Wednesday, February 27, 2013

1 PRU 13 : Azmin Sahkan Azizah Tak Bertanding


Azmin Ali mengesahkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tetap dengan pendirian untuk tidak bertanding mana-mana kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) namun mahu kekal fokus kepada parti.

Azmin yang juga timbalan parti itu berkata walaupun wujud sokongan penuh akar umbi terhadap Wan Azizah untuk bertanding semula, namun isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu telah membuat keputusan muktamaad.

Sehubungan dengan itu nama Wan Azizah tidak tersenarai dalam calon PRU13 Pakatan Rakyat

“Beliau dah buat keputusan. Terpulang kepada tuan empunya badan. Kita tak boleh nak paksa. Jawatankuasa PKR Pusat akur dengan keputusan itu,” katanya memetik portal FMT.

Wan Azizah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh selama tiga penggal sejak menang pada tahun 1999 dan kemudian beliau memberi laluan kepada suaminya Anwar, untuk bertanding pada pilihan raya umum 2008.

Tindakan itu menyebabkan beliau dilarang daripada bertanding semula di kerusi parlimen, namun tidak menyekatnya daripada bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

1 comments:

Anonymous said...

Memang pun tak payah bertanding dah. Buang masa je. Bukan duk buat pe2 pun. Jadi President duduk kat dapur je.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates