Wednesday, May 9, 2012
Haji dan Umrah: Mahukah Ambiga-Anwar-PAS Bertanggungjawab
Inilah perangai puak Bersih yang merasa mereka ada hak di muka bumi ini buat apa saja.Sekarang minta Datuk S Ambiga dan Anwar Ibrahim jawab siapa nak tanggong jika kerajaan Arab Saudi menyekat atau mengantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia ekoran tindakan segelintir rakyat negara ini mengadakan perhimpunan haram Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah, baru-baru ini.
Ambiga peduli apa beliau bukan Islam.Anwar dan PAS macam mana?
Di Malaysia suahlah buat perangai langgar segala peraturan...puak ini yang dalam kegairahan mereka tidak peduli langsung peraturan di negera orang.
Kebimbangan soal peluang orang Malaysia tunai Haji dan Umrah timbul bila Kerajaan Arab Saudi sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau mengantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perkara itu dinyatakan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Fahad A. H. Al-Rashid dalam perjumpaan mereka pada Jumaat lepas berhubung perkara itu.
"Saya menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia menentang kelakuan ini (perhimpunan di Mekah dan Madinah), apa lagi jika ia dilakukan di luar negara Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Guru-guru Pendidikan Islam dan Guru Islam di Pusat Islam, Kuala Lumpur Selasa.
Jamil Khir berkata, perhimpunan haram seperti ini sangat sensitif kepada kerajaan Arab Saudi, ditambah dengan keadaan di Timur Tengah yang baru sahaja dilanda gejolak "kebangkitan Arab", di mana rakyat dihasut untuk menentang kerajaan-kerajaan mereka.
Beliau berkata, sehingga hari ini Arab Saudi tidak pernah mengenakan sebarang hukuman terhadap Malaysia walaupun hukuman sekatan dan mengantung itu pernah dibuat ke atas negara lain.
Jamil Khir berkata, kerajaan sangat bimbang jika Arab Saudi mengambil satu tindakan drastik berkaitan dengan kuota dan jumlah visa yang dikeluarkan untuk tahun ini.
Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan sikap segelintir jemaah umrah dan pelajar Malaysia yang membawa politik tanah air ke luar termasuk mencampuradukkan ibadah dengan kepentingan fahaman politik mereka. Katanya, sikap mereka itu telah merosakkan imej negara kerana sebelum ini sikap jemaah Malaysia yang sentiasa mematuhi undang-undang negara itu sering mendapat pujian Raja Arab Saudi, dan sentiasa dijadikan penanda aras di negara itu.
Mengenai buku "Kahwin Campur" yang diterbit dan diedarkan secara percuma oleh Middle Eastern Study Group yang antara lain didakwa menghalalkan perhubungan seksual sejenis, Jamil berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Agama Islam akan bekerjasama dengan KDN untuk menguatkuasakan pengharamannya.
Beliau berkata, pengharaman buku itu akan dapat menyekat hubungan songsang sesama jenis.
Middle Eastern Study Group adalah sebuah badan di bawah naungan Institut Kajian Dasar (IKD), yang dikaitkan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. -Agendadaily
Labels:
Bersih 3.0
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Untuk puak2 BERSIH3.0 yang buat DAJJAL di Mekah dan Madinah tempohari, kau orang tanggunglah segala maki hamun dan sumpah seranah serta dosa-dosa orang-orang yang tak dapat mengerjakan haji dan umrah oleh kerana perbuatan BODOH kau orang tu di Arab Saudi. Ingat lah, bagaimana kah yang dikatakan terpaksa menanggung dosa-dosa umat Islam Malaysia yang tak dapat mengerjakan haji dan umrah? Oleh kerana Nabi pernah bersabda ibadah haji merupakan penebus dosa, dan juga antara umrah dan umrah yang satu lagi juga sebagai penghapus dosa diantaranya. OLEH ITU, SEKIRANYA KUOTA ATAU SEKATAN DIBUAT OLEH KERAJAAN ARAB SAUDI TERHADAP RAKYAT MALAYSIA, MAKA TERTANGGUNGLAH SEGALA DOSA SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG TAK DAPAT KE SANA KEPADA GOLONGAN2 YANG TELAH MEMBUAT ONAR DI TANAH SUCI ITU DAN JUGA BERSUBAHAT MENYOKONG MEREKA DI TANAH AIR INI SENDIRI.
Kalian ingat pemimpin PAS dan PKR nak mengaku ke kesilapan mereka. Tengok la nanti bila persaolan ini timbul mereka akan menyalahkan pemimpin kerajaan dan UMNO juga..kes mereka tibai dan sedap dengan pompuan pun (ada video) mereka salahkan UMNO..so yang pasti kes ini pun UMNO yang akan menjadi kambing hitamnya..
Inilah lagaknya kalau orang tak nak pikir panjang-panjang. Jadi lu pikirlah sendiri untuk buat pilihan untuk 5 tahun akan datang. sesal dahulu .... bagus, sesala kemudian satu sen pun tak laku dah digadai! Bila nak tebus? Kok sempat! Lihat keliling kita. Adios..............
Post a Comment