Monday, May 7, 2012

Saifuddin Nasution Berjaya Memperbodohkan Diri Sendiri Dengan Cemerlangnya


Ketua Umno cawangan Kubang Bunggor, Mohd Nor Halim mengakui terkejut apabila cawangan diketuainya itu dikaitkan sebagai cawangan parti yang turut dianggotai Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

“Saya kenal semua ahli Umno cawangan saya dan setahu saya, tak pernah pun Datuk Wan Ahmad, Timbalan Pengerusi SPR daftar jadi ahli di cawangan ini,” katanya.


“Jadi apabila Datuk Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR) sebut nama Datuk Wan Ahmad sebagai ahli Umno cawangan ini, saya tahu dia sudah tersilap, tertukar dengan Tok Wan Mat (Wan Ahmad, peniaga kedai makan),” katanya sambil tertawa.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Mukim Tasek Raja, Rustam Ab Rahman pula menyifatkan tindakan mengaitkan nama Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebagai ahli Umno semata-mata cubaan menjatuhkan kredibiliti SPR dan juga pentadbir itu sebagai pegawai kanan suruhanjaya.

“Jika Timbalan Pengerusi SPR atau Umno tidak ambil tindakan menjawab dakwaan ini, orang ramai akan percaya sekali gus memburukkan imej SPR sebagai badan pengurus pilihan raya yang bebas dan berkecuali,” katanya.

Menurut Wan Ahmad, dia perlu menjelaskan hal sebenar setelah nombor kad pengenalannya 490101-03-5179 disebut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai milik Timbalan Pengerusi SPR.

Saifuddin mengaitkan nombor kad pengenalan lelaki itu sebagai dakwaan bahawa Datuk Wan Ahmad ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas.

“Sebenarnya, ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor adalah saya, dan nombor kad pengenalan itu milik saya,” kata Wan Ahmad, peniaga kedai makan tersebut.


Wan Ahmad berkata, meskipun kenyataan Saifuddin tidaklah menjejaskan dirinya, namun dia berasa simpati kepada Datuk Wan Ahmad yang dituduh ahli Umno hanya sebab nama sama dengannya.

“Apa lagi sehingga dia (Datuk Wan Ahmad) digesa letak jawatan,” katanya.

Sinar Harian, 26 April lalu menyiarkan kenyataan Saifuddin mendakwa Datuk Wan Ahmad dan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebagai ahli Umno lalu mencabar kedua-duanya membuat penafian sebelum beliau mendedahkan lebih terperinci maklumat keahlian mereka.

Saifuddin turut desak Abdul Aziz dan Datuk Wan Ahmad lepaskan keahlian mereka bagi membuktikan SPR bebas dan berkecuali.

Saifuddin turut sertakan maklumat bahawa Wan Ahmad bin Wan Omar, kad pengenalan bernombor 490101-03- 5179 dan kad pengenalan lama 2756290 adalah ahli Umno bernombor 2374564 di cawangan Kubang Bunggor, Bahagian Pasir Mas, Kelantan.

Apabila ditunjukkan kepadanya maklumat itu, Wan Ahmad berkata: “Ia berkaitan dengan diri saya, bukan Timbalan Pengerusi SPR.”

Datuk Wan Ahmad dalam satu kenyataan yang disiarkan, 3 Mei lalu nafi beliau ahli Umno sekali gus menuntut Saifuddin mohon maaf secara terbuka.

Saifuddin dalam susulan sehari kemudian, pertahan dakwaan itu dengan akui sudah kemukakan ‘bukti’.

“Saya tak peduli dengan penafian dibuat. Saya telah kemukakan bukti. Jika bukti saya salah, kemukakan yang benar. Itu persoalan utama,” katanya

Pakatan Tidak Yakin Menang PRU


Pembangkang jelas tidak mempunyai keyakinan untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyebabkan mereka melemparkan pelbagai tuduhan untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan sedia ada zalim dan perlu digulingkan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pembangkang sudah banyak kali berdepan dengan kekalahan malah sejak negara ini merdeka, mereka tidak pernah menang di peringkat pusat.

"Sebab itu mereka mahu bersedia, kalau kalah kali ini (PRU13), mereka akan cetuskan huru-hara, buat demonstrasi dan desakan yang kononnya kerajaan menipu untuk menang.

"Ini memang pendekatan pembangkang yang bertujuan menjatuhkan kerajaan melalui demontrasi, bahkan Nik Aziz (Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat) sendiri turut mengatakan bahawa demontrasi ini halal," katanya pada sidang media selepas menghadiri program Wacana Tokoh Negarawan bersama penjawat awam, hari ini.

Dalam ucapannya, Mahathir berkata, pembangkang melihat bahawa mereka tidak mungkin memenangi pilihan raya atau membentuk kerajaan menerusi sistem demokrasi.

"Saya percaya pembangkang kurang yakin untuk menang dalam pilihan raya. Mereka sudah cuba 55 tahun tetapi rakyat tetap pilih kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan, tidak pilih parti lawan.

"Ada juga negeri yang pilih mereka tetapi tidak di peringkat pusat. Mereka tidak pernah menang, sebab itu mereka sekarang ini cuba menggambarkan kerajaan ini zalim dan harus digulingkan (oleh rakyat)," katanya.

Menurutnya, usaha dan dakwaan memburuk-burukkan imej polis merupakan satu lagi helah pembangkang untuk menggulingkan kerajaan.

"Ada usaha yang sedang dibuat untuk memburuk-burukkan polis, dan menunjukkan ia sebagai satu lagi bukti kezaliman kerajaan, agar rakyat memberontak bagi menjatuhkan kerajaan.

"Betulkah kerajaan ini zalim sedangkan banyak nikmat yang sudah dikecapi rakyat selama ini. Namun mereka tetap menyatakan kerajaan zalim untuk menghalalkan tindakan yang mereka lakukan," katanya.-SH

Sunday, May 6, 2012

Perusuh Bersih 3.0: Polis Siar 42 Lagi Gambar


Polis menyiarkan 42 lagi gambar individu, termasuk dua wanita yang dikehendaki kerana disyaki terbabit melakukan pelbagai kesalahan ketika kekacauan sepanjang perhimpunan BERSIH 3.0 di ibu negara, 28 April lalu.

Turut disiarkan, lima keping gambar kejadian membabitkan anggota polis yang didakwa mengasari orang awam dan wartawan ketika perhimpunan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Selain itu, polis mengedarkan lapan keping rentetan gambar aksi peserta perhimpunan merempuh kawalan polis yang menunjukkan mereka mempunyai hasrat menuju ke Dataran Merdeka.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata orang ramai yang mengenali gambar disiarkan perlu menyalurkan maklumat di balai polis berdekatan.

Katanya, pengedaran gambar anggota yang didakwa mengasari orang awam dan wartawan diharap membolehkan pihak yang menyaksikan kejadian itu tampil memberikan kerjasama bersama bukti supaya keterangan mereka dapat direkodkan pegawai penyiasat.

“Polis meminta sesiapa yang menyaksikan kejadian itu tampil memberi kerjasama berserta bukti supaya keterangan mereka direkodkan berasaskan prosedur undang-undang negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Azmi Aziz di talian 019-2602344 dan 019-3872344 atau e-mel kepada azmiaziz@rmp.gov.my.

Sementara itu, Mohmad ketika dihubungi mengesahkan hanya seorang individu daripada 49 yang gambar mereka disiarkan sejak kelmarin, tampil memberi keterangan.

“Lelaki berusia 39 tahun itu tampil ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur jam 3 petang tadi (semalam), manakala seorang siswa berusia 22 tahun berjanji hadir bersama peguamnya esok (hari ini),” katanya.

Dalam perkembangan sama, polis menerima ratusan maklumat disalurkan pelbagai pihak bagi membantu mengesan 49 individu dikehendaki berhubung kekacauan di ibu negara Sabtu lalu, sebaik gambar mereka disiarkan, kelmarin.

Maklumat diterima menerusi panggilan telefon dan SMS itu disalurkan oleh orang ramai yang mengenali individu berkenaan berdasarkan gambar disiarkan.

Difahamkan, turut menghubungi polis semalam ialah beberapa individu yang gambar mereka disiarkan untuk menetapkan tarikh bagi memberikan keterangan untuk membantu siasatan.

Gila! Azmin Si Tanggang Anggap Luahan Ibunya 'Fitnah UMNO'


Entahlah...samaada Azmin Ali cuba menyembunyikan rasa resah gelisahnya ketika ditemui Agendadaily pagi Ahad untuk mengulas luahan rasa ibunya sendiri, Cik Tom Yahaya yang disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia menerusi kaca televsiyen Sabtu malam.Namun besar kemungkinan bertambah remuk lagi hati ibunya itu,yang lama mengharapkan beliau datang menjenguknya, jika mendengar reaksi Timbalan Presiden PKR ini.

Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu ditemui sejurus selepas satu majlis dailog dengan penduduk di AU3,Keramat dekat Kuala Lumpur.Beliau enggan mengulas panjang mengenai keluhan ibunya itu.

Namun dengan wajah selamba sahaja Azmin berulang kali kata " ini semua kerana pilihanraya sudah dekat".

Dan...macam biasa keluar ayatnya salahkan UMNO sedangkan satu dunia lihat yang cakap itu ibunya sendiri. Katanya 'itu saja UMNO boleh menang dengan fitnah' .

Jika hendak dibuat tafsiran ia seolah membawa maksud Azmin anggap luahan rasa ibunya itu adalah ' fitnah UMNO'

Sementara itu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang ditemui wartawan selepas satu majlis di Shah Alam Sabtu malam menasihatkan Azmin agar bertemu dengan ibunya.

'Saya nasihatkan kepada Azmin pergi berjumpa dengan ibunya,"katanya.- Agendadaily

Polis Tahan Khalid Ismath


KHALID Mohd. Ismath ketika tiba di Pejabat Detektif (CID) Jabatan Siasatan Jenayah, Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur, semalam. Gambar kiri: Khalid Mohd. Ismath menendang anggota polis trafik sewaktu perhimpunan Bersih 3.0.

Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Mohd. Ismath ditahan bagi membantu siasatan berhubung kekecohan pada perhimpunan haram Bersih 3.0, ketika dia hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Khalid dikehendaki setelah gambarnya yang sedang menendang seorang anggota polis trafik yang terjatuh ketika bertugas pada perhimpunan itu, 28 April lalu disiarkan di akhbar-akhbar kelmarin.

Dia yang ditahan kira-kira pukul 10 pagi bagaimanapun sebelum ini dipanggil polis untuk membantu siasatan berhubung kenyataannya di dalam laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini bahawa dia bersetuju semua anggota polis dibunuh.

Wan Azizah Nasihat Azmin Ziarah Ibunya


"Azmin sebaiknya melawat dan menziarahi ibunya kerana itu salah satu tanggungjawab beliau sebagai anak," kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau ditemui wartawan pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pakatan Rakyat di bandar i-City, malam tadi.

Diminta mengulas kenyataan oleh ibu Azmin, Dr Wan Azizah berkata: "Saya menasihatkan kepada Azmin supaya pergi berjumpa dengan ibunya."

Ibu Azmin, Che Tom Yahaya berkata, pintu rumahnya belum tertutup buat Azmin, Timbalan Presiden PKR.

Menurut Che Tom, dia masih mengharapkan anaknya itu pulang semula ke pangkuan keluarga, untuk menautkan kembali hubungan yang sudah terjurang antara Azmin dengan adiknya, Umi Hafilda.

“Saya dan abahnya (Allahyarham Ali Omar) sudah berikan dia didikan yang cukup, ilmu akhirat, adat resam, budi bahasa. Sebagai ibu, saya sayangkan dia dan harap dia berubah," katanya.