembangkang Tak Berani Umum Nama PM Bayangan


PERSOALAN siapakah yang akan dicalonkan oleh Pakatan Rakyat sebagai Perdana Menteri jika mereka memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke -13 kini semakin ‘misteri’ kerana nampaknya parti-parti yang bernaung di bawahnya mula mengambil sikap membisu.

Jika sebelum ini mereka seolah-olah sepakat mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan tersebut tetapi kini parti-parti berkenaan dilihat mula mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ .

Lebih tepat lagi, mereka mengambil pendekatan ‘kunci mulut’ daripada mengishtiharkannya secara rasmi kepada rakyat amnya dan penyokong mereka khususnya.

Rata-rata pemimpin Pakatan Rakyat sebaliknya cuba menyakinkan pengundi agar bersabar dan menanti “elemen kejutan” .

“Calon dah ada…tapi belum umum.

“Biasalah, ada pandangan tertentu dan ia tidak beri masalah besar…bila PR menang ke Putrajaya…orang popular akan menerima sokongan umum,” kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ketika ditanya pemberita selepas majlis pelancaran manifesto PR “Pakatan Harapan Rakyat” di Pusat Konvensyen Shah Alam pada pagi tadi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula berkata PR akan mengumumkan calon itu bila tiba masanya, namun enggan mengulas lanjut sama ada calon berkenaan akan diumum sebelum atau selepas PRU-13.

“Kita akan maklumkan di mana dan siapa calonnya,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali pula beranggapan PR mempunyai barisan kepimpinan yang kukuh dan ia merupakan sebahagian pakej yang membuktikan kewibawaan parti berkenaan untuk menawan Putrajaya.

“Kita ada pakej yang kukuh dan menjadi bukti Pakatan bersedia pergi ke Putrajaya…bukan soal siapa perdana menteri,” katanya.

“Soal (pemilihan perdana menteri) itu tidak timbul kerana perbincangan sebelum ini membuktikan muafakat PR itu utuh.

“Kita akan umumkan pada masa sesuai dengan elemen kejutan yang sesuai,” kata Ahli Parlimen Gombak itu lagi.

Sebenarnya isu siapa bakal PM itu kini semakin hangat membelenggu para pemimpin Pakatan Rakyat walaupun mereka berusaha keras hendak menyakinkan masyarakat kononnya isu berkenaan tidak pernah ‘menjadi hal’ kepada mereka.

Sebelum ini, ketika Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu, wakil Dewan Ulama, Hairul Nizam mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri dan bukannya pemimpin pembangkang yang lain. Kenyataan beliau itu kemudiannya disokong oleh beberapa lagi pemimpin Pas yang turut berada dalam majlis syura.

Malahan ketika masih di dalam Pas, bekas Naib Presiden parti itu, Datuk Dr. Hasan Ali pernah menyatakan secara terbuka bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Ini bertentangan dengan DAP yang terang-terang mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri mereka.

Pengerusi DAP Karpal Singh baru-baru ini sekali lagi menegaskan bahawa Anwar akan menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam PRU-13.

“Pilihan DAP adalah Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong PAS dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) kerana Anwar Ibrahim paling layak,” katanya.

Malang sekali, di saat mereka sedang memukul canang yang mereka bakal mengambil alih tampuk pepimpinan negara, isu paling asas iaitu siapa yang bakal mengetuai jentera pentadbiran negara pun, mereka masih belum dapat mencari kesepakatan.

Ini bukan rahsia lagi.

Kalau benda begini pun mereka masih tak dapat nak selesaikan, jangan mimpilah mereka akan dapat mentadbir negara ini dengan baik.

Yang paling kecewa dah tentulah Anwar, di saat beliau mengharapkan mendapat sokongan yang solid dari Pakatan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri, nampaknya ada saja tangan yang menghalangnya, kali ini bukan dari Barisan Nasional tetapi dari dalam parti komponen mereka sendiri.

Betullah kata pepatah…air tenang jangan disangka tiada buaya.

Betul juga kata pepatah…rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Dan sebagai siswa lulusan Sastera, rasanya Anwar cukup faham pepatah tersebut, dan apakah MESEJ SEBENARyang cuba disampaikan rakan-rakannya itu!

Mynewshub

4 comments:

Anonymous said...

tak berani sebab diorang tau takde siapa antara beruk2 dan babi di atas yg akan jadi PM sebab bercakap mmg sedang ikut burit masing2.... bila nak buat takkan berjaya punya.

Anonymous said...

SEBENARNYA MAU KASI SUSPEN SAMA UMNO/BN. NAK TENGOK BERUK2 UMNO MENYALAK MACAM BABI HUTAN.

PM UMNO/BN AKAN LEBIH PENING SBB TU SAMPAI SEKARANG TAK BERANI NAK UMUM TARIKH PRU-13. DAH 4 TAHUN LEBIH TRANSFORMASI TAK BERJAYA. DAH DEKAT PRU, BARU NAK KAMPOI TRANSFORMASI. BIKIN RAKYAT KETAWA SAJA...

HA..HA..HA...

BIARKAN UMNO/BN JADI GILA BABI. KITA KASI SUSPEN SAMA DIA ORANG.

TRANSFORMASI BIDAN TERJUN NAMANYA SEKARANG NI. SEKARANG NI PERGI SANA-SINI TABUR DUIT. MENGAKU DUIT UMNO/BN. TAPI, SEBENARNYA DUIT RAKYAT YG DI SALAHGUNA. ITUPUN DUIT ATAS ANGIN SAJA. DUIT ATAS KERTAS SAJA.

KAT PARIT BUNTAR MACAM TU JUGAK DULU. KATA NAK BINA HOSPITAL BARU DI SANA . DAH DUA PENGGAL RAKYAT MENUNGGU, TAPI SAMPAI SEKARANG TAK NAMPAK. YANG ADA CUMA LALANG SAJA. DUA PENGGAL BEB...DUA PENGGAL. JANJI KOSONG.....JANJI MULUT UTK PRU SAJA.

ORANG-ORANG BN KAT SANAPUN DAH MELUAT DAN MALU DGN PAKATAN. SEBABNYA PM DAN ZAMRY MENIPU RAKYAT DAN PENGUNDI DI PARIT BUNTAR.

KAT KEDAI KOPI, MENYUMPAH-NYUMPAH AHLI BN BILA TENGOK PM KATA NAK BAGI DUIT JUTA-JUTA KAT PENGUNDI DI TEMPAT-TEMPAT LAIN BILA DIA ORANG TENGOK TV DAN BACA PAPER.

AMBIK HABUAN KAU ORANG.

Anonymous said...

1997 hingga sekarang, berbagai cara dilakukan, tapi ternyata taktik dan kaedah tak berkesan. UMNO atau BN tiada kuasa nak lawan Tuhan, sebab segala-galannya hanya tuhan saja yg tentukan. Akhirnya slogan lawan tetap lawan, hanya akan tinggal kenangan. Wahai Anwar... Reformasi dah basi dan akan mati tak lama lagi, kini majoriti rakyat makin terpesona dgn Transformasi. Sementara Anwar masih dok menunggu peluang nak jadi Perdana Menteri, diam tak diam dah 3 orng PM silih berganti. Semua yg bertiga masih hidup lagi. Walau apa pun yg akan terjadi, semuanya adalah ketentuan Ilahi. Tapi ingat... Allah maha mengetahui, kepada penyokng Kalimah Allah agar boleh dikongsi, juga pluralism dan LGBT, nescaya Allah tak akan beri, kepada si tua yangtak sedar diri, pengkhianat agama dan bangsa sendiri dan kahirnya jika peluang padanya diberi, hancur negara ini nanti.

Anonymous said...

PANAS.....PANAS....!!!
Mr Bala dah memberi bala pada Najib/BN
"Najib pernah lakukah SEX dgn Al-tanthuya".

MANA MAU LARI HAAAAAA......