Monday, July 25, 2011

Syurga Arak Di Petaling Jaya - Nik Nazmi Buat Apa?

Bagaikan tiada syarat dan peraturan, penjual arak terbabit didapati bebas menjual bir berkonsepkan pandu lalu kepada sesiapa saja yang ingin melepaskan gian mereka tanpa mengira waktu.

Apa yang dikesali, tiada pula sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa seolah-olah tidak tahu atau terlepas pandang mengenai perkara ini walaupun kegiatan haram itu rancak berlaku.


Sebatang lorong gelap yang disangka tidak dilalui orang ramai, rupa-rupanya adalah ‘syurga’ bagi kaki botol membeli arak murah berkonsepkan pandu lalu.

Setiap malam, pihak terbabit bebas menjual minuman keras kepada orang awam termasuk Melayu dan remaja bawah umur dengan harga semurah RM10 untuk tiga tin arak, berbanding harga biasa RM7 setin

Lokasi kedai yang terletak di Sunway Mentari, Petaling Jaya itu mengubah operasinya pada malam hari ke bahagian belakang kedai bagi membolehkannya menjual arak berlabel BFE (Brewed For Export).

Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)
Tidak mampu memberikan sebarang kesan terhadap PKR dan rakyat Selangor 

Ahli Dewan Undangan Selangor PKR, Seri Setia Ini buat apa? Tak sedar apa yang berlaku dikawasannya... Jika PR tak mampu hendak mentabir Negeri Selangor biar Kerajaan Pusat Barisan Nasional sahaja yang ambil alih....

22 comments:

Anonymous said...

buat bodoh jeee... PKR tak boleh diharap!

Anonymous said...

makan duit komesin, rm3 masuk poket nik nazmi,,,,

Anonymous said...

buat bodo, peduli apa :)

Anonymous said...

mcm mana x buat bodo jer...juak2 PKR dan PAS pun layan juga PASberg sekarang...

Nik Nazmi said...

Salam terima kasih atas maklumat ini. Saya sudah maklumkan kepada MBPJ untuk ambil tindakan segera. Jika tiada tindakan sila maklumkan.

Kerenah arak ini bukan perkara baru. Sekurang-kurangnya di Selangor sudah dimulakan garispanduan baru yang bermula di Shah Alam dan kini dikembangkan ke kawasan majoriti Islam yang lain.

Apa-apa pun saya hargai maklumat ini dan jika ada lagi maklumat sila sampaikan. Boleh e-mel saya niknazmi@niknazmi.com atau ke blog http://www.facebook.com

Firdaus Shahnaz said...

YB, dah tersebar baru nak jalankan. Proaktif sikit YB. jangan macam tu. Kan imej dah tercalar

Asyram Car Rental said...

Nice comment dari saudara Nik Nazmi. Harus berani mendepani isu dan teguran.
Tak perlu ikut rentak sebahagian orang yang hanya bergelar "Anonymous".
Teruskan perjuang. Semoga diberkati. Ameen.

Anonymous said...

YB Nik antara YB yang paling cergas turun padang. wa salute beliau.Semoga beliau terus cermelang dalam perjuangan....kawasan-kawasan kerajaan Pusat pula bagaiman? AP Setiawangsa lama sudah tak turun padang...kali terakhir semasa 2008 :D..he he he he


-e3jam-
Pengundi BN P162

hamba Allah said...

Tahniah YB...kerana segera mengambil tindakan terhadap sebarang aduan yg dikemukan. Diharap wakil rakyat yg lain bertindak sedemikian..

hamba Allah said...

Tahniah YB. Atas maklum balas yang diberikan kepada aduan yg dibangkitkan. Tanggungjwb membendung masalah ini harus dipikul semua umat Islam untuk mencegah kemungkaran yang memang dilarang Islam. Sedih melihat anak-anak muda yang terjebak dgn perkara.

Anonymous said...

Tahniah diatas tindakan pantas yb..utk pengetahuan blogger bukan semua perkara dalam pengetahuan seseorang adun maka peranan masyarakatlah untuk memberitahu dan memaklumkan pada pihak berwajib.

Klu yb umno ni belum tentu ada tindakan y diambil:)

Anonymous said...

Ala...kilang arak kat Shah Alam, Sg.Way tu sapa yang dirikan dulu weiiiii.

Anonymous said...

Nik Nazmi contoh YB berwibawa. Bukan sekadar cakap,terus ambik tindakan sewajarnya. Tidak menuding jari atau lari dari tanggungjawab.terima kasih jugak kpd penulis blog. Ada masalah lagi sila bangkitkan.Lagi banyak masalah boleh selesai. Ini PR bukan BN.

Anonymous said...

salam sdare2 sekalian,

isu arak ni bukan baru 3 tahun sejak Pakatan Rakyat amik alih....kilang Carlsberg sebesar2 kilang pun dah lama wujud sejak Umno memerintah Selangor...

xyah la nak ckp Keadilan atau YB Nik Nazmi xbuat keja...lagipun sebagai umat Islam, kita patut tau yg arak tu haram....

yg sebenarnya, rosak nye agama bangsa kita sekarang ni sebab rosaknya parti pemerintah yang memerintah negara kita...dah wajib tukar dah parti pemerintah Kerajaan Malaysia...

zulhas said...

Kenapa perlu dirujuk atau diserahkan kepada Nik Nazmi seorang sahaja? Bukan ke kita, sbg umat Islam wajib melaksanakan tanggongjawab "amr maaruf nahi anil mungkar"..... Boleh je kita maklumkan kepada pihak2 berwajib...tak kesah lah kita sokong UMNO ke, PKR ker...Thats the least we can do...

Unknown said...

T.kasih YB, kerana sudi singgah ke laman blog ini... apa2 pun saya akan terus terjah perkara2 sumbang yang berlaku dalam pakatan...

salam perjuangan.

Anonymous said...

Gua tak pernah minum arak tapi gua tahu golongan mana yang hidup dengan arak. Jangan pasal nak berpolitik sampai buta mata dan buta hati! Gua support lu YB!

My LADY said...

pemimpin turun padang tak kira siapa dia. itu yang terbaik. YB tk akan jd Yb klu tak diangkat oleh rakyat. amanah tu perlu dijaga sebaik mungkin

Anonymous said...

Sila juga ambil tindakan terhadap rumah2 urut yg bersepah d sunway mentari tu. Byk yg menawarkan servis extra

Anonymous said...

ramai pulak juak2 pembangkang mempertahankan Nik Nazmi... yb sesekali tu turun la padang! jgn sampai apa yg berlaku kat sekekliling kaw pun tak tau! lemahlah puak pembangkang ni!

Anonymous said...

apa komen hasan ali dan khalid samad? yb pas???

bandar hilir said...

syabas YB,saya di melaka,tak tau apa nak kata,merata rata, tapi YB umno buat dumbno saja.dah berkali kali buat lapuran kat maik tapi buat dumbno saja dia org ni