Sunday, August 14, 2011

Kenyataan Bakar Malaysian Insider, Malaysiakini Ezam Sifatkan Koh Tsu Koon Tak Faham Dan Dangkal


Senator Ezam Mohd Nor, hari ini berkata kenyataan Koh Tsu Koon semalam, yang menyelar beliau berhubung isu bakar portal Malaysian Insider, Malaysiakini adalah dangkal dan tidak faham maksud sebenar yang disampaikan olehnya.

"Saya rujuk kenyataan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang disiarkan Malaysian Insider pada 13/8 menyelar ucapan saya yang mahu bakar portal Malaysian Insider dan Malaysiakini.

Jelas sekali kenyataan beliau dangkal, tidak faham maksud sebenar bakar portal berita dialam siber, bagaimana bakar entiti dialam siber? katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Katanya lagi, "ucapan saya jelas rujuk kepada berita portal bukan reporter atau bangunan mereka. Justeru ianya jelas simbolik kemarahan terhadap kebiadapan portal berita itu kepada agama islam yang merupakan agama rasmi negara ini."

"Sebelum ini saya biarkan kenyataan dangkal PKR dan kuncu desak tindakan terhadap saya sebagai satu jenayah termasuk samakan bakar portal news dengan kebakaran rusuhan London kerana jelas satu perbandingan bodoh.

"Tetapi bila seorang menteri bersuara saya wajar jawab. Cuma hairan mengapa cepat selar ucapan saya tetapi biarkan portal berita itu membakar hati umat Islam di negara ini sekian lama? Saya ingatkan menteri yang jaga perpaduan ini."katanya.

Tambah Ezam lagi, "kesan hati umat yang dibakar lebih parah dan boleh hancurkan perpaduan".

Terdahulu Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari menyelar tindakan Senator Ezam Mohd Nor yang mengugut mahu membakar pejabat portal berita The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang beliau dakwa sebagai ejen pengkhianat Islam.

Tegas Koh, tindakan Ezam, bekas pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim, sangat tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima.

Beliau juga berkata tindakan Ezam itu terlalu mengikut perasaan apabila mengulas tentang kontroversi “serbuan” ke atas Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos lalu.

Politik Harian/Bro Jinggo

3 comments:

Anonymous said...

pemimpin seperti Koh Tsu Koon ini sudah menjadi liabiliti kepada kerajaan

Anonymous said...

Koh Tsu Kon da tentula Cina apa nk di herankan tapi dia ada pendirian ta jadi katak. EZAM pulak, setiap ada isu akan cuba tonjolkan dirinya mcm hero Industan, hakikatnya dia tin kosong jugak umpama katak jugak hanya boleh buat kecoh2 sikit untuk publisiti murahan nk menonjol diri. Ta pecaya cuba tanya EZAM, apa pernah dia buat untuk ISU murtad ini so far..?? da berpuluh tahun isu ini. Belum pernah ada lagi npk Ezam bersungguh dlm dewan negara membangkit isu murtad ini, melainkan isu lapuk si anuar, ibarahim. So kita jangan terpedaya dengan gelagat katak2 macam EZAM ini... sekurang2nya jgk Koh Tsu Koon ta melompat ta jadi katak.

Anonymous said...

Anon August 14, 2011 3:16 PM,

Kalau kamu bukan ISLAM - jgn masuk campur, nanti kena SUNAT
Kalau kamu ISLAM - jgn jadi bodoh di bulamn Ramadahan ni...lain lah kalau kamu ahli/penyokong DAPAS atau DAPKeRa..itu tak boleh nak buat dah sebab kepala dah jadi BATU ...taksub kpd B.A.B.I dan Porky Nicky Ajis