Wednesday, August 24, 2011

Kes Liwat Anwar: Pakar Akui Boleh Menemui Kepala Sperma Walaupun Tempoh 65jam

Pakar Patologi forensik dari Australia mengakui kemungkinan boleh menemui kepala sperma pada badan seseorang sehingga satu tempoh selama 65 jam selepas mengadakan hubungan seks, tetapi mengakui penemuan saintifik tidak boleh bersandarkan pada keadaan yang jarang-jarang wujud tetapi tidak mungin tidak berjaya.

Dr David Wells, saksi pakar pasukan peguam pembela dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika disoal oleh pendakwa raya mengenai kewujudan kepala sperma selepas 65 jam hubungan seks diadakan, mandi dan membuang air besar.

Peguam Cara Kanan II Datuk Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa ada kajian kes di United Kingdom yang memutuskan penemuan seumpama itu, yang bercanggah dengan dakwaan awal bahawa sperma hanya boleh hidup sehingga 36 jam sahaja.

Ketika disoal balas, Dr Well menjelaskan bahawa beliau sedar kes sedemikian.

Bagaimanapun beliau menekankan bahawa ia satu-satunya kes yang beliau tahu sepanjang 30 tahun lalu pembabitannya.

Dr Wells juga berkata beliau juga pernah menguji spesimen sperma selepas 56 jam dan mendapati tiada sebarang keputusan.

"Itu hanya satu kes yang saya tahu di mana adanya (bahan) literatur dalam 30 tahun (lalu). Adakah anda bersandarkan pada satu kes saintifik ke atas premis tunggal?

"Saya fikir kebanyakan daripada kita akan berkata tidak tahu atau tidak memberi pandangan," kata beliau menjawab Yusof.

Info - SUNGAI RAPAT ONLINE
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

3 comments:

mcm ni lah said...

sumber dari mana bro ?,. adeh kedekut nyer nak bagi backlink,.

Megat Alam Gempita said...

Teruskan spin Nuar n konco2, lagi banyak korang bercakap lagi banyak tembelang korang akan terbuka...nantikan kejutan yg maha dahsyat dalam perbicaraan Anwar esok!!!

Allah tu Maha Kaya...Dia Pembela kepada insan yang teraniaya!

Anonymous said...

bro..

dna paling lama dan sedang membesar.... AFIFAH ANAK ANU WAR..