Saturday, March 2, 2013

7 Pertempuran Lahad Datu: Pemberontak Kibar Bendera Putih, Pura-Pura Serah Diri Sebelum Lepas Tembakan - PM


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan penceroboh bersenjata telah menggunakan taktik mengibarkan bendera putih (sebagai tanda menyerah diri) untuk memerangkap anggota polis komando VAT 69 dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, semalam.

Perdana Menteri berkata perkara itu disahkan oleh salah seorang anggota VAT 69 yang terbabit dalam pertempuran di kubu kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari selatan Filipina.

Najib berkata beliau dimaklumkan bahawa dua anggota polis yang terbunuh, Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud telah melihat bendera putih dikibarkan sebelum rakan kumpulan penceroboh itu memerhati gerakan anggota polis itu sebelum melepaskan tembakan.

“Saya tidak menolak kemungkinan itu satu perangkap oleh kumpulan itu dan ianya adalah satu taktik pengecut,” katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota itu di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, dekat sini, hari ini.

-Bernama

7 comments:

Anonymous said...

PUNCA KEPADA MASALAH INI ADALAH PEMBERIAN IC OLEH MAMAK KUTTY KEPADA PUAK SULU. LIHATLAH SELURUH RAKYAT MALAYSIA. INILAH KESANNYA !!!

Anonymous said...

Klu dah BODOH jgn komen.

Anonymous said...

Bila tanah menjadi rebutan pemimpi2 umno,
Rakyat bawahan yang menjadi kambing hitam.
Pemimpin2 yang berebut tanah senang lenang dan boleh goyang telor melihat apa yang berlaku.

Anonymous said...

Perjuangan yang sia-sia.
Kematian yang sia-sia.
Mempertahankan tanah yang sebenarnya bukan hak milik kita.

Sayang seribu kali sayang.....
Pemerintah Malaysia masih lagi mempertahankan tanah (Sabah) yang bukan milik Malaysia. Serahkanlah pada empunya nya iaitu pada Kesultanan Sulu. Tanah yang Kerajaan Malaysia cuba mempertahankan adalah sebenarnya tanah pajakan hasil daripada peninggalan British. Perjanjian bertulis mengenai pajakan ini boleh di lihat pada surat perjanjian yang masih disimpan oleh pewaris Kesultanan Sulu.

TAK MALU KAh....??
Mengambil dan mengaku itu tanah kita sedangkan itu sebenarnya tanah pajakan kepunyaan Kesultanan Sulu?



1malaysia said...

Anon di atas. Ko xda sekolah ka? Xda belajar sejarah? Kalau xda jangan duk merapu kat sini hanya menyerlahkan kebodohan engko. Ko yang patut malu. Sebab 1. Ko bodoh x belajar sejarah sebelum berkata. 2. Ko pengecut. Org mcm ko bgus d tembak oleh pengganas ini. Tanah sabah asalnya milik kesultanan brunei sebelum dberi kepada kesultanan sulu. Yang mana tanah ini kemudiannya di PAJAK KEKAL oleh kerajaan british. Dan kemudiannya perjanjian tersebut diserahkan kepada malaysia selepas mendapat kemerdekaan. P belek buku sejarah sebelum buat statment mengarut sini.

1malaysia said...

Rakyat sabah sdg bergelut dgn perang dgn pemberontak. Ko pula sibuk dengan politik haram jadah ko.

Lukman Hakim said...

tu ler nama dia tipu muslihat dlm perang di bole kan

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates