Saturday, April 27, 2013

10 #PRU13 Isu Hudud: PAS Perlu Keluar Dari PR - Hasan Ali


Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyifatkan PAS semakin terdesak apabila terus membangkitkan isu hudud sebagai modal terakhir dalam usaha menawan pengundi Melayu menjelangnya Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Hasan berkata PAS terpaksa berpegang kepada hudud kerana sokongan pengundi Melayu semakin beralih kepada Umno-Barisan Nasional (BN).

Justeru beliau menasihatkan agar parti Islam itu mengambil haluan sendiri daripada terus bersama dalam pakatan pembangkang.

"Itu saja jawapannya, tidak boleh diharapkan lagi dah, tidak boleh memberi muka, kalau kita tengok Nik Aziz dan Ustaz Hadi kata DAP tidak memusuhi PAS, DAP tidak pernah membantah apa yang PAS hendak buat, itu saya rasa kenyataan itu rakyat boleh tengoklah sendiri sejauh mana benarnya kenyataan DAP itu?" katanya.

PAS kini terpaksa berperang mulut dengan rakan komponennya DAP dan PKR apabila kedua-dua parti itu menolak pelaksanaan hukum hudud dengan alasan bertentangan dengan perlembagaan negara.

Bagaimanapun pendirian DAP dan PKR ini diselar keras oleh pimpinan ulama PAS yang mahukan pertahankan nas-nas sebuah negara yang mengamalkan pentadbiran Islam.

Malah sebelum ini, PAS tidak menolak kemungkinan untuk berpisah daripada pakatan pembangkang jika rancangan melaksanakan hukum hudud di negara ini ditentang DAP.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din sebelum ini berkata, tidak mustahil parti itu meninggalkan pakatan pembangkang jika perancangan mereka tidak mendapat persetujuan.

“Tiada apa di dunia ini kekal selamanya termasuk hubungan di dalam pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP dan PKR itu.

“Dalam perkahwinan juga akan berlaku perceraian, malah dua kawan baik juga terpaksa mengikut jalan masing-masing dan kemudian bertemu kembali,” katanya ketika berceramah di Kampung Lalang, Pauh, kelmarin.

Malah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik sementara itu bertegas untuk melaksanakan hudud jika Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya walaupun ditentang oleh DAP.

Walau bagaimanapun katanya hudud hanya akan dilaksanakan untuk orang Islam tanpa melibatkan golongan bukan Islam.

10 comments:

Anonymous said...

Woiiii...Hassan Katak.
Sekarang ni musim panas....
Orang tak layan lah kau punya suara...
Perangai dah la macam Haram Jadah...
Tak malu ke????
Pigi mampos la kau...

Xpas said...

Umat Islam yg ingin selamat agamanya perlu keluar dr PAS. Lebih selamat sendiri di atas jalan yg benar dr berjama'ah dlm jama'ah yg tersesat.

Anonymous said...

Anonymous 1:08 AM..Kau memang jenis haramjadah.. pigi mampos la kau dgn parti kau sekali...Sial dan tongong!!!
sekian dari Nek Wan Ducati..

wonder why said...

Apa hal berok Mat Yeh sa ekor ini? Sudah kena tendang keluar dari Parti PAS sudahlah.Bodek punya Bodek tak jadi calon Katak juga.Lebih baik jual beras JATI saja.

Anonymous said...

Utk kedua2 penyokong PAS di atas. Adakah itu cara menegur yg diajar oleh PAS selama ini? Dgn memaki org? Adakah itu cara perjuangan islam? Adakah itu dikatakn sunnah dalam perjuangan? Fikir2 lah balik.

mohd fiza said...

ALLAH tidak menghantar MUHAMMAD SAW untuk mengajar hamba NYA untuk bermusuhan tetapi untuk penyatuan..berbaik-baiklh untuk memertabatkn ISLAM...

Anonymous said...

Spender besar

Anonymous said...

Begitu ke ajaran pas? Maki humun orang. Klu tak suka hasan sli sudah la. Tak ada org paksa ko orang. Takyah sumpaj seranah org. Begini ke perangai penyokong pas? Cukup2 lah tu wei!

Anonymous said...

ALLAH tidak menghantar hambanya untok meruntohkan sesama islam jauh sekali untok mengkafir sesama islam. Apa kah hak kita sebagai hamba yg kerdil utk berbuat demikian. Dosa, palala, hidup dan mati kita hanya ALLAH swt yg mengetahui.

Anonymous said...

Satu pihak sokong LGBT, satu pihak sokong bebas beragama, satu pihak benarkan kalimah Allah digunakan oleh non-muslim dan satu pihak sokong hudud padahal semua dari pakatan rakyat. Yg mana satu yg betul ni? Saya sunggoh keliru !!!!!!!! Macamana nak terajui kerajaan? Filir2kan lah ..

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates