Thursday, August 18, 2011

Panglima Angkatan Tentera Nafi Manipulasi Undi Pos


Angkatan Tentera Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat orang bekas anggotanya semalam.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bagaimanapun tidak menyalahkan bekas anggota berkenaan yang "mungkin telah dipergunakan sebagai alat."

"Saya sudah periksa (dakwaan itu). Sebab itu saya berani menyangkal.

"(Dakwaan) itu tidak betul, tidak ada kesahihannya," katanya lagi yang mencabar supaya bukti dikemukakan untuk mengukuhkan dakwaan.

Beliau sebaliknya menyalahkan pemuda PAS yang menganjurkan sidang media menampilkan empat orang bekas tentera tersebut.

"Saya tidak mahu salahkan bekas tentera saya. Mungkin mereka ada kesilapan masing-masing.

"Saya boleh ibaratkan sebagai (tindakan pemuda PAS) sebagai tindakan pengkhianatan sebab ambil kesempatan," katanya lagi ketika ditanya sama ada angkatan tentera akan mengambil tindakan ke atas bekas anggota berkenaan.

Tindakan untuk mencemuh sistem yang digunakan pakai dalam angkatan itu juga serius kerana boleh menjejaskan moral anggota tentera, katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur petang ini.

5 comments:

Anonymous said...

PR buat tuduhan tanpa bukti..kalau setakat ceramah buat tuduhan sapa pun boleh buat...buktikan dahulu...

Anonymous said...

Islam tak ajar menipu, menuduh tabur fitnah... Mentality PR mmg mcm nie... xde adab!

anonymousss said...

brapa ekor je komen...pergh! diorang tu bekas tentera,dah mmg betul la diorg bgtau pnglman diorang..diorang la bukti

anonymousss said...

jinggo,kau dpt brape sbulan BN byr kau

Askar Setia said...

Pihak pembangkang dah ketandusan isu nk disensasikan... segala tuduhan dikatakan berlaku pada tahun 70an dan 80an.

sekrang ni utk makluman semua, sistem pengundian undi pos utk tentera dijalankan dengan telus dan sisematik. bukan mcm tahun 70an dan 80an. zaman perang dgn komunis semuanya masih belum cukup teratur. Nuri nk keluar masuk hutan pon payah!!

Kepada semua pihak, janganlah menabur fitnah sesuka hati. Sudah terang lagikan bersuluh. Tiada penipuan undi pos langsung. Setiap anggota diberi kebebasan untuk pangkah sapa saja yang disokong!
Aku bg satu analogi mudah. Pihak pembangkang ni mcm mekanik motor yang nk bercerita dah 'sekolahkan' orang pasal anatomi badan manusia.THEY KNOW NOTHING ABOUT MILITARY!!

Kalau betol la nk perjuangkan kebajikan ATM, p masuk rekrut dulu. Rasa susah payah dulu. Bukan terus muncul nk jadi HERO MALAYA. padahal dulu satu habuk pon pembangkang ni xsebut ape2 pon pasal tentera.


P/s: Pihak pembangkang akan terus lupakan tentera lepas PRU13. Percayalah!!!

www.askarsetia.blogspot.com