Tuesday, August 23, 2011

Sultan S'gor Nafi Titah Bentuk Majlis Penasihat Syura Sebagaimana Yang Diumum MB

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Selasa melahirkan rasa terkejut dengan laporan berita yang menyatakan penubuhan Majlis Penasihat Syura oleh kerajaan negeri dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lepas adalah atas titah perintah baginda.

Menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda,Datuk Mohamad Munir Bani, pada Selasa, Sultan Sharafuddin menafikan bahawa baginda ada mengeluarkan titah perintah tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, apa yang sebenarnya berlaku ialah, Menteri Besar telah memohon pertemuan dengan Sultan Idris untuk memaklumkan kepada tuanku hasrat kerajaan negeri memanggil satu pertemuan dengan pengurusan DUMC berhubung insiden yang berlaku pada 3 Ogos sewaktu Jais membuat pemeriksaan mengejut.

Dalam pertemuan tersebut, kata Munir, Khalid turut membawa bersama Datuk Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan Sultan membenarkannya.

Bagaimanapun menurut Munir, Sultan juga turut menasihati Khalid agar turut membawa timbalan mufti Selangor supaya mereka dapat dinasihati berhubung hal ehwal Syariah.

Isu perbincangan mereka, menurut Munir tidak langsung menyentuh isu Jais dan DUMC.

Oleh yang demikian, jelas Munir, arahan yang mengatakan bahawa Sultan Selangor bertitah atau menasihati supaya kerajaan negeri membentuk sebuah Majlis Penasihat Syura berkaitan isu Jais dan DUMC adalah tidak berbangkit sama sekali.

Beliau menambah, pendirian Sultan Sharafuddin berhubung pembentukan sebuah lagi Majlis Penasihat Syura adalah tidak diperkenankan memandangkan Selangor sudahpun memiliki Majlis Agama Islam (MAIS), JAIS dan Jabatan Mufti.

Pada Isnin, media massa melaporkan, bahawa Sultan Selangor telah menitahkan kerajaan negeri supaya menubuhkan majlis penasihat syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lepas.

Semua media memetik Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai berkata bahawa baginda menitahkan demikian ketika beliau bersama Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid dan timbalannya, Datuk Abd Majid Omar menghadap baginda baru-baru ini.

"Penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh baginda minggu lalu dan saya menjunjung titah serta nasihat baginda agar mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan memuaskan.

"Pada masa sama, saya juga telah berjumpa dengan Mufti Selangor dan kami telah merumuskan formula untuk dirujuk oleh Majlis Syura," kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Isnin.

Majlis itu yang dianggotai Abdul Khalid, Tamyes dan Abdul Majid akan mengkaji isu-isu yang membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam di Selangor untuk mewujudkan garis panduan demi memastikan sikap hormati menghormati dan harmoni pelbagai kaum dan agama terus terpelihara.

Abdul Khalid turut berkata, majlis itu akan mendapatkan maklumat daripada JAIS dan penganjur majlis makan malam di gereja itu dan sekiranya perlu akan memanggil 12 orang Islam yang menghadiri majlis berkenaan ketika pemeriksaan itu dilakukan.

Katanya, majlis itu juga akan turut mendengar dan meneliti sedalam-dalamnya laporan penuh oleh JAIS termasuk memeriksa maklumat, bukti dan pita rakaman mengenai pemeriksaan itu.

"Keutamaan kerajaan Selangor ialah memastikan setiap aspek pentadbiran mematuhi prinsip keadilan, telus, amalan pentadbiran yang baik dan berintegriti," katanya.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri Selangor mengulangi kesediaan untuk berbincang dan berdialog untuk menjaga keharmonian dan keamanan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.-Mstar
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rayo Sakan : Program ‘Mengacau Dodol’ - Kehadiran Syawal Kian Dirasai

AG kacau dodol pun sonyum... 
macam nak bagi duit rayo lobeh yo....

Kemeriahan kian terasa dengan pelbagai persiapan dilakukan oleh umat Islam samada yang membeli belah pakaian baru, membuat kuih muih bagi menyambut Syawal yang bakal tiba tidak berapa lama lagi.

Kelab Sukan Komuniti DUN Rantau dan UMNO DUN Rantau juga tidak ketinggalan membuat program ‘ mengacau dodol bersama Menteri Besar’ bagi merasai kemeriahan sambutan hari raya tahun ini seterusnya mengeratkan hubungan silaturahim.


Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan dan isteri Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin telah meluangkan masa bersama-sama mengacau dodol sambil beramah mesra serta bertanya khabar bagaikan sebuah keluarga.


Program santai yang bermula seawal jam tiga petang Ahad ini diadakan di Dewan Orang Ramai Rantau ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Malaysia merangkap Ahli Parlimen Rembau dan Dato’ Abdul Ghani Hj. Hasan,Timbalan Pengerusi Jentera Pilihanraya DUN Rantau merangkap Pengerusi Kelab Sukan Komuniti DUN Rantau.

Sebelum itu, bertempat di Masjid Solok, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin telah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan juga fakir miskin di sekitar kariah tersebut.

Kemeriahan jelas terlihat dengan semua yang hadir bekerja sama serta saling membantu bergilir-gilir mengacau dodol yang mana sebanyak tujuh kawah telah berjaya disiapkan pada kira-kira jam 12 tengah malam seterusnya diagihkan kepada semua yang hadir.

Sesungguhnya program sebegini wajar dibuat serta di perluaskan kepada semua komuniti tidak kira di kampung atau juga di taman sebagai satu cara menghidupkan kembali suasana gotong royong, semangat kerjasama serta jalinan persaudaraan di antara kejiranan dan penduduk setempat amnya.-N9kini

KDN Akan Saman Zuraida...

Kementerian Dalam Negeri hari ini menafikan pendaftaran Program Penyelesaian menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) sebagai muslihat kerajaan untuk menyeludup pengundi, sekali gus "cubaan untuk menjual kedaulatan negara".

Sehubungan itu, menurut timbalan menterinya, Datuk Lee Chee Leong, mereka yang berbuat demikian cuba memfitnah kerajaan.

"Ini satu lagi (dakwaan) fitnah," kata Lee pada sidang medianya di Putrajaya hari ini. Menurutnya, laporan polis juga telah dibuat ke atas ahli parlimen PKR bagi kerusi Ampang Zuraida Kamaruddin kerana membuat dakwaan palsu itu.

Katanya, laporan dibuat di balai polis Seksyen 11, Shah Alam oleh Jabatan Imigresen Selangor dan akan disusuli dengan saman fitnah tidak lama lagi. "Kita sedang menyiapkan saman itu... ia akan serentak (dengan laporan polis)," katanya.

Menurut Lee, kerajaan telah memberikan Zuraida tempoh masa yang mencukupi bagi membekalkan bukti tetapi beliau gagal berbuat demikian.

Namun, katannya, pihak kementerian belum. menyiasat dakwaan ahli parlimen itu berhubung wujudnya "skrip bersumpah" yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin ketika berdaftar dengan Program 6P."Kita tidak boleh menyiasat tanpa bukti (berhubung dakwaan itu)," katanya.

Zuraida pada 16 Ogos lalu dilaporkan mendakwa mendapati wujudnya 'skrip bersumpah' yang jelas daripada anggota PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu.

Kerajaan Tak Boleh Saman Zuraida Sebab Dia Hantu Mak Lampir...

Ketua Wanita PKR Zuraida a.ka.a Mak Lampir dilihat cuba berdolak dalih dengan menyalahkan kerajaan, katanya kerajaan tidak boleh menyaman individu yang mengkritik, khususnya berhubung dakwaannya pendatang tanpa izin (PATI) diberikan 'skrip bersumpah' menyokong BN.

Zuraida Kamaruddin berkata, beliau tidak gentar berdepan kemungkinan dikenakan tindakan itu walaupun menganggapnya "terkeluar" daripada peruntukkan undang-undang.

"Kalau terjadi (saman), kita dapat bukti (PATI) mengangkat sumpah, ada dolak dalih dalam kerajaan. "Apa-apa tindakan kita buat sesuatu, kita tidak buat tanpa asas. Kita bertanggungjawab," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Eh.... apa yang dia meroyan ni? Kenapa tak buat laporan polis kalau ada bukti?

Tau pula Mak Lampir takut bila kerajaan nak saman dia... mula la menyalak siang malam... hahaha...

Silap-silap bukti kukuh (PATI) pun tak ada lagi... Berani buat tak berani tanggung pula tu....

Lain kali bila buka mulut tu cover sikit, jangan suka buat fitnah sana sinun...

Tiada Usaha Musnahkan Karier Politik Khairy


Pemuda Umno menolak ura-ura bahawa terdapat usaha dalaman memusnahkan karier politik Khairy Jamaluddin.

“Tidak ada usaha sedemikian,” kata exco Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin.

Khairy memenangi jawatan ketua Pemuda Umno dalam pemilihan 2009 setelah mengenepikan Datuk Seri Mohd Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir.

Bagaimanapun, selepas bapa mertuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi menjdai perdana menteri cakap-cakap semakin kencang kedengaran mengenai karier politiknya.


Khairy juga merupakan ahli Parlimen Rembau sejak pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, Tengku Azman menegaskan Pemuda Umno akan akur keputusan pucuk pimpinan pusat dalam penentuan calon pilihan raya umum ke-13.

“Pucuk pimpinan tahu dan akan tentukan siapa calon boleh menang dari pergerakan ini,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khairy Jamaluddin yang sanggup untuk tidak dicalonkan sekiranya kepimpinan mendapati beliau bukan calon yang boleh menang.

Khairy mengumumkan kesediaannya kepada pemberita setelah perasmian Program Jom Ramadhan dan Majlis Berbuka Puasa Pemuda Umno di Kota Bharu, Kelantan, lapor Utusan Malaysia semalam.

Tengku Azman turut menolak cadangan sama ada ahli Pemuda sanggup tidak dicalonkan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kami di dalam pergerakan Pemuda akan akur dengan keputusan pucuk pimpinan. Tiada soalan sama ada sanggup atau tidak sanggup sama sekali,” kata Tengku Azman yang juga merupakan ketua Pemuda Umno bahagian Bukit Bintang.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir menafikan bahawa kedudukan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno akan tercabar sekiranya Khairy tidak dicalonkan.

“Soal calon pilihan raya adalah bidang kuasa Perdana Menteri (Datuk Sri Najib Tun Razak).

“Jawatan di dalam parti pula ditentukan ahli,” kata Khir lagi.

Beliau memberi contoh Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang pernah menjadi naib presiden tetapi tidak menjadi calon pilihan raya. -FMT

Saiful Mengadu Sakit... Ada Objek Di Masukkan Di Bahagian Dubur Dan Diliwat 'VIP' - Saksi


Saksi kedua pihak pembelaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim Dr Muhd Osman Abdul Hamid yang melakukan periksa terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan di hospital Pusrawi memberitahu, dia memeriksa pengadu pada 28 Jun 2008.

Saiful kata saksi mengadu sakit di bahagian dubur selain mengadu diliwat oleh seorang 'VIP'.

Dalam keterangannya berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pegandu dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahunya bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.


Dr Osman mengakui bahawa beliau pernah membuat 'akuan bersumpah' ketika disoal mengapa, katanya "Saya amat takut,".

Ditanya, siapa yang menyuruhnya membuat 'akuan bersumpah' itu.

Kata Dr Osman, seorang pesuruhjaya sumpah, 'Anwar' dan peguam bernama "Yusri'.

Beliau menafikan cadangan pendakwaraya bahawa dirinya menokok tambah laporan pemeriksaan ke atas Saiful tanpa pengetahuan saksi utama itu.

Dr Osman memberikan keterangan selama kira-kira 30 minit.

Dr Osman merupakan saksi pertama memberi keterangan hari ini dan dijangka dua lagi doktor pakar akan dipanggil pihak pembelaan.

Kedua-dua doktor tersebut merupakan pakar patologi forensik, Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald. Mereka telah bersama pihak pembelaan sejak awal perbicaraan dan juga telah mendengar keterangan daripada pihak polis, doktor Hospital Kuala Lumpur dan ahli kimia.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin a.k.a Mak Lampir Bakal Didakwa Kerana Menipu...


Gara-gara membuat tuduhan palsu berhubung dakwaannya wujud “skrip bersumpah” yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika berdaftar dengan Program 6P, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menimbang tindakan yang akan diambil terhadap Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin a.k.a Mak Lampir kerana gagal membuat laporan polis bagi mengemukakan bukti.

Mak Lampir pun pandai buat borang palsu... 
Kalau nak menipu tu agak-agak la....

Tindakan berat akan diambil kepada Mak Lampir kerana menipu... Apa yang pasti Mak Lampir akan menjadi banduan di Sungai Buluh menemani Anwar Ibrahim...

Bukan ke keja bodo nama nya ni? Rakyat pangkah dia jadi YB untuk berkhidmat kepada Rakyat, bukannya untuk menjaja fitnah sana sinun!!

Ahhh panas pulak hati aku!

Aku rasa rakyat di Ampang pun menyesal pangkah Mak Lampir ni, tapi tak boleh salahkan rakyat di Ampang juga sebab masa pangkah dulu tak tahu yang Zuraida ini Hantu Mak Lampir...

Cukuplah sekali masyrakat di Ampang kena tipu lepas ni pakat-pakat lah tendang Mak Lampir ni... Menghabihkan boreh yo....

Ketua setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata, tiga langkah sedang dalam pertimbangan KDN iaitu sama ada membuat laporan polis terhadap Zuraida, melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau mengemukakan saman terhadap ahli parlimen Ampang itu.

"KDN mungkin memilih satu antaranya tetapi tidak menolak untuk melakukan ketiga-tiganya sekaligus, dengan mengambil kira tuduhan berat yang dilemparkan Ketua Wanita tersebut bahawa inisiatif kerajaan menerusi Program 6P ini sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan Negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Minggu lalu, Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang dipetik berkata bahawa hasil siasatan PKR mendapati Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau singkatannya Program 6P mensyaratkan PATI supaya membaca 'skrip bersumpah' menyatakan sokongan kepada Umno dan BN sebagai sebahagian proses pemutihan.

Terdahulu Zuraida Kamaruddin menyahut cabaran Mahmood yang memintanya mengemukakan bukti jelas berhubung dakwaan program pemutihan pekerja asing mensyaratkan mereka membaca 'skrip bersumpah' menyokong BN. Baca di sini...

YB Zuraida PKR Mempuyai Rekod Saman Jalan Raya Yang Hitam

Isu Rumah Kos Rendah: Lidah Guan Eng Terus Jadi Kelu Ekkk....


Sehingga kini, selama tiga tahun memerintah Pulau Pinang, kerajaan DAP dilihat gagal membela nasib rakyat termasuklah di dalam isu rumah kos rendah ini.

Tiga soalan yang perlu Lim Guan Eng perlu jawab berkenaan penipuan pembinaan Rumah Kos Rendah di Pulau Pinang. Baca di sini...

Sehubung dengan itu Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Ir Shaik Hussein Mydin terus mendesak agar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar tidak menjadi pelakon bisu sebaliknya segera menunjukkan di manakah rumah kos rendah yang didakwanya telah dibina di negeri tersebut.

Tegasnya tindakan membisu Guan Eng hanya akan mengesahkan dirinya sebagai pemimpin yang sentiasa berbohong kepada rakyat.

Guan Eng sebelum ini lantang menafikan bahawa kerajaan Negeri Pulau Pinang gagal membina rumah kos rendah dan sederhana sejak mengambil teraju pemerintahan negeri pada tahun 2008.

Sebaliknya Guan Eng mendakwa telah membina 11,596 rumah berharga kos rendah dan sederhana berharga antara RM42 ribu hingga ke RM72 ribu dan daripada jumlah tersebut, 3,421 buah rumah telah dibina oleh kerajaan dan selebihnya oleh pihak swasta.

Namun begitu Guan Eng tidak menyatakan di manakah perumahan terbabit dibina.

“Kalau dah buat rumah tersebut mesti ada…kalau ada di mana? Ramai dah cabar Guan Eng tunjuk rumah tersebut tapi sampai sekarang Guan Eng tak tunjuk.

“Mungkin Guan Eng cuba cari rumah itu tapi tersesat tak jumpa sebab itu sampai sekarang dia tutup mulut”, kata Shaik Hussein secara sinis.

Beliau seterusnya berkata tindakan Guan Eng yang terus menyembunyikan kepala itu membuktikan bahawa bukan dirinya saja pemimpin yang tidak bertanggungjawab malah konsep Telus, Akauntabiliti dan Bersih yang kononnya diamalkan pentadbirannya tidak lebih sekadar satu retorik kosong semata-mata”,katanya.

Video Ahli PKR Gombak Mematahkan Kad Keahlian PKR

Gombak: Seramai 40 ahli Angkatan Muda Keadian (AMK) bertindak keluar parti dan menyertai UMNO setelah 10 tahun bergiat aktif di dalam parti.

Majlis penyerahan borang UMNO yang turut disaksikan Penyelaras Parlimen Gombak, En. Megat Zulkarnain. Baca lagi di sini...

 

Gambar Aksi Menarik Man United Tewaskan Spurs 3-0

PENYERANG Manchester United, Wayne Rooney menanduk masuk gol ketiga pasukannya tanpa dicabar pemain Tottenham Hotspur pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester, awal pagi tadi. Keputusan United 3, Spurs 0. - Foto AP






Manchestar United melakukan permulaan baik di gelanggang sendiri musim baru Liga Perdana Inggeris apabila menewaskan Tottenham Hotspurs 3-0 di Old Trafford.

Juara liga musim lalu itu memperoleh gol pembukaan menerusi penyerang mudanya, Danny Welback pada minit ke-61.

Welback kemudian mencipta peluang kepada Anderson sebelum sepakan kencang pemain Brazil itu menggegar gawang pada minit ke-75,

Penyerang England, Wayne Rooney tidak mempersiakan hantaran lintang Ryan Giggs untuk menanduk masuk gol ketiga United pada minit ke-86.

Ikuti live update di sini...