Monday, June 11, 2012
Cerita Anwar Lagi: Mansuh PTPTN - Anwar Pelawak Politik Tanahair
Pada Ahad lepas, Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang masih juga tidak serik mendendangkan janji pendidikan percuma, tentu saja ramai yang ketawa berdekah mendengar propaganda tersebut.
Dalam ceramahnya di Stadium Kajang itu, katanya pakatan pembangkang optimis untuk menyediakan pendidikan percuma dan PTPTN tetap akan dimansuhkan.
Menurutnya, dengan cuma RM5 bilion setahun tanggungan untuk pendidikan percuma, bukan satu masalah kerana kos itu nanti boleh diambil dari hasil keuntungan jualan minyak negara yang berjumlah RM80 bilion.
Nampak mudah dan ringkas penyelesaiannya, seolah-olah segala hasil minyak itu akan kekal selamanya manakala sektor lain seperti kesihatan, pertahanan, pengurusan, bayaran pencen, kos subsidi dan lain-lain tidak memerlukan perbelanjaan.
Pada minggu lepas, kita dipertontonkan dengan aksi kalut malut menyelubungi kem pakatan pembangkang gara-gara langlah pembekuan sementara pinjaman PTPTN kepada UNISEL milik kerajaan negeri Selangor.
Paling penting, dalam tempoh pembekuan sementara itu kita berpeluang melihat model pendidikan percuma yang mereka propagandakan selama ini rupanya berkonsepkan gadai dan jual aset milik universiti.
Penyelesaian mudah ala korporat keparat yang jika menjadi budaya dalam urus tadbir kerajaan tentunya bakal melingkupkan semua harta benda rakyat, negeri dan negara.
Itu baru melibatkan keperluan menanggung sebuah IPT dan jumlah pelajar yang terlibat pula cuma 1000 orang. Jika semuanya mengambil pengajian ijazah, bermakna sejumlah RM7 juta setahun sahaja diperlukan untuk menampung seribu orang pelajar tersebut.
Tapi dek kerana ura-ura menyediakan pendidikan percuma hanyalah propaganda politik semata-mata, mereka hilang punca untuk mempraktikkan janji tersebut. Yang terlintas di kepala mereka jual dan gadai tanah.
RM5 bilion seakan dipandang sebelah mata oleh Anwar tapi RM7 juta setahun untuk UNISEL pun sampai timbul ura-ura bergolok gadai tanah. Haru.
Jika angka sekecil RM7 juta setahun pun tidak mampu ditanggung sekalipun dikatakan kantung kerajaan negeri memiliki aliran tunai RM1.8 bilion, sebaliknya tanah milik universiti juga yang mahu dijual.
Bukankkah lawak namanya bila begitu yakin Anwar mahu menyelesaikan kos tanggungan yang lebih besar sehingga mencecah RM berbilion setahun?
Tidak syak lagi dengan sikapnya yang bermuka tebal dan gemar menabur janji tanpa mengukur baju di badan sendiri, Anwar layak digelar sebagai satu-satunya politikus yang memiliki pakej yang lengkap untuk dianugerahkan sebagai pelawak politik tanahair.
Barangkali untuk sekurang-kurangnya 100 tahun akan mendatang, Anwar Ibrahim akan dikenang oleh rakyat Malaysia sebagai pelawak politik paling tersohor yang sukar dicari ganti.
Labels:
Anwar Ibrahim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Bukankah beliau yg telah digelarkan sebagai Al Juburi oleh Mat Sabu? Bukan UMNO, tapi Mat Sabu yg merupakan seorang pemimpin PAS yang warak lagi alim orangnya. Tak kan kamu para penyokong DSAI tidak emmpercayai Mat Sabu. Jawap lah wahai para penyokong DSAI samada Mat Sabu itu seorang pemfitnah atau kamu semua tahu tapi buat-buat diam supaya org akan melupakannya. Kami majoriti rakyat Malaysia tidak akan sekali-kali mengangkat DSAI Al Juburi sebagai pemimpin. Kami tidak mahu bersubahat takut nanti akan ditimpa bala oleh Allah sebagaimana yang pernah terjadi ke atas kaum LUT.
Pendidikan percuma? Ermm ...
Mungkin org lain fikirkan pendidikan percuma dlm memburu kegemilangan hidup. Sedangkan Anwar bercakap pendidikan percuma secara khusus!
Kalau difikirkan secara mendalam memang betul apa yg dia cadangkan, kerana Anwar bercerita tentang PENDIDIKAN SEKS KHUSUS utk BERMAIN BAHAGIAN DEPAN DAN BELAKANG, DGN LELAKI DAN PEREMPUAN, disamping pengetahuan tambahan cara melakukan BJ dgn betul (cara mengulum, menjilat dan menelan aiskrim).
Kena keluar modal ke kalau SUKA SAMA SUKA? Kalau ada pun modalnya terlalu kecil, mungkin KY Jelly atau seumpamanya, dan mungkin juga kondom dan tisu jika perlu. Yg lainnya semua sudah tersedia ada - spt KOTE BENGKOK, LUBANG PEPET DAN LUBANG JUBOR. Ha, kan ke hampir percuma tu?
jika sekiranya PRU 13 nanti kemenangan berpihak kpd pembangkang...di sana akan diperlihatkan kpd kita siapakah AL JUBURI..DAN SIAPA.....AL pendekki...hahahahahah..jgn lupa kisah seorang PELACUR yang hanya kerana membantu seekor anjing...beliau mandapt ganjaran syurga....sesuatu perkara yg bermula dgn niat yg baik...wlupun dulu mukin atau tdak ada ksilpan yg dlakukan...insyaalah ganjaran pahala dan bimbingan ALLAH akan bersama org yg dizalimi......HIDUP MELAYU...yiiihaaaaaa
Manusia yang tidak takut akan amaran dan ingatan dari Allah swtlah sebenarnya Al Juburi. Manusia yang tidak sedar diri saja ....
Apa salah dengan pendidikan percuma? Bukankah sekarang dah ada pendidikan percuma sehingga Tingkatan 6? Apa salah kalau pendidikan percuma dilanjutkan sehingga ke peringkat universiti? Siapa yang nak membayar pendidikannya tak perlu dihalang malahan dibenarkan? Bagi yang miskin dan kurang berupaya yang kebanyakan Melayu kita, kenapa tidak boleh mendapat pendidikan percuma ini? Kalaulah kita sayangkan Melayu kita, apakah kita masih nak pendidikan itu dibayar walaupun antara kita, ada yang tidak mampu? AKU sedar sebab AKU antara insan yang tidak mampu memijak kaki AKU ke menara gading disebabkan bapa AKU tidak ada duit? Hangpa Melayu yang dah kaya mana nak faham? Lain kali nak bercakap, bubuhlah nama walaupun nama palsu. Ini ANU. kata orang Kedah, betullah tu, sesuai dengan AlJuburi.
Post a Comment