Monday, August 22, 2011

Wira-Wira Kota: Pemuda UMNO Edar 10,000 Bungkusan Kuih Raya

Pergerakan Pemuda UMNO akan mengedar 10,000 bungkusan kuih mulai hari ini kepada anggota pasukan keselamatan dan petugas hospital besar di seluruh negara yang bertugas pada Aidilfitri ini.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata pengedaran bungkusan itu di bawah program 'Hari Raya Wira-Wira Kota' akan meliputi kawasan yang lebih luas berbanding sekitar Kuala Lumpur sebelum ini.

Pengedaran bungkusan tersebut, yang masuk tahun ketiga kali ini, dilakukan menerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB).

"Bungkusan kuih raya ini akan diedarkan di 32 Ibu Pejabat Polis Daerah, 63 Balai Bomba dan Penyelamat, 25 hospital besar serta pusat pemeriksaan Kastam dan Imigresen di Johor dan Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis serahan simbolik bungkusan hari raya berkenaan kepada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman dan Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara, ACP Ramli Mohamed Yoosuf di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Isnin.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comment:

Anonymous said...

sy salah seorang angota pdrm mengucapkan syabas pemuda umno yg prihatin.... teruskan usaha murni ini...