Friday, April 13, 2012

Bosan Dengan Adam Adli... Hanya Beberapa Kerat Sahaja Dijangka Hadir Demo PTPTN


Demonstrasi anti PTPTN anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Sabtu ini dijangka hanya dihadiri sekitar 200 orang sahaja selepas ramai kalangan pelajar universiti berbelah bagi dan hilang minat membicarakan isu tersebut.

Kebanyakkan mahasiswa dilaporkan semakin tawar hati dan melihat janji-janji Anwar dalam isu pemansuhan PTPTN hanyalah satu propaganda bersifat politiking semata-mata untuk kepentingan Anwar serta barisan pembangkang dan bukannya bermaksud mahu membantu mahasiswa.

Situasi tersebut dipercayai wujud selepas masing-masing telah mengetahui penglibatan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah antara pendukung utama yang meluluskan penubuhan PTPTN lewat tahun 90-an dulu.

Bagaimanapun menurut sumber rapat dengan SMM menyebut, beberapa langkah awal telahpun disegerakan untuk mengelakkan demoinstrasi tersebut gagal sama sekali.

Menurutnya, Adam Adli dan Safwan Anang telahpun mengadakan perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin pembangkang yang rapat dengan Anwar Ibrahim untuk membincangkan strategi saat akhir untuk mobilise semaksima mungkin mahasiswa untuk turun ke jalanraya.

Antara langkah yang telah dipersetujui dan sedang digerakkan ialah menambah dana peruntukan kewangan untuk menampung kos upah pendemo yang dinaikan dua kali ganda bertujuan menarik minat lebih ramai mahasiswa menyertai demonstrasi tersebut.

Selain itu SMM juga telah meminta bantuan unit foto Harakahdaily dan Malaysiakini supaya menghantar seorang jurufoto terbaik mereka bagi merakamkan foto close-up semasa demonstrasi untuk memberi gambaran kepada umum yang demonstrasi tersebut berjaya dan mendapat sambutan hangat.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menafikan berita awal sebelum ini yang menyebut penglibatan mereka yang dikatakan menyokong demonstrasi anti-PTPTN anjuran SMM sebaliknya menyeru supaya mahasiswa menggunakan kewarasan akal fikiran dalam menilai setiap isu berbangkit.

3 comments:

Anonymous said...

Mereka ni bukan Mahasiswa tapi lembu - ditarik ke sana ke mari oleh pihak Pembangkang untuk menjalankan agenda jahat mereka. Usah di pedulikan mereka ini, kelak mereka akan tenggelam dalam kesunyian apabila masyarakat umum ketahui niat jahat mereka. Saya yakin ada di antara mereka menerima bantuan dari PTPTN - jadi, apa hal??

Anonymous said...

dah tak ada isu lagi ke anwar? semua benda hang nak kondem. awat masa hang dalam kerajaan dulu tu, hang baguih sangat ka? hang dah tua bangka, bawa bertobat la. hang tak akan jadi PM kalau Allah tak izinkan. hang tak akan jadi kerana hang kaki maksiat.

Anonymous said...

kaum lain dok sibuk pertingkatkan ilmu teknologi dan ilmu peningkatan kemajuan diri,yang kita asik nak berpolitik 24 jam.tak malu ke dengan kaum lain.apa sangat la si adam ni nak kalo setakat kepuasan diri sendiri,jadi pak turut,duit..belajar ntah kemana tiba2 nak pimpin masyarakat.