Monday, April 29, 2013

#PRU13 Sokongan Terhadap BN Melonjak, Pembangkang Bakal Kecundang


Kurang tujuh hari sebelum hari mengundi pada 5 Mei 2013, lonjokan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional semakin mantap dan kukuh.

Di mana sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjejakkan kaki untuk berkempen dan bertemu rakyat, beliau di sambut dengan penuh kemeriahan dan keceriaan.

Ini merupakan satu indikasi amat positif bahawa rakyat sudah sedar bahawa BN sesungguhnya ikhlas apabila ia menyatakan iltizam untuk berubah menjadi kerajaan yang lebih prihatin, telus, bertanggungjawab dan dinamik.

Sokongan padu rakyat juga mencerminkan bahawa agenda transformasi yang digerakkan oleh Datuk Seri Najib diterima baik oleh rakyat dan ini dizahirkan dengan respons pro-aktif kepada calon-calon BN di seluruh negara sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 13.

Kemungkinan BN menang besar dengan mendapat kembali majoriti dua pertiga di dalam Dewan Rakyat tidak boleh dinafikan lagi.

Bagaimanapun keadaan yang sama tidak boleh digambarkan bagi pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, Pas dan Dap malah apa yang berlaku di dalam kancah politik Pakatan Rakyat adalah amat berbeza sekali dengan situasi yang dialami BN.

Pakatan Rakyat semakin goyang dan pakatan yang digembar gemburkan selama ini hanyalah satu khayalan atau 'marriage of convenience'.

Keadaan di dalam pembangkang sebenarnyya amat parah kerana sejak dari mula diasaskan sebagai Pakatan Rakyat ketiga-tiga parti sentiasa bertelagah dari segi ideologi.

Isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh Pas sentiasa menjadi duri dalam daging dalam pakatan pembangkang.

Dap dengan disokong PKR tetap menentang sebarang usaha Pas untuk memghidupkan impiannya melaksana hukum jenayah Islam jika pembangkang berkuasa.

Malah pemimpin Dap Karpal Singh telah menyatakan parti itu bersama PKR akan menentang niat Pas untuk meminda Perlembagaan bagi melaksanakan hukum hudud.

Pas, PKR dan Dap hanya berkongsi kebencian mereka terhadap UMNO dan BN dan perasaan inilah yang menjadi tali politik yang mengikat perpaduan longgar mereka.

Selain daripada tidak ada apa-apa persamaan yang membolehkan pakatan tersebut bertahan lebih lama sehingga lepas PRU13.

Ini kerana Pakatan Rakyat hanya wujud untuk mendapatkan kuasa politik bagi kepentingan pemimpin-pemimpin pembangkang dan bukannya diasaskan untuk memperjuangkan nasib serta kebajikan rakyat.

Perbalahan Pas dan PKR umpamanya amat serius sehingga di tujuh kawasan parlimen serta dewan undangan negeri, calon daripada kedua-dua parti berlawanan antara satu sama lain.

Malah Presiden Pas Abdul Hadi Awang memperlekehkan calon-calon PKR yang mana ada di antara mereka dakwa beliau terlibat dalam penjualan pil kuda, menyokong fahaman komunis dan Marxist serta tergolong dalam kumpulan haru.

Dap juga tidak sunyi daripada masalah dalamannya di mana beberapa pemimpinnya bertindak bertanding sebagai calon bebas di Johor dan Melaka.

Percanggahan ideologi antara Pas, PKR dan Dap serta pendirian berbeza dalam beberapa isu penting yang melibatkan hak-hak orang Melayu dan agama Islam juga kini dipertikaikan rakyat.

Dalam isu kalimah Allah, Pas sehingga kini tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan kepada penyokong dan rakyat bagaimana parti itu boleh tunduk kepada tekanan PKR dan Dap supaya kalimah itu boleh digunapakai oleh penganut Kristian dan kitab Injil.

Penyokong Pas melihat kepimpinan parti itu telah menjual maruah dan harga dirinya kepada Dap kerana sanggup berkompromi berhubung perjuangan 'Negara Islam'.

Kini dalam pakatan Pas tidak lagi boleh menyebut tentang negara Islam tetapi hanya sekadar 'Negara Berkebajikan'.

Begitu juga skandal video seks yang membabitkan Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali yang sehingga kini sunyi senyap.

Adakah langkah Abdul Hadi yang memilih untuk melakukan sembahyang hajat daripada menyiasat kesahihan video tersebut sengaja untuk menutup kerosakan moral dan akhlak pemimpinnya?

Pemimpin pakatan, Anwar Ibrahim juga tidak habis-habis dengan cerita skandal di sana sini yang hanya membuktikan pembangkang tidak langsung mempunyai kelayakan bukan sahaj dari penilaian kemampuan tetapi juga kredibiliti dari segi moral dan akhlak.

Laungan dan teriakan pembangkang menuju ke Putrajaya seperti yang mereka bertempik selama ini nampaknya semakin jauh kedengaran dan sampai ke 5 Mei nanti suara itu terus tidak kedengaran langsung.

14 comments:

Anonymous said...

Perasan ke

Anonymous said...

aku ingat kajian ape ntah tadi rupanya perbandingan pengalaman, terdesak dah tu...

Anonymous said...

Memang terdesak sgt lah tuu...
.ceramah bn banyak kerusi dr pengundi.

Anonymous said...

KORANG COMMENT TAK SELIDIK MAKLUMAT DULU KER? KAH KAH KAH

Anonymous said...

BN buat2 cerita syok sendiri.. kah kah kah... nak mengubat hati yang luka teruk sebab nak kecundang dlm PRU nanti. Hidup pakatan.. musnah BN pukimakkkkkkkkkkkkkkkkk...

Anonymous said...

Ideologi yg berbeza tp mempunyai matlamat yg sama,utk mengubur kn UBN di bumi Malaysia.Keyakinan Najib krn dia tk pernah tahu sentimen rakyat di bawah!

Anonymous said...

ape yg korang emo sgt ni...korang buat la camtu...cari perbandingan najib dgn anwar... TU PUN KLAU ADA LA YANG BOLEH MENANGKAN ANWAR...

Anonymous said...

oiii.. tak yah ler nak menipu.. zaman sekarang mentaliti orang dah lain. Bukan mcm pemikiran BN yang kosong, hampeh.cam taikk.. asyik guna tv3 suku dengan utusan meloya dok fitnah pembangkang.. UMNO ..haittuihhhhhhhhhhhh..

Anonymous said...

KORANG TAK CARI MAKLUMAT DI PERMATANG PAUH KER? TAK ADA KWN2 DI PERMATANG PAUH KER? KESIANNYA KORANG NI KAN..BUTA IT...BUTA MAKLUMAT...

Anonymous said...

Pengalaman banyak (konon), tapi ajak berdebat terketar-ketar takut....

Anonymous said...

BUKAN TAKUT LA..YANG AJAK BERDEBAT BUKAN PAKAR EKONOMI...BUANG MASA, KANG MERAPU JE LEBIH...KLAU YANG CABAR PAKAR EKONOMI BOLEH LA...

Anonymous said...

Juak2 yg membawa khalayak bagi Nampak ramai masa perhimpunan najib patut dipersalahkan sebab nak buat Nampak ramai dan najib jadi perasan....

Anonymous said...

hehehehe..BUTA maklumat la u ni..nakal tau...report kat bang nua kang baru tau...bia bang nua gigit u

Anonymous said...

BN bole pulak MINTA PELUANG KEDUA UNTUK memerintah PENANG .... Pakatan minta peluang pertama untuk memerintah xnak bagi .. BN mintak bole .. pakatan minta .. apa pn xbole .. sudahla