Saturday, February 11, 2012

Hasan Ali Percaya Pelaku Video Seks Adalah Anwar Ibrahim!


Sebagai bekas pemimpin PAS yang ada ketika beberapa isu besar melanda Pakatan Rakyat, sudah tentu Datuk Dr Hasan Ali layak menceritakan pengalamannya tatkala misal berdepan isu video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu kesempatan minum petang di rumah beliau di Pinggir Taman Tun Dr Ismail petang Khamis, kami -sekumpulan blogger dan wartawan portal, sempat bertanyakan cerita beliau mengenai video seks dari pengalamannya bersama PAS.

Dr Hasan menjawab dengan berhati-hati, menurutnya, kebanyakkan pemimpin PAS tidak ghairah untuk memberitahu samada sudah menonton atau belum video tersebut, apatah lagi mahu membuat andaian bahawa pelakunya Anwar Ibrahim.

"Pertimbangan utama mereka barangkali Pakatan Rakyat (pepecahan yang terjadi jika mengaku dalam video itu Anwar), sebab itu mereka lebih suka mendiamkan diri, lebih suka tidak menzahirkan pendirian dan apa yang tersembunyi dalam hati," katanya.

Beliau sendiri, tidak tengok lagi video tersebut, tidak sampai hati, katanya, memandangkan Anwar dan dia merupakan kawan sejak di zaman universiti lagi.

"Tapi saya sudah melihat dari awal, rentetan-rentetannya, samada dengan drivernya (Azizan), dengan adik angkatnya (Sukma), samada dengan gadis-gadis lokal, gadis luar negeri yang dibariskan satu-persatu, yang sehingga kini tidak berjawab,"

"Bahkan bila (Anwar) diasak sumpah laknat, sehingga kini tak berjawab sumpah laknat tersebut, paling tidaknya jika beliau bersumpah laknat, sudah gugurlah beberapa persepsi.

"Nampak-nampak sayalah, diri saya kata kuat untuk saya mempercayainya," kata beliau berlapik.


Dr Hasan yang kini setiap malam menjelajah dalam diri road show selepas dipecat PAS pada 8 Januari lalu. Kerap mengadakan sidang media dan selalu menghadiri pertemuan-pertemuan tidak rasmi seperti bersama kami petang Khamis.

Beliau mendapat tenaga baru, namanya kembali menjadi sebutan, ada yang menyokong dan ada yang menentang, tetapi siapapun tidak dapat menolak bahawa Hasan Ali sedang 'menunggang gelombong' hasil dari kegopohan PAS memecatnya.

Ketika ditanya mengenai isu terbaru membabitkan bekas rakan Exconya, Elizebert Wong, dan bagaimana PAS senyap sunyi tidak memberikan komen mengenai kejadian tersebut, kata Dr Hasan...

"Bukan mute lagi, totally inactivity, kalau mute boleh pause lagi,"jelasnya.

Menceritakan lebih lanjut, katanya ketika mula-mula isu gambar tak senonoh Elizebert Wong timbul pada tahun 2009, pandangan yang popular ketika itu adalah beliau menarik diri (letak jawatan).

"Tapi Dato Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ada pandangan berbeza. Ketika dibawa ke Mesyuarat Exco pun, Mesyuarat Exco suruh bercuti, dua bulan, dan kita ingat bila dia balik, dia akan tarik diri, tetapi dia teruskan.

Menurutnya, sepatutnya dengan isu moral seperti itu, orang-orang PAS, parisit dalam PAS tumpu kepada Elizebert Wong sebab itu yang jadi percakapan ramai (menjejaskan PR), tapi tidak begitu, saya yang jadi sasaran," katanya.

Cerita ADUN Bukit Lanjan Elizebert Wong itu kembali memanas apabila bekas teman lelakinya Hilmi Malek ditangkap di Batam Indonesia Jumaat lepas kerana cuma membuat passport Indonesia menggunakan identiti palsu.


Bila Dr Hasan bercakap pasal parasit dalam PAS, ramai mengaitkan dengan MP Shah Alam Khalid Samad, entah benar, entah tidak, tetapi perseteruan mereka berdua sudah lama menjadi buah mulut dikalangan pemerhati politik.

Tatkala Dr Hasan sibuk menjelajah menjelaskan pemecatannya, Khalid menulis dalam blog dan buat sidang media mendakwa Dr Hasan kepinggin hendak jawatan MB dan beliau antara yang disuruh melobi.

"Ini satu fitnah yang sangat besar, kalau dia katakan saya melobi, bila saya melobi, dimana saya melobi, apa saya cakap pada dia, apa saya tulis pada dia, apa memo saya kepada dia, siapa orang lain yang saya bawa berjumpa dengan dia, jika ada sila kemukakan," katanya.

"Ini tuduhan yang amat besar, dan tuduhan ini tidak sepatutnya datang dari orang yang menjadi ahli jemaah Islamiyah, golongan ulama yang saya kenal tidak akan buat macam mana ahli parlimen Shah Alam ini.

"Ini satu tuduhan yang sangat jahat...saya tak sangka sampai ke peringkat itu tuduhan yang dilemparkan kepada saya," kata yang mencabar Khalid Samad mengemukakan bukti.

Selama ini kata Dr Hasan, beliau dituduh macam-macam, tetapi bila beliau meminta penuduhnya mengemukakan bukti, tiada siapapun yang tampil.

"Dalam mesyuarat parti lagi, jika kata saya budak suruhan UMNO, saya bersekongkol dengan UMNO, menjadi alat kepada UMNO, buktikan satu, bila saya suruh bagi contoh... mereka jawab "ala memang UMNO, memang UMNO, memang UMNO..."

"Adakah itu jawapannya?" katanya ketawa sinis.

Adakah beliau menyesal dipecat dari PAS, dan mengapa beliau enggan merayu lagi, Dr Hasan memberikan lima sebab kenapa beliau rela dilihat berpatah arang berkerat rotan dengan PAS.

Dr Hasan menggariskan sebab-sebab itu ialah:

- PAS meninggalkan perjuangan asalnya untuk menubuhkan sebuah Negara Islam dan menggantikannya dengan Negara Kebajikan, yang boleh dilaksanakan di mana-mana negara sekular dalam apa juga sistem dan amalan politik.

- PAS sudah hilang pendirian dan ketegasan yang boleh dihormati apabila diperkotakkatikkan oleh rakan sekongkolnya dalam pakatan pembangkang khasnya DAP sehingga menolak bulat-bulat Negara Islam.

- PAS terlalu ghairah memimpikan Putrajaya sehingga mengorbankan Islam dengan bersekongkol dengan DAP yang terang merupakan musuh Islam.


- Pemikiran ulama di dalam Pas yang ada sekarang sudah "dilarutkan" dengan kehadiran sebanyak 70 peratus "parasit" di dalam kepimpinannya yang membawa kepentingan politik berlainan daripada hala tuju Pas.

- Kesetiaan wakil rakyat PAS dalam Parlimen lebih besar kepada Anwar Ibrahim kerana memberi perhatian besar dan hadir dengan ramai setiap kali ketua pembangkang itu berucap sedangkan ketika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap, banyak bangku yang kosong.

Hasan berkata, PAS kini sudah menyimpang jauh dan terus hanyut daripada perjuangan asalnya selagi parti itu berada dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menjelaskannya, beliau berkata apa yang dijanjikan kepada masyarakat Islam di negara ini sebelum ini adalah penubuhan sebuah Negara Islam tetapi impian itu sudah mustahil untuk dicapai apabila pakatan pembangkang ditubuhkan dan PAS, atas pertimbangan kepentingan politik semata-mata, telah menyertainya.

"Yang kita dapat di Selangor sekarang, samalah akan terjadi di Putrajaya.

Kalau mereka (pembangkang) menang atas konfigurasi komponen (parti) yang ada, tak akan adalah Negara Islam, tak akan adalah hukum hudud. Begitu juga pelaksanaan Islam dalam ekonomi, sosial, pertanian dan dasar luar negara.

"Jadi bila gabung dengan DAP dan PKR, PAS tak boleh lagilah dengan negara Islam. Ketua Umum PKR (Anwar Ibrahim) pun tak berminat.

"Saya baru 15 tahun dalam PAS. Saya masuk PAS kerana saya nak Islam dan kepimpinan ulama iaitu 'tagline' PAS. Itu sebab utama saya masuk PAS. (Tapi) kepimpinan ulama tidak lagi dominan. Negara Islam tak ada lagi, jadi saya nak bergantung ke mana?" katanya.

"Dalam keadaan banyak umat Islam bergantung harapan kepada PAS, parti itu sendiri menolak Negara Islam. Alasan yang dahulunya dikatakan oleh PAS sendiri bahawa ia dituntut oleh Islam telah tiba-tiba diputar belitkan oleh PAS juga bahawa tiada disebut dalam al-Quran," katanya.

Menyentuh cita-cita PAS untuk menawan Putrajaya, dalam satu temubual dengan Bernama, Dr Hasan berkata beliau tidak mempertikaikannya semasa masih berada di dalam parti itu tetapi tidak mahu Islam dikorbankan dalam usaha berkenaan.

"Orang PAS mungkin dah tak sabar nak jadi menteri, itu yang nak ke Putrajaya, itu agak sayalah, sampaikan prinsip perjuangan diketepikan. Dalam soal ini, saya tidak setuju.


"Saya dari awal lagi sudah menentang Negara Kebajikan ni. Walaupun Putrajaya itu penting tetapi mendaulatkan Islam, Melayu dan Raja adalah matlamat perjuangan politik kita," katanya.

Hasan berkata tarikan ke Putrajaya itu sangat kuat disebabkan PAS terus digula-gulakan dan dikipas oleh pemimpin parti pembangkang, dan banyak kepimpinan Pas sekarang rela memejamkan sebelah mata walaupun mereka mungkin sedar PAS sedang diperalatkan oleh rakan pakatan untuk mencapai cita-cita itu.

"Bila ke Putrajaya sekalipun, akan berlaku perebutan kuasa antara PAS, DAP dan PKR dalam kementerian-kementerian penting. Dalam pakatan pembangkang pun tak kukuh kerana ini sekadar gabungan tidak kukuh, dan bukannya desakan kemahuan ikhlas dan suci untuk mendaulatkan Islam.

Beliau juga berkata kepimpinan PAS perlu berubah dan membuat 'islah' kerana pelbagai prinsip di dalam parti itu dilihatnya sudah tidak betul.

Contohnya, Hasan berkata beliau dimaklumkan oleh rakan-rakan dalam parti bahawa apabila Abdul Hadi berbahas di Parlimen, tidak ramai yang berada di kerusi mereka tetapi berbeza apabila Anwar yang berucap, itu pula yang diberi perhatian penuh.

"Takkan kita dalam PAS, kesetiaan kita adalah kepada orang lain pula. Pada saya ini prinsip yang sangat tak betul. Prinsip berjemaah tak betul, prinsip berketua tak betul dan prinsip pengikut tak betul. Akhirnya prinsip mengurus organisasi tak betul dan ini yang berlaku sekarang.

"Saya dah gambarkan sebelum ini selepas menjadi kerajaan di Selangor selama tiga tahun dan 10 bulan dengan melihat semula kekuatan, kelemahan dan peluang.

"Saya boleh senaraikan 20 kelemahan tetapi pakatan pembangkang tak buat dan tak berani buat," katanya

Hasan juga membidas Anwar kerana suka menimbulkan reaksi masyarakat dengan mengadakan demonstrasi.

"Bukan tak bagus demonstrasi tapi bukan semuanya sesuai untuk demonstrasi.

Akhirnya (negara) akan jadi anarki dengan masing masing mentafsir berdasarkan pemikiran masing-masing. Itupun perlu mengikut kehendak syariat," katanya.

Beliau mengakui diberitahu bahawa di dalam pakatan pembangkang apa juga perkara perlu dirujuk kepada Anwar dan akhirnya akan berlaku amalan autokratik dan dengan itu senang untuk 'menunggangi' PAS.

"DAP tak mudah ditunggangi," katanya. .

Oleh: Helmi Hanafi

No comments: