Tuesday, November 22, 2011

Timbalan KSU Mengaku Berkhalwat!

Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan semalam mengaku bersalah kerana berkhalwat di sebuah hotel di Batu Feringghi di sini, April lalu.

Pengakuan itu dibuat Salim, 51, dan Nur Diayana, 30, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah negeri, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya sebaik sahaja pertuduhan dibacakan semula terhadap mereka.

Ketika dihadapkan ke mahkamah sama pada 19 April lalu, kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Salim yang memakai kemeja putih dan berseluar hitam dilihat gelisah manakala Nur Diayana yang memakai jubah hijau menangis teresak-esak selepas membuat pengakuan tersebut di kandang tertuduh.

Nik Bukhari Hashimy bagaimanapun menetapkan 19 Disember depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap mereka berdua yang tidak diwakili peguam.

Salim dan Nur Diayana yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 5 pagi pada 16 April lalu di bilik bernombor 224 sebuah hotel di Batu Feringghi.

Tak kira lah lu dari parti mana... Salah tetap salah!!! Mat Sabu bilik 121... bila nak buat pengakuan pula? 

4 comments:

Anonymous said...

Baguslah mengaku salah dan bertaubat. Jangan jadi ketua parti yang gila sex tapi tak nak mengaku. Ada yang menyundal dgn bini orang pun disanjung macam ulamak.

Anonymous said...

Kesalahan pemimpin Pas yg menyundal sudah diampunkan oleh TG

Anonymous said...

tak tau malu............

aku sayang Tun Mahathir said...

..sesungguhnya berkata benar itu sepahit hempedu. namun percayalah bahwa HEMPEDU itu adalah ubat.

semoga kalian berdua terus mendapat petunjuknya.