Tuesday, April 3, 2012

Video Murtad Tak Penting... PAS Pasti Menyesal Pecat Hasan Ali...


Sayang sikit, Datuk Dr Hasan Ali tidak membenarkan media menyiarkan video pengakuan seorang lelaki dan wanita Melayu mengenai gerakan memurtadkan orang Islam di negara ini yang ditayang beliau kepada media tengahari Isnin.

Jika tidak tentu orangramai dapat mengikuti sendiri dari dekat bagaimana macam-macam taktik digunakan oleh gerakan ini untuk tujuan itu.

Bekas Exco Selangor itu tidak membenarkan media menyedut video itu untuk ditayang semula kerana ia melibatkan soal kerahsiaan identiti orang yang membuat pengakuan itu.

Ramai wartawan dan jurugambar hadir pada sidang media berkenaan yang diadakan di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Lelaki dan wanita Melayu yang membuat pengakuan dalam video selama 46 minit itu merupakan pasangan suami isteri.

Mereka yang kini sudah berjaya diIslamkan semula antara lain mendedahkan taktik yang digunakan termasuk mendekati kanak-kanak beri apa yang mereka hendak da juga ibu tunggal yang bermasalah.

Gerakan ini juga didakwa mengunakan taktik 'menyamar' sebagai NGO yang hendak membantu orang Melayu.

Lelaki Melayu itu juga menceritakan dia sudah bersua dengan sekitar 400 orang Islam yang murtad.


Itu baru mereka yang ditemuinya sahaja dan mungkin ada kumpulan-kumpulan lain.

Ramli berasal dari Utara pernah menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Institut Teknologi Mara (ITM) mengaku ternbabit dengan agama Kristian itu pada 2002 dan upacara baptis di adakan di sebuah pangsapuri di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

Dalam pendedahan itu, Ramli mengakui tertarik dengan cara gerakan tersebut membantunya yang sedang sakit, menyediakan tempat tinggal, kerja dan hadiah paling besar memberikannya kenderaan.

Beliau dijaga oleh pasangan mubaligh dari Australia tetapi di baptis oleh paderi lain.

Ramli diyakinkan bahawa beliau boleh masuk syurga setelah dibangkitkan semula selepas ‘masuk kolam renang’ di pangsapuri itu sebagai sebahagian upacara baptis seolah-olah beliau jadi orang baru.

Paling memeranjat, Ramli turut mendedahkan kumpulan ini yang juga fasih berbahasa Melayu menggunakan ayat-ayat al Quran kerana yakin kalau mereka gunakan kitab, orang yang didekati akan melarikan diri.

“Mereka guna pendekatan Al Quran sebagai jambatan rapatkan diri dengan orang Islam untuk ‘cross over’, bila dah melintas, baru mereka ajar agama Kristian sedikit demi sedikit,” ujarnya.

Isterinya Zakiah Musa (bukan nama sebenar) 42, juga mendedahkan bagaimana kumpulan itu mendekati ibu tunggal yang memerlukan bantuan selain kanak-kanak.

Katanya, ibu tunggal ini akan dipelawa sertai banyak program dan diberikan bantuan yang diperlukan.

“Mereka juga dekati kanak-kanak dan gula-gulakan mereka,” ujar Zakiah.

Bagaimanapun, Zakiah cepat sedar apabila ujudnya Unit Selamatkan Aqidah (USA) ditubuhkan ketika Dr Hasan menerajui Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau pergi mendengar penerangan dan mendapatkan nasihat sebelum berjaya menyakinkan suaminya untuk kembali ke pangkal jalan.

Pasangan itu menasihatkan orang ramai beragama Islam supaya berhati-hati dan jangan mengulangi kesilapan mereka setelah terpesong daripada landasan Islam.

Dalam satu video lain, ditunjukkan Dr Hasan sedang mengIslamkan semula seorang lelaki Melayu dikenali Mohd Shafiq berusia 27 tahun di Pulau Pinang.

Memang sayang, video pengakuan tersebut tidak dapat disiarkan sebagai bukti betapa seriusnya usaha pihak tertentu memujuk orang Islam menyertai agama mereka yang bertentangan dengan perlembagaan negara.

Bagaimanapun, PAS memperlekeh pendedahan video oleh Dr Hasan dengan kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman bahawa tindakan Adun Gombak Setia itu tidak penting.

Sebab itu, Dr Hasan cukup angin dan berkali-kali tunjuk akhbar yang siar kenyataan Dr Rani bahawa PAS Selangor dan Pusat lebih utamakan soal pengundi untuk pilihan raya akan datang.

“”Inilah contoh parasit dalam PAS. Inilah ketua parasit di Selangor. Sepatutnya ahli-ahli singkir pemimpin macam ini dari PAS,” katanya.

Menjawab soalan, Pengerusi JATI itu berkata, ada enakmen undang-undang Islam patut dilaksanakan dan dikuatkuasakan tetapi sukar kerana tentangan daripada DAP dan PKR.

Bagaimanapun katanya, selepas Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor jadi Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri, sepatutnya usaha menyekat pemurtadan ini dapat ditingkatkan.

Katanya, Khalid ada ‘tongkat besar’ (kuasa MB) dan kena bertegas bukannya memberi jawapan umum apabila perkara itu dibangkitkan.

Apapun, Dr Hasan sudah buktikan memang ujudkan usaha memurtadkan orang Islam walaupun ada pemimpin dalam PAS meragui kenyataanya ketika masih dalam parti.

Pendedahan melalui video itu adalah bukti jelas Dr Hasan bercakap benar dan kini Khalid kena bertanggungjawab jika perkara itu terus berlaku di Selangor. – Agendadaily

1 comment:

Unknown said...

PAS x menyesal pecat Hasan Ali. Bila ada Hasan Ali, susah PAS nak kawtim dgn DAP.

SAMSENG PAKATAN HAPRAK BUAT KECOH DI FLAT 4 TINGKAT KERINCHI. Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/