Monday, April 8, 2013

5 #PRU13 #TolakPR - Dr Sidek : Anwar Dilingkari Isu Pluralisme Agama, Zionisme & Integriti Moral


Mengapa Dr. mengambil keputusan akhirnya bertemu Tun Mahathir?

Saya memang sudah lama bercadang menemui Tun. Alhamdulillah melalui Tan Sri Aziz Shamsuddin kenalan lama saya, saya dapat bertemu. Pertemuan hampir sejam itu bermaksud ingin tahu lebih lanjut pandangan dan pengalaman Tun terhadap Anwar.

Sebagai orang akademik saya tidak akan mudah percaya dan menerima akan sesuatu melainkan saya lakukan kajian, mendekati seseorang, bertanya, dapatkan maklumat kemudian cuba ambil kesimpulan dan pendirian. Itu adalah cara Islam. Semasa dalam tahanan ISA saya ditunjukkan dengan bukti-bukti siapa sebenarnya Anwar. Tidak segera saya akur dengan bukti-bukti itu tetapi saya mula bertanya kepada diri saya dan terus bertanya.

Saya tak percaya dengan sikap taksub , pemikiran tertutup dan tidak bersedia untuk mendengar, melakukan fitnah bagi mengambil sesuatu sikap dan pendirian kerana ianya anti-Islam. Manusia memiliki sifat nisyan atau lupa atau ghaflah atau lalai bermakna memiliki kekurangan bukannya maksum. Oleh itu usaha mencari kebenaran untuk membuat pendirian adalah dituntut.

Tun Mahathir menceritakan kepada saya mengapa dia menerima Anwar masuk UMNO. Dia mengharapkan seorang yang berjiwa agama dapat memimpin Malaysia pada masa depan. Anwar mula naik melalui Pemuda UMNO. Banyak fitnah yang beliau terima pada waktu itu. Kali pertama Anwar mahukan Menteri penuh. Tun kata sabar. Kemudian mendaki ke Naib Presiden dan akhirnya Timbalan Presiden dan akhirnya ada cita-cita mencabar Presiden.

Tun menceritakan, beliau menerima maklumat mengenai perihal Anwar sejak tahun 1993 lagi. Tun tidak mudah menerima cerita-cerita itu. Sehingga tahun 1997 Tun mula memberi respon. Setelah cukup bukti barulah Tun mengambil pendirian dan tindakan. Bermakna Tun amat teliti dan berhati-hati.

Saya mengenali Anwar melalui ABIM. Sewaktu Anwar dalam kerajaan, saya turut membantunya dalam hal-hal pendidikan. Bila saya dilantik oleh beliau sebagai Timbalan Rektor UIAM tidak selalu saya berkesempatan berjumpa dan berbincang dengan beliau. Hal-hal kehidupaan peribadinya saya tidak tahu.

Sebagai pemimpin yang saya hormati suatu ketika dulu tidak mudah untuk saya undur meninggalkan beliau. Bila berlaku kes sodomi kedua saya bertanya lagi dan mula melakukan kajian dan mendekati di kalangan bekas petugas dan kawan-kawan rapat yang meninggalkannya.

Kalau ada orang mengatakan bahawa semua tuduhan terhadap Anwar itu fitnah atau konspirasi saya bukan orang yang mudah menerima. Saudara Ezam Mohd Nor memberitahu saya semasa dalam penjara dengan Sukma Darmawan, Sukma memberitahu banyak perkara mengenai Anwar.

Oleh itu pertemuan saya dengan Tun Mahathir amat penting kerana banyak perkara yang saya diberitahu dalam siri saya untuk lebih tahu kebenaran terhadap sesuatu perkara. Sekarang lebih ramai orang mendatangi saya untuk memberitahu hal-hal yang berkaitan dengan Anwar mengenai peribadi dan lain-lain. Saya terima dengan terbuka tetapi tidak semua saya guna dan ini mendorong saya mengkaji lagi.

Atas asas apa Dr. menolak Anwar selepas berkawan selama 30 tahun?

Saya mengambil masa hampir tiga tahun untuk membuat penelitian mengenai isu Anwar ini. Pertama isu pluralisme agama. Ucapan Anwar di London School of Economics menimbulkan persoalan. Anwar cuba memperjelaskan di rumah Prof. Osman Bakar bahawa memang ada kelemahan terhadap ucapannya dan berjanji untuk memperbaikinya. Sehingga kini mengikut penjelasan Hj. Ismail Mina kelemahan itu tidak diperbaiki. Hj. Ismail Mina adalah kawan karib Anwar sejak di Universiti Malaya lagi dan sama-sama membangun Yayasan Anda Akademik dan ABIM.

Saya tidak terhenti setakad itu melainkan bertanya Allahyarham Dr. Muhammad Uthman el Muhammady mengenai pluralisme agama yang dibawa oleh Anwar. Allahyarham tidak setuju dengan pendirian Anwar itu pendirian Anwar itu selari dengan pemikiran John Hicks tokoh pluralisme agama Barat dan Allahyarham telah menulis sebuah buku mengenainya.

Kedua, saya mempunyai maklumat daripada Saudara Rahimi Osman yang pernah menjadi pegawai Anwar selama tiga tahun tentang rapatnya Anwar dengan pelobi Yahudi. Saya panjangkan kajian saya dengan Dr. Chandra Muzaffar , Presiden JUST dan seorang tokoh yang arif dengan isu hubungan luar. Beliau memberitahu saya bahawa Anwar pernah dilantik sebagai Pengarah Foundation for the Future pada tahun 2006-2008 dan ada kaitan agensi pelobi ini.

Ketiga, isu integriti Anwar mengenai hal peribadinya. Pada awalnya saya ditunjukkan gambar Anwar menari, perbualan telefonnya dengan seorang wanita. Saya agak terkejut dengannya. Kemudian timbul isu-isu lain yang banyak dan tak payah saya sebutkan di sini dan ini menyebabkan saya terus mencari maklumat.

Saya bertanya seorang mufti yang pernah menjadi Penasihat Agama Anwar mengenai diri Anwar. Saya amat terkejut dengan jawapan beliau yang sangat negatif. Ia memberi kesan besar kepada diri saya kerana beliau juga pernah memimpin ABIM dan diketahui sebagai ahli fiqh dan usul fiqh yang dihormati di Malaysia.

Tiga perkara yang disebutkan sangat memberi kesan kepada saya di samping banyak lagi maklumat yang lebih terperinci yang tidak payah saya muatkan di sini.

Dan saya tidak menuduh Anwar liwat atau zina . Itu adalah urusan beliau dengan Allah. Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku.

Tiga perkara diatas sudah cukup untuk saya mengambil pendirian kerana seorang tokoh yang ingin memimpin Malaysia mesti memiliki integriti atau kewibawaan yang tinggi bukannya tercalar begitu rupa.

Masih ramai pemimpin ABIM yang tidak percaya apa yang Dr percaya. Apakah perjuangan ABIM sekarang berada di landasan asal?

Saya ada asas untuk mengambil sikap dan pendirian kerana saya lakukan kajian dan selidikan. Kita harus mampu melepasi diri dari faktor kawan semata-mata tetapi harus peka dengan isu kebenaran. Kini semakin ramai orang-orang ABIM ikut jejak yang saya lakukan terutama kepimpinan mudanya. Saya percaya kalau pimpinan ABIM bersedia untuk mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak ianya asas yang baik untuk mengambil sikap dan pendirian yang adil.

Perjuangan ABIM dulunya ialah menegakkan kebenaran dan keadilan. Sikap partisan yang diambil oleh ABIM terhadap politik dan Anwar Ibrahim adalah sesuatu yanag tidak lazim bagi sebuah badan dakwah. Bila partisen sudah terjadi menyebabkan ABIM dan WADAH mudah memihak. Pendekatan ABIM yang dulunya adalah untuk dakwah dan tarbiyyah kini sudah bertukar menjadi sebahagian dari badan politik.

Mengapa Dr terlalu lewat membuat pendirian terhadap Anwar?

Kita tidak boleh gopoh untuk membuat sesuatu kesimpulan dan pendirian. Saya tidak mudah menelan cakap-cakap tanpa asas hujah dan bukti. Seorang Mufti yang suatu ketika menjadi Penasihat agama Anwar memberitahu saya hal-hal yang negatif dan ianya mengejutkan saya. Saya tidak fikir seorang bekas pimpinan ABIM ini berdusta dengan saya.

Lewatnya saya mengambil pendirian kerana saya terus ingin mendapatkan lebih banyak maklumat supaya dengan maklumat itu mudah saya mengambil pendirian. Maklumat itu saya saring, teliti dan dan analisis kemudian baru saya mengambil pendirian. Pertemuan saya Tun Mahathir itu ialah ingin mendengar dari Tun mengenai hubungannya dengan Anwar sejak 1982.

Ada orang mengatakan Dr meninggalkan Anwar kerana tidak dapat sesuatu dari Anwar dan ditawarkan sesuatu oleh kerajaan.

Saya tidak dapat sesuatu seperti yang difitnah. Setelah saya bersara dari UIAM pada tahun 2002 saya terus menjadi pensyarah kontrak sehingga kini. Saya juga menjadi pendakwah untuk mengembangkan Islam di kalangan masyarakat.

Pendirian ini saya ambil setelah membaut kajian dan pertemuan dalam tempoh yang agak panjang. Saya dilatih untuk sukakan kebenaran dan keadilan dalam ABIM. Sikap yang saya ambil adalah natijah tarbiyyah ABIM. Bukan dilatih untuk bersikap tertutup, menyalahkan orang lain, menabur fitnah dan seumpamanya.

Apa pandangan Dr mengenai kemelut politik Umat Melayu dan kesan jangka panjang Umat Melayu dalam negara ini?

Salah satu faktor yang menyebabkan Umat Melayu berpecah ialah sikap taksub dan fitnah. Umat Islam harus bijak membaca senario dan tidak mudah terheret dalam usaha memutuskan silaturrahim apalagi menyuburkan tuduhan tanpa asas yang kukuh. Kepentingan wahdah atau kesatuan umat adalah sesuatu yang amat utama.

Kepimpinan yang ada adalah suatu taklif atau amanah. Justeru sekiranya kita tidak menyumbang kepada amanah ini kita akan ditanya di depan Allah nanti tanggungjawab kita didunia. Allah Maha tahu apa yang ada di hati kita dan apa yang kita lakukan – Berita Harian

5 comments:

Anonymous said...

Tanpa pn skg aku akn tetap pilih utk ubah demi masa depan ank cucu aku! Cukuplh 53 thn yg penuh dgn kronism, rasuah, seleweng, ketidakadilan dll, kini tiba ms utk UBAH!

Anonymous said...

Ubahlah kalau kau nak ubah. Yang pasti anak cucu kau akan merempat ditanah air sendiri.

Anonymous said...

Kronisma..ada pd PR(anak beranak nk kuasa dlm satu masa).Rahsuah juga ada pd PR (paling besar DAP punya ketua).Seleweng ada pd PR(kes balak ,tanah rakyat,duit ketipan memali dan banyak lagi)..penyokong yahudi,liwat,melacurkan agama,fatwah sesat dan macam2 lagilah PR tapaw semua..haram jadah

Anonymous said...

Anon 3.37 dh baca interview kt atas pn masih berpendirian bebal keldai..ni namanya bodoh sombong xbole diajar..menang kerak kebatilan..Dr tu dh buat kajian bertahun,ko buat ksimpulan bberapa minit je..ni la klau namanya pengikut PR yg ikut je takde otak mcm lembu cucuk hidung..bodoh sungguh!

Anonymous said...

Salam dr babas,,,, berapa banyak jurnal tulisan tuan babas yang boleh dibuat rujukan? Atau tuan babas dr kangkung? Satu uia tau lah ,,,,,

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates